BAB 37

31.6K 744 9
                                    


Azwina mencelikkan matanya. Kepala yang sedikit berdenyut diurut perlahan. Matanya terbuka luas bila melihat bilik itu terlalu asing. Bukan bilik dia dan Airul. Perasaabn cemas mula menguasai diri.

"Aku kat mana ni?" Soalnya sendiri. Dia mengeluh kecil bila teringat sesuatu.

"Tadi bukan aku pergi keluar beli barang ke? Lepas tu.. lepas tu.."

Bunyi tombol pintu yang dibuka menggantungkan ayatnya. Terbeliak matanya melihat seseorang yang memakai topeng muka. Dan dibelakangnya berdiri seorang perempuan. Wajahnya gelap tidak kelihatan.

"How are you, Mrs Airul?" Suara itu. Suara yang amat dikenalinya.

"Me.. Melissa?" Kedengaran perempuan itu ketawa besar diikuti dengan tepukan tangan.

"Wow! Kau dapat kenal suara aku? Good girl. Tapi good girl pun kau tetap juga bodoh!" Bentaknya sambil menunjal kepala Azwina. Azwina mengeluh sakit bila kepalanya terhantuk pada dinding.

"Macam mana kau boleh ada kat sini?" Sudah tiada perkataan awak-saya. Sudah hilang rasa hormatnya pada perempuan bernama Melissa itu. Matanya mencerlung tajam melawan pandangan Melissa yang kelihatan sinis.

"Dah ni tempat aku. Kesiannya kau.." Ujarnya sambil tangan mengelus rambut perangnya. Pisau lipat dikeluarkan daripada poket bajunya.

"Kau..kau nak buat apa dengan pisau tu?!" Soal Azwina risau. Risau diapa-apakan. Dia mengundur ke belakang bila Melissa mendekatinya.

"Melissa.. Jangan buat aku macam ni! Apa kau nak?!" Melissa terhenti. Dia berdiri tegak tapi mata masih merenung Azwina.

"Apa aku nak? Aku nak Airul Syafiq! My buah hati yang kau rampas!" Marahnya. Dia terus berlari mendekati Azwina lalu menarik selendang yang dipakai Azwina. Tersenyum sinis Melissa bila Azwina merengek kesakitan.

"Lepaslah, Melissa! Kau ni sakit jiwa! Aku tak rampas Airul lah!" Dia masih cuba melawan. Tangan Melissa ditepisnya.

"Penipu! Kau rampas Airul dari aku! Kau memang tak guna! Kau layak mampus lepas tu aku tanam kau dalam tanah!" Bentaknya lagi. Belum sempat dia menusuk pisau lipat itu pada Azwina, dia terfikir sesuatu.

"No.. Aku kena bunuh kau depan mata Airul. Baru game ni jadi best. Jadi gempak!" Dia ketawa sinis lalu meninggalkan Azwina yang sudah teresak-esak. Dia risau akan keselamatannya dan juga Airul. Perutnya yang rata disentuh sebelum air mata kembali bergenang ditubir mata.

"Airul.. selamatkan kami." Gumamnya dalam esakkan.




******



"Azwina! Sayang.." Panggilnya selepas melangkah masuk ke rumah. Pelik! Sudah hampir pukul 6 petang. Mustahil Azwina belum balik dari membeli barangan dapur. Diteleknya jam tangan sebelum melangkah masuk ke bilik untuk membersihkan diri.


Selesai membersihkan diri, dia turun kembali ke bawah untuk mencari kelibat Azwina. Sebab tadi dia mendengar pintu rumah dibuka. Sengaja tidak dikuncinya. Senang Azwina masuk.

"Sayang dah balik?" Panggilnya lagi. Masih tiada sahutan. Dia pergi ke ruang tamu dan terlihat kertas yang comot dengan tanah dan kesan merah. Dengan perasaan yang bercampur baur, dia membuka kertas itu.



Airul Syafiq. My beloved one! Dulu I pernah cakap kat you, yang you bakal jadi hubby I. Dan what? I takkan benarkan sesiapa pun yang jadi wife you termasuk Azwina Sofea. Tinggal sekejap masa je lagi, Azwina Sofea akan hilang dari pandangan you. And you will be mine. Nampak tak tompokan warna merah kat kertas ni? You know what, itu bukan warna melainkan darah Azwina Sofea. You nak tengok your wife for the last time? I boleh bagi. Alamat I akan hantar kat you. But, jangan berani nak minta bantuan police. Or, Azwina Sofea will die!

Your love
Melissa

Encik Boss #Wattys2016 ✔Where stories live. Discover now