BAB 9

41K 1.2K 15
                                    

Airul menjeling Azwina yang sedang sibuk memasak sarapan pagi. Ditariknya kerusi perlahan.

"Eh, awak dah bangun eh?" Tanyanya. Airul mengerutkan dahi. Dah memanglah aku dah bangun.

"Kalau aku tak bangun lagi, tak adanya lah aku duduk kat sini sekarang ni. Apalah kau ni. Tanya pun soalan yang orang kata cepumas." Bebelnya. Azwina sudah tersipu malu. Kelihatan kemerah-merahan wajahnya menahan malu.

"Nah, saya masak nasi goreng je pagi ni." Katanya sambil meletakkan nasi itu ke atas meja makan. Sementara menunggu Datin Aida dan Dato' Mizan, Azwina mengambil masa untuk menyapu ruang tamu banglo itu.

"Ya Allah, Wina! Kenapa pergi sapu ruang tamu ni? Kitakan ada pembantu rumah." Azwina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Datin Aida menggelengkan kepala sementara Dato' Mizan sudah pun melabuhkan punggungnya di depan meja makan.

"Ala, ma. Wina dah terbiasa buat kerja ni semua kat rumah sewa dulu." Terangnya sambil tersengih. Datin Aida menarik lengan Azwina ke meja makan.

"Wah, Wina ke yang masak nasi goreng kampung ni? Favourite Airul ni." Azwina senyum sahaja. Gelas yang kosong di tuangkan air kopi untuk sarapan pagi itu. Suasana sunyi sepanjang mereka menikmati sarapan pagi itu.

"Ehem." Datin Aida berdehem. Semua mata terus memandangnya.

"Airul dengan Azwina dah rancang nak pergi honeymoon kat mana?" Tersembur air minum Airul. Azwina yang menahan tawa terus memberikan Airul tisu. Airul menjeling tajam Azwina.

"Ya Allah, budak ni. Minum tu baik baiklah. Ish, maaflah Wina. Airul memang macam tu. Tak sopan." Jelas Datin Aida. Airul apatah lagi. Terbeliak matanya mendengar setiap bait bicara Datin Aida. Dijelingnya Azwina yang mengulum senyum.

"Mama ni. Apa pula kata orang macam tu? Mama tu lah tiba tiba je tanya kat kitaorang macam tu." Rungutnya.

"Saja je lah mama nak tahu. Kalay belum ada perancangan nak pergi honeymoon, mama ada nak tolong sponser untuk pengantin baru ni." Kali ini Airul tersedak pula. Nasi goreng yang ditelannya bagai menyangkut di leher. Pantas tangan halus Azwina mengurut belakang Airul dan menyuakan air kepadanya.

Datin Aida dan Dato' Mizan hanya tersenyum melihat kemesraan pengantin baru itu.

"Airul tak naklah pergi honeymoon ma. Busylah. Banyak sangat kerja kat office tu. Lagipun Airul kan dah ambik cuti satu minggu. Takkan nak cuti lagi?"

"Ish kamu ni Airul. Kamu tu kan pengantin baru. Takkanlah nak kerja terus. Rehatlah dulu kat rumah dua tiga hari ke. Kesian kat Wina ni." Airul mengeluh.

"Nantilah Airul fikirkan lagi. Sekarang ni Airul nak ajak Azwina keluar kejap. Jom, Wina." Digenggam erat tangan isterinya itu lalu dibawa ke atas.

*******

"Buat apa kita pergi mall ni?" Dikerlingnya Airul di sebelah. Sibuk dengan telefon pintarnya. Jalan pun asyik tengok telefon. Sehinggalah...

BUKK!

"Aduh!" Adu satu suara. Airul pantas membantu orang yang dilanggarnya tadi. Azwina hanya menjadi pemerhati.

"I am so sorry, miss. Really sorry." Katanya memohon maaf.

"It's okay. Eh, you Airul, kan?" Airul mengangguk.

"Sorry, macam mana you kenal dengan I? I mean, how you can know about my name?" Tanya Airul pelik. Azwina yang berdiri dibelakangnya tidak diambil peduli. Perhatiannya sekarang buat perempuan yang sekarang ada di hadapannya.

"Ini I lah, Melissa. Didn't you remember me? Melissa, your ex girlfriend?" Tawa Airul meletus.

"Oh my god! Seriously, Melissa. I am so sorry sebab langgar you tadi. I tak nampak." Perempuan yang bernama Melissa tergelak kecil. Tiba tiba Melissa mencapai tangan Airul lalu digenggamnya.

"I miss you a lot, Airul. You miss me?" Azwina yang melihat adegan itu pantas menarik tangan yang digenggam Melissa.

"Sorry, Cik Melissa. Awak tak boleh pegang dia sesuka hati awak. Wife dia ada depan mata awak sekarang. Jadi, saya harap Cik Melissa hormat saya sebagai isteri Airul." Jelasnya. Ada ketegasan di setiap kata katanya. Airul yang mendengar kata kata Azwina pantas menarik tangan Azwina selepas meminta diri dari Melissa.

"Hey, perempuan! Kau dah lupa ke dengan perjanjian kita?! Kau tak ada hak lah nak halang aku bergaul dengan sesiapa pun yang aku nak termasuk Melissa. Kau dah lupa ke kita kahwin atas kemahuan mak aku?! No love! So, please lepas ni kau dengan urusan kau, aku dengan urusan aku!" Bentak Airul di depan Azwina. Semua mata memandang tidak dipedulikan oleh Airul. Air mata Azwina sudah terkumpul di tubir mata. Sakit hati. Malu. Semua perasaan bercampur ketika itu. Air matanya perlahan lahan jatuh membasahi pipinya. Tidak diseka, dibiarkan saja. Airul yang melihatnya terasa bersalah. Belum sempat Airul mencapai tangan Azwina, Azwina sudah laju meninggalkannya dengan rasa bersalah yang menimbun.

Disebalik kerumunan orang ramai yang melihat kejadian itu, kelihatan seorang perempuan sedang tersenyum sinis. Difikirannya sudah terkumpul begitu banyak perancangan untuk mendapatkan Airul semula. Makin lebar senyuman sinisnya bila melihat Azwina meninggalkan Airul yang masih tegak berdiri di tengah tengah kerumunan orang ramai.

MELISSA!

So how about this chapter? Best? Or No? Kalau best just tekan bintang yang ada kat bawah sekali tu 😂 Support my story that i have wrote 😍 Cukup tak untuk malam ni? Ke nak sambungan for the next chapter? Komen komen komen sahaja 😘 Thanks for reading 😍 Muxhhh !

Encik Boss #Wattys2016 ✔Where stories live. Discover now