Hyerin's POVSuasana menjadi hening seketika. Aku cuba mentafsir kata-kata Taehyung.
Chanyeol tu orang yang sama dengan orang yang pernah jadi tunang awak.
Jadi.. Itu memang dia..
"Saya nak awak jujur dengan saya. Awak masih sayangkan Chanyeol? Saya faham kalau awak masih sayangkan dia. Tak apa, saya tak marah." Taehyung tersenyum lembut.
Memang aku masih sayangkan Chanyeol, tapi aku dah mula sayangkan Taehyung. Aku dah mula belajar cintakan dia. Tapi, hati aku.. Hati aku pun rasa lain bila dengan Baekhyun.
Aku keliru.
"Saya.." Aku menarik nafas.
"Saya belajar terima hakikat yang Chanyeol tak ditakdirkan untuk saya. Lagipun dia dah tak ingatkan saya. Saya nak lupakan dia dan belajar untuk terima awak."
Aku memandang kedalam mata Taehyung. Tak, aku tak boleh pandang mata dia. Aku rasa bersalah. Aku rasa yang aku ni penipu. Kenapa dengan aku ni?
--------
"Bosanlah." Kata Yoongi. Kepala didongakkan menatap siling. Bosan yang teramat-amat bosan dah rasanya dia ni.
"Guys!" Jin yang berbaring tadi terus mendadak bangun dengan wajah terujanya.
"Apa kata kita naik bukit petang ni? Kat sini ada bukit kan?" cadang Jin sebelum memandang aku. Aku mengangguk.
"Boleh juga." Yoongi mengangguk setuju.
"Tapi sekarang baru pukul 2, nak buat apa ni?" ujar Kyungsoo dengan memandang jam ditangannya. Jin bersuara lagi.
"Pepero?" Kami saling memandang antara satu sama lain. Aku mengecilkan mata aku memandang mereka.
"YES!"
Aku mengeluh. Aku melihat Suho yang sudah membawa dua kotak berisi pepero didalamnya. Satu kotak berperisa coklat, satu lagi berperisa strawberry.
"Pilih partner masing-masing." arah Suho. Mereka sudah bergerak mencari partner mereka.
Jimin-Suga
Rapmon-Jin
Jhope-Jungkook
Suho-Sehun
Kai-Kyungsoo
Taeyeon-Baekhyun
Aku-Taehyung"Kita mulakan dengan pasangan, YoonMin." ucap Suho disambut dengan tepukan kami. Jimin mengambil sebatang pepero yang berperisa coklat, dia menggigit hujung pepero itu sebelum menghalakan hujung pepero yang lagi satu ke mulut Yoongi. Yoongi membuat muka geli.
"Tak payah buat muka macam tu, cepat gigit." ujar Jimin. Dalam keadaan terpaksa, Yoongi akhirnya menggigit hujung pepero itu. Sedikit demi sedikit stick pepero itu semakin pendek. Mereka yang melihat Jimin dan Yoongi sudah menahan ketawa dari terlepas. Dan akhirnya..
"YAH! BIBIR AKU!" jerit Yoongi. Kami tergelak serentak. Sisa pepero itu diukur dengan pembaris.
"Boleh tahan, 0.7cm." kata Suho. Permainan diteruskan lagi sehinggalah tiba giliran Taeyeon dan Baekhyun.
Okay, I'm okay.
Stick pepero sudah berada didalam mulut mereka, Baekhyun mula menggigit stick pepero itu diikuti dengan Taeyeon.
"Sikit lagi."
"Fighting BaekYeon!"
"Kiss je terus."
Ucapan Jimin membuatkan kami menoleh memandang dia. Jimin tersengih.
Sikit lagi..
Baekhyun dengan tanpa segan-silu menyentuh dagu Taeyeon lalu menyengetkan kepalanya. Walaupun dari jauh, tapi aku dapat nampak bibir mereka bersentuhan.
"Pasangan terakhir, Taehyung dan Hyerin!"
Aku tersentak apabila nama kami dipanggil. Dah habis ke Taeyeon dengan Baekhyun tadi?
"Ranking pertama setakat ini ialah Baekhyun dan Taeyeon. Sisa pepero yang tinggal cuma 0.5cm." kata Suho. Mereka memberikan tepukan yang gemuruh. Tangan aku ditarik oleh Taehyung. Kami bergerak ke meja dan mengambil sebatang pepero berperisa strawberry. Taehyung menggigit hujung pepero itu lalu dihalakan ke mulut aku.
"Memandangkan korang couple terakhir untuk game ni, kami nak.."
Suho menggantungkan ayatnya.
"Kami nak Hyerin yang bergerak, Tae cuma diam dan tak perlu buat apa-apa."
Apakah?
Aku memandang Taehyung. Taehyung menjungkitkan bahunya.
Kalau Baekhyun boleh buat, kau pun boleh buat Hyerin.
Aku mula menggigit sedikit demi sedikit hujung pepero. Semakin lama wajah kami semakin dekat sehingga aku dapat rasakan hembusan nafas Taehyung kat pipi aku. Mereka yang menonton permainan kami terbuntang apabila melihat aksi aku seterusnya.
Aku memegang lembut belakang kepala Taehyung lalu menyengetkan kepala aku. Stick pepero yang berada dimulut kami semakin pendek. Aku pejamkan mata.
"Daebak ah Hyerin!"
"Aku tak percaya Hyerin boleh buat benda ni."
"Fighting Hyerin!"
"I ship you both!"
Sikit..
Sikit lagi...
Akhirnya bibir aku menyentuh bibir hangat Taehyung.
"KYAAA!"
"OHEMJI."
"Sweet gila!"
Aku menyambut baki stick pepero ke tapak tangan aku. Pendek gila.
"Wow! 0.3cm only?!"
"The winner is, TaeRin!"
Aku cuma tersenyum kekok. Malu bila aku buat benda ni kat depan diorang. Taehyung sudah tersenyum memandang aku. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga aku.
"Thanks for the sweet strawberry pepero kiss."

YOU ARE READING
The Vampire Next Door ✔️
Vampire❝From now on, you're mine.❞ Byun Baekhyun. The most dangerous vampire. -------- Highest Ranking #1 in Vampire #1 in EXO #1 in Baekhyun 2016 © taemericano