BAB 19

38.2K 1K 15
                                    

"Khai, kenapa dengan wife aku? Dia sakit apa?" Bertubi tubi soalan ditanya kepada Doktor Khai. Khai tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala. Airul masih menunjukkan riak kerisauan di wajah kacaknya.

Bahu Airul ditepuk lembut. Makin bingung Airul dibuatnya bila melihat kawan baiknya, Doktor Khai menunjukkan riak biasa. Perasaannya sudah bercampur baur. Risau dengan keadaan Azwina yang tiba-tiba jatuh pengsan tadi. Muka yang kelihatan pucat makin menambahkan lagi kerisauannya.

"Weh, Khai! Aku tanya kau ni. Asal kau senyum senyum macam orang tak betul ni?!" Kerana bengang, dicopnya Khai sebagai orang tak betul. Hailah! Serta merta senyuman Khai yang agak manis semanis gula 10kg mati. Haha!

"Agak agaklah wei nak mengata aku tak betul! Kau lah kot yang tak berapa nak betul!" Balas Khai tidak mahu kalah.

"Asal aku pula?!"

"Yelah! Isteri pregnant pun tak tahu ke? Apa punya laki lah kau ni?"

Airul terkedu seketika. Nafasnya bagai tersekat di rongga pernafasan.

'Isteri aku pregnant?' Gumamnya dalam hati. Riak terkejut membuatkan ketawa Khai makin galak. Datin Aida dan Dato' Mizan sudah mengucapkan syukur. Bakal menimang cuculah katakan.

"Kau jangan main mainlah wei!" Geram Airul.

"Main main apa benda?! Aku tumbuk juga kau jap lagi. Your wife is pregnant now! Kandungan dia masih lemah. Baru masuk 5 minggu. So aku nak kau jaga betul betul wife kau. Jangan bagi dia buat kerja yang berat berat. Takut ada kesan buruk buat baby you two." Jelasnya. Sempat lagi diberikan pesanan kepada Airul yang masih lagi terkaku. Airul mengangguk perlahan.

"So, congratulations! I hope you will be a good husband and good father for your son." Airul tersenyum kelat. Dia sedang berbelah bahagi. Perkahwinan mereka hanya berbaki tidak lebih dari 2 bulan lagi. Tapi dalam hati sudah terdetik kebahagiaan kerana dia bakal menjadi seorang ayah.

"Boleh aku tengok wife aku?" Khai mengangguk. Dengan langkah yang pantas dia menuju ke ruang wad dimana Azwina ditempatkan.

Wajah cantik Azwina dipandang lama. Dielus elusnya pipi halus milik isterinya itu. Senyuman kian mekar dibibir merahnya.

"Sayang, tak lama lagi.. Tak lama lagi you and I will be a mom and dad. Im happy but, i don't know." Luahnya. Air mata lelakinya tanpa segan silu mengalir keluar. Disekanya cepat air mata yang gugur tadi bila melihat isterinya mula tersedar dari pengsan.

"Hm." Rengek Azwina. Dahinya dikucup lembut oleh Airul. Perlahan lahan matanya terbuka luas. Dia memandang sekeliling. Bilik itu bagai terasa asing dari pandangannya. Hanya putih saja dilihat. Matanya berhenti dihadapan wajah Airul yang memandangnya sayu. Senyuman manis mula terukir cantik.

"Awak? Saya kat mana ni?" Tanyanya lembut. Airul membalas senyuman itu ikhlas.

"Kau kat hospital. Kau pengsan tadi."

"Hos.. Hospital?!" Airul angguk. Azwina menyentuh perutnya yang terasa sedikit ngilu. Kerutan didahi menimbulkan kerisauan Airul.

"Kau kenapa? Sakit ke? Sakit kat mana?" Azwina tergelak kecil. Pipi Airul disentuh penuh sayang.

"Takde apalah awak ni. Kenapa risau sangat? Saya cuma rasa ngilu je kat perut ni." Balasnya tenang. Wajah kacak suaminya ditenung lama.

"Nak tahu kenapa?" Tanya Airul. Sengaja bermain teka teki. Tangan Azwina dicapai dan dikucup lembut.

"Why?"

"Dalam perut kau ni ada something." Kata Airul. Azwina membuat muja takut. Ada apa?

"Kenapa? Ada apa dalam perut saya?!" Tanyanya cepat. Perutnya disentuh perlahan lahan.

"Adaaaa ... baby." Azwina tercengang seketika. What the? Airul tipu ni. Gumamnya.

"Baby apa ni awak?" Tanyanya untuk kepastian. Airul sudah tersenyum nakal.

"Dalam rahim kau tu... Ada benih aku. Benih aku yang sudah berbentuk."

"Berbentuk? Means?"

"Berbentuk bayi. Baby. Baby yang bakal keluar dan melihat dunia." Hidung Azwina dicuit lembut. Azwina merengek kecil bila diperlakukan sedemikian.

"Tipu!"

"Eh? Tak percaya? Nak aku panggil Doktor Khai?"

"Serius ke ni awak? Betul ke?" Soalnya lagi dan lagi. Air mata sudah berkumpul dipelupuk mata. Sedikit lagi akan mengalir keluar. Anggukan kecil yang diberikan oleh Airul membuatkannya tersenyum lebar. Tidak lupa dia mengucap syukur diberikan 'hadiah' yang berharga.




"Alhamdulillah. Thanks to Allah. Alhamdulillah."








Ahemm! Hai 😁 Sorry pendek je bab ni. Tapi errr harap dapat menarik minat uolls untuk baca! Jangan lupa komen and vote. Love uolls 😍 Malam ni aku ada story sheram! Tajuk besar Mainan Syaitan. Ada 4 part. Part pertama ni cerita pasal satu permainan syaitan. BABY BLUE !

ENJOY YOUR READING!

Encik Boss #Wattys2016 ✔Where stories live. Discover now