20 | Taehyung's Birthday

7.6K 760 129
                                    


Hyerin's POV



Bunyi telefon yang bingit membuatkan aku membuka kelopak mata. Aku menggosok mata perlahan dan menggeliat kecil sebelum mencapai telefon di meja kecil sebelah katil. Sebelum membuka lock screen, aku sempat meraba dahi aku. Eh? Tak panas dah? Pelik. Bukan semalam aku demam ke? Aku menggigit bibir sebelum membuka lock screen.

1 unread message.

Chanyeol:
Morning sweetie, awak sibuk tak hari ni? Boleh temankan saya beli barang untuk birthday party Taehyung nanti?

Aku menekan icon reply.

Hyerin:
Saya okay je :)

Aku mengeluh kecil. Sampai bila aku tak bagitahu Chanyeol? Sampai bila aku kena tunggu supaya Chanyeol ingat aku semula?

Aku meletakkan telefon disebelah. Aku terperasan sesuatu, tangan aku larikan disekitar cadar disebelah tempat aku berbaring. Hangat. Seperti baru sahaja seseorang berbaring di tempat itu.

Fikiran aku mula mengingat perkara yang terjadi semalam. Dimana ada seseorang yang memeluk aku ketika tidur. Mata aku terbuka luas. Aku bangkit dari katil dan mengatur langkah keluar dari bilik sebelum menuju ke bilik Jihye. Aku terus memulas tombol pintu dan masuk kedalam.

"Jihye?"

Jihye yang sibuk menyikat rambutnya beralih memandang aku. Keningnya dinaikkan.

"Wae?"

"Kau ada jenguk bilik aku ke semalam?"

Dahi Jihye berkerut sebelum dia menggeleng.

"Tak ada. Kenapa?"

Hati aku berdegup kencang. Aku menggeleng sebelum tersenyum kelat dan meninggalkannya terpinga-pinga didalam bilik. Aku berjalan ke bilik aku semula.

Jadi, betul la apa aku fikir semalam? Itu memang.. Baekhyun.

--------

Aku dan Chanyeol melangkah keluar dari supermarket selepas membeli beberapa bahan mentah untuk majlis ulang tahun Taehyung. Aku hanya mengikuti jejak langkah Chanyeol menuju kereta. Dia menyuruh aku untuk masuk kedalam kereta dahulu.

"Hyerin, boleh tak awak dengan Jihye datang rumah nanti? Kita menghias untuk birthday party tu." Aku hanya mengangguk sebagai jawapan. Chanyeol tersenyum sebelum memulakan pemanduannya. Perjalanan mengambil masa selama 20 minit sebelum kami tiba di hadapan rumah Taehyung.

"Nanti awak tolong mesej kat Jihye suruh datang." kata Chanyeol.

"Taehyung ada kat dalam ke?" soal aku. Aku lebih merasa selamat jika Taehyung ada untuk menemani kami. Aku bukannya biasa sangat dengan kawan-kawan diorang yang lain.

"Tak ada. Hari ni dia tidur kat rumah Jimin. Esok dia datang." Aku menghembus nafas perlahan. Bosanlah kalau tiada Taehyung. Taehyung je yang selalu buat aku gelak dengan lawak entah pape dia tu.

"Kenapa? Awak nak saya panggilkan dia datang sini ke?" soal Chanyeol apabila menyedari riak kehampaan diwajah aku. Aku menggeleng kecil sambil tersenyum.

"Tak perlu. Saya tak selesa sikit kalau dia tak ada. Kawan-kawan korang tu macam tak boleh dipercayai sangat." Chanyeol tergelak kecil sebelum mencuit hidung aku. Aku terpaku.

"Saya kan ada. Awak tak percayakan saya ke?" soal Chanyeol. Matanya memandang tepat kedalam mata aku. Aku cepat-cepat beralih memandang ke tepi.

"Tak.. err.. eh.. Percaya." Aku menggaru kening yang tidak gatal. Chanyeol tergelak lagi.

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now