BAB 2

63.2K 1.7K 23
                                    

Diana yang sedang sibuk memasak untuk makan malam diperhatikan oleh Azwina. Terkedek-kedek dia berjalan di belakang kawan baiknya itu. Satu dua ...

"WOI!" Jerit Azwina kuat mengejutkan Diana yang sedang memasak.

"Eh mak kau masuk longkang!" Tawa Azwina meletus kuat mendengar Diana melatah. Senduk yang dipegangnya hampir dihumpandek terkejut. Diana menahan geram. Sengaja dia biarkan kawannya itu mentertawakannya.

"Kau marah ke?" Azwina segera memujuk Diana yang kelihatan menyambung kembali mengacau sup ayam yang dimasaknya.

"Tau pun takut aku marah! Hah, lepas ni kejutlah lagi. Haha." Azwina mencebikkan bibirnya. Namun perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman yang lebar.

"Kau ni kenapa happy semacam je?" Tegur Diana selepas melihat tingkah Azwina yang tersenyum sendiri. Makin lebar senyuman Azwina. Segera dia memeluk kuat tubuh Diana.

"Azwina kenapa happy semacam ni?"

"Aku dapat kerja!"

"Kalau ye pun terkejut janganlah sampai buka mulut besar tu. Nanti masuk lalat. Haha." Jari Diana mencubit perlahan lenganAzwina itu. Geram!

"Auch, sakitlah Diana!" Adunya sambil tangan mengelus ditempat yang dicubit Diana.

"Tau sakit. Dah pegi masuk mandi. Nanti nakmakan malam pula." Arah Diana. Perlahan-lahan Azwina meninggalkan Diana di dapur. Terasa melekit pula badan ni. Nak mandi dululah. Gumam Azwina.

********

"Airul, kenapa you tak angkat call I tadi? Penat tau I call you. Hmm." Airul terasa rimas bila Rita mendekatinya. Panas.

"Boleh tak you jauh jauh sikit. Rimaslah!" Bentak Airul. Rita mencebik kecil. Rita semakin mendekati Airul lalu dipeluk ciumnya Airul.

PANG!Rita terkaku seketika. Perlahan-lahan tubuh Rita menjauhi Airul. Kelihatan Airul terlebih emosi malam itu. Gelas kaca yang dipegangnya tadi dihumpan lalu pecah di atas lantai. Bila Airul sudah emosi sebegitu, Rita pun tidak berani nak ganggu.

"Mengganggu aku je kau tau!" Jerit Airul tepat di depan wajah Rita. Rita segera berlari anak meninggalkan Airul yang dah berubah menjadi harimau.

"Weh, kau ni apasal Rul? Emosi semacam je aku tengok. Ada problem ke, bro?" Rizki menepuk perlahan bahu Airul untuk menenangkannya. Dia sudah tahu, pasti adabenda yang jadi sehinggakan Airul naik angin satu badan.

"Rita tulah. Mengganggu aku je. Rimaslah! RIMAS!" Airul menekankan perkataan RIMAS itu kuat. Matanya sempat menjeling Rita yang duduk dihadapannya melayani seorang lelaki agak berusia. Cis, nampak sangat kebulur! Kutuk Airul dalam hati.

"Leklah bro. Kau juga yang nak Rita tu jadi your girlfriend. Kau kata kau playboy, kan?" Perli Rizki.

"Kau pun samalah! Dahlah, aku nak balik. Kau lepaklah dengan Rita tu. Malas aku nak layan." Rizki hanya tersengih kecil. Anak matanya mengikuti setiap langkah Airul sehingga Airul hilang dari pandangan. Kepalanya digeleng perlahan. Penat melayan perangai kawannya itu. Kejap okay.Kejap tak. Tapi dia sebagai kawan sudah lali dengan sikap Airul yang berubah-ubah.

*********

Azwina menelek jam tangan yang dipakainya itu. Pantas tangannya mengambil kasut serta memakainya. Roti bakar disumbat terus kemulutnya.

"Dian, aku gerak pergi kerja dulu!" Jerit Azwina dari luar rumah. Laju saja kakinya berlari anak menuju kereta protonnya. Diana pula masih bersiap.


"You're late, Azwina Sofea!" Suara garau itu kuat menegurnya yang baru hendak duduk dikerusinya. Azwina menundukkan pandangan. Takut matanya bertembung dengan mata bossnya yang garang itu.

"Im sorry, boss. Semalam saya tertidur lewat." Ish, Dianalah ni ajak aku tengok running man 😣 Geram Azwina.

"Kau lewat tidur ke apa ke, aku tak nak ambik tahu. Yang pasti sekarang ni aku tak suka pekerja saya lewat masuk ke pejabat! Kau tu PA aku and this is your first time kerja kat sini! Jaga disiplin kau kalau kau nakterus kerja di sini! Faham?!" Air mata Azwina bergenang di pelupuk matanya. Anggukan kepala dijadikan jawapan. Tidak sanggup dia nak angkat muka untuk masa sekarang ni.Airul tanpa sengaja terlihat air mata Azwina yang mula mengalir dipipinya. Rasa bersalah menguasai dirinya masa ini. Airul meraup kasar rambutnya lalu masuk ke ruangannya. Pintu bilik dihempas kuat. Terperanjat Azwina dibuatnya.

"Aduh, aku buat dia menangis pulak dah!" Serabut kepala Airul mengingati Azwina yang menangis akibat dimarahi olehnya. Emosinya beberapa hari ni agak terganggu. Nafas dihembus kasar sebelum kembali bangun lalu menuju ke meja Azwina.Azwina yang perasan Airul sudah tegak berdiri didepannya sengaja buat tidak perasan. Hatinya masih sakit sebab tadi. Malu dibuatnya. Semua mata terarah kearahnya ketika Airul membentaknya.

"Sorry about that. Emosi aku tak stabil. Jadi aku memang suka marah orang kalau aku tengah serabut." Berkerut dahi Azwina mendengar setiap ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. Eh, mamat ni minta maaf kat aku ke? Seriously? Hatinya mula ketawa kecil.

"Tak apalah, boss. Dah biasa. Tak kisahlah." Balas Azwina. Namun matanya langsung tidak melihat ke arah Airul. Makin rasa bersalah dibuatnya. Airul segera duduk dihadapan Azwina. Matanya tajam memandang wajah Azwina. Cantik! Puji Airul. Senyuman kian mekar dibibirnya. Aik mamat ni dah sewel ke? Senyum sorang sorang pula tu. Bisik hati Azwina. Sesekali matanya menjeling wajah kacak Airul.

"Jom lunch. Aku belanja." Ajak Airul.

"Eh, tak apalah boss. Saya tak lapar lagi. Nanti saya pergilah lunch sendiri." Azwina menolak lembut ajakan Airul. Wajah Airul berubah.

"Okaylah boss. Saya ikut boss. Boss tunggu kat bawah dulu. Nanti saya turun." Airul mengukir senyuman.

"Okay, good girl. Jangan lama sangat." Azwina mengangguk laju.

*********

"Wina! This is you?" Tegur Rizki. Azwina yang mulanya kebingungan kini tersenyum lebar. Teruja nampaknya.

"Rizki Ridwan?"

"Yes, Wina. This is me. Thanks god. Tak sangka jumpa you kat sini. Seriously, i miss you a lot." Luah Rizki. Matanya tidak lari dari memandang wajah Azwina yang sekian lama tidak dilihatnya. Deheman kecil menyedarkan Rizki dan Azwina bahawa ada orang lain selain mereka berdua.

"Em, sorry boss." Azwina menundukkan pandangan. Airul tersenyum sinis.

"Jumpa awek lama terus tak ingat kawan." Perli Airul. Rizki menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih bagai kerang busuk.

"Tak perasanlah, bro. Haha. By the way, macam mana korang boleh kenal? Dan, tadi Azwina sebut kau boss?" Azwina memandang wajah Airul seketika sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Rizki.

"Encik Airul ni majikan saya. Saya kerja katH&R Holding sekarang." Bagitau Azwina. Rizki mengangguk faham. Senyuman lebar kembali terukir di bibir Rizki. Matanya kembali melihat Azwina.

"Baguslah kalau you kerja kat H&R Holdings. Bolehlah I jumpa you tiap hari. Kan?" Begitu teruja Riziki ketika ini. Matanya bagai tidak mahu terlepas pandang wajah wanita yang dulu pernah bertakhta dihatinya.Airul hanya berdiam diri sahaja. Melihat kemesraan Rizki dan Azwina membuatkan hatinya sedikit sedih.

Pendek je cerita kali ni eh ? No idea 😢😢 huhuhu .. 1066 patah perkataan je. Bolehlah kan dari tiada 😂 Aku nak thankyou so much kat korang yang sudi baca cerita yangtak seberapa ini. Andai ada yang mengarut abaikan je. Pergi baca cerita orang lain pulaa 😂😂 Gurau je. Btw, selamat menyambut bulan ramadan al mubarak 😊 Vote Vote 😘

Encik Boss #Wattys2016 ✔Where stories live. Discover now