BAB 8

40.8K 1.2K 21
                                    

Gementar, takut, sedih, gembira semua bercampur aduk ketika itu. Matanya memandang ke arah pengantin lelaki yang bakal melafazkan nikah. Nafas dihembus perlahan. Sesekali pandangan matanya bertembung dengan mata Airul yang turut sama memandangnya.

"Airul Syafiq bin Dato' Mizan."

"Saya!"

"Aku nikahkan dikau Airul Syafiq bin Dato' Mizan dengan Azwina Sofea binti Dahli dengan mas kahwin sebanyak lima ratus ringgit, Tunai!"

"Aku terima nikahnya Azwina Sofe binti Dahli dengan mas kahwin sebanyak lima ratus ringgit, Tunai!"

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

Doa yang dibaca kami Aamiinkan. Airul mula mendekati Azwina yang sudah sah bergelar isterinya. Cincin disarungkan di jari manis Azwina dan sebaliknya. Azwina menunduk mencium tangan suaminya itu lembut dan Airul mengucup lembut dahi si isteri. Airul mendekatkan bibirnya di telinga Azwina dan membisikkan sesuatu.

"Azwina Sofea, now you're my wife. Real wife. Tak sabar untul first night kita. Kan sayang?" Bisiknya perlahan. Muka Azwina jangan cakaplah. Begitu kelihatan kemerah-merahan di pipinya. Malu. Semua tetamu yang hadir mengusik-usik si pasangan pengantin baharu itu.

Azwina POV

Aku meregangkan badanku yang terasa sakit itu. Haih, penatnyalah urus perkahwinan ni. Nasib je lah buat kecil-kecilan je.

Pintu bilik dikuak dari luar. Aku melihat Boss Airul a.k.a suami aku masuk ke biliknya. Ops, I mean bilik 'kami'. Aku melihat dia hanya menjeling aku sekilas sebelum menelentangkan badannya di atas katil empuk itu. Penat sangat kot.

"Awak pergilah mandi dulu. Lepas mandi kita solat Isyak sama sama." Kataku sambil menyikat rambutku sambil mata masih menjeling Airul yang terbaring di tengah-tengah katil.

Kedengaran suaranya mengeluh perlahan. Aku berjalan mendekatinya. Segera aku labuhlan punggungku di sebelahnya. Teragak-agak aku menyentuh dadanya.

"Awak, bangunlah. Nanti kita nak Isyak lagi. Bangunlah awak." Aku tidak putus asa membangunkannya. Aku lihat matanya dicelik-celikkan sebelum benar-benar dibukanya. Comelnya laki aku ni. Haha.

"Kau dah mandi?" Aku angguk. Aku bangun dari duduk ku dan mahu keluar dari bilik itu. Namun, terasa lenganku ditarik kuat sehingga aku terasa dihempap sesuatu. Erg?

Terbeliak mata aku melihat gerangan orang yang menghempap tubuhku yang kecil molek ni. Aiseh. Airul menyembunyikan senyumnya. Aku mencebik lalu menolak kuat tubuh tegapnya. Tapi? No hasillah. Kudrat lelaki dengan perempuan manalah sama. Haih.

"Awak, apa awak buat ni?! Badan awak tu beratlah!" Kataku tegas sambil tangan masih berusaha menolak tubuhnya itu.

Tangannya membelai pipiku, dan turun ke bibir. Senyuman nakal terbit di bibirnya.

"Pervert!" Kataku kuat. Dia masih tidak mahu berganjak dari atasku. Wajahnya makin mendekat. Satu .. dua .. tiga ..

CHUP! Bibirku dikucup lama. Aku bagai terpaku seketika. Jasad ku menolak namun otak dan hatiku bagai mengkhianati aku.

Eh? Apa aku buat ni?! Alamak malunya! Pantas aku tolak kuat tubuhnya sehingga dia jatuh terlentang dilantai.

"Auch, sakitlah! Asal kau tolak aku?!" Aku biarkan sahaja soalan itu lalu keluar dari bilik yang aku rasa makin panas. Mukaku terasa membahang.

"Ish, apalah aku ni. Apahal pula aku balas tadi?! Malunya aku!" Rungutku separuh berbisik.

"Hah, Wina! Kenapa tu?" Datin Aida menegur aku. Aku sengih sambil menggelang kepala. Takkanlah aku nak bagitau kat dia pasal apa yang baru jadi tadi kot? No way!

"Mama masak apa ni?" Tanyaku sengaja menukar topik. Malas nak ingat!

"Mama masak ayam masak merah, ikan 3 rasa dengan sayur campur. Azwina makan tak semua ni?" Inilah satu tabiat yang aku suka daripada Datin Aida. Walaupun ada pembantu rumah, rutin memasak tetap dilakukan sendiri. Katanya Dato' Mizan nak masakan yang disediakan oleh Datin Aid sendiri. Aum, why you two so sweet ar? Haha.

"Wina makan apa je yang mama masak. Nak Wina tolong tak?"

"Eh, tak payahlah Wina sayang. Kamu tu pengantin baru. Mesti penatkan bersanding tadi. Kamu duduk je diam-diam. Biar mama yang buat. Sementara tu, pegilah Isyak dulu. Nanti dah habis Isyak, ajak Airul turun makan." Aku angguk. Ala, perlu ke naik atas ni? Malu aku masih bersisa. Rasa nak simen je muka ni biar orang tak nampak. Haha.

Pintu bilik aku ketuk perlahan. Pantas sahaja aku masuk kebilik untuk menunaikan kewajiban aku sebagai seorang muslim.

"Jomlah Isyak." Kurs semangat! Ingatkan siapalah tadi yang bercakap dengan aku. Aku senyum ringkas. Aku masuk ke bilik mandi unuk mengambil wudhu.

Selepas selesai ambil air sembahyang, sejadah sudah terletak rapi di atas lantai itu. Hm, mestilah husband aku yang sediakan ni. Siapa lagikan?

******

"Awak, saya nak tanya boleh?" Soalku perlahan. Airul memandang aku sekilas sebelum mengangguk. Matanya kembali melihat skrin telefon pintarnya itu. Aku mengeluh perlahan.

"Betul ke pilihan kita untuk berkahwin ni? Awak tak menyesal ke kahwin dengan saya?" Aku lihat Airul memandang aku tajam. Erk? Salah ke aku tanya?

"Soalan apa kau tanya ni? Aku dah kahwin dengan kau pun kan? Menyesal? Entahlah. Kau fikirlah sendiri." Balasnya. Aku menjengilkan mata. Jelingan tajam aku berikan. Tapi dia just do like nothing happen. Whateverlah!

"Dahlah, saya nak tidur dulu. Awak tak nak tidur sama ke?"

"Nak aku temankan kau tidur ke? Oh, lupa pula. Malam ni first night kita kan sayang?" Airul mengenyitkan mata. Aku menjelirkan lidah. Cis, miang punya laki. Hish.


Hahaha alahai Airul, apasal kau miang sangat tu 😂😂 Okay, bab ni pendek ja lah aku bagi ek? Btw, lepas ni aku akan slow update 😢 sebab esok dah nak masuk sekolah 😭😭 Tapi yang penting thanks to my readers sudi lepak sini. Jangan lupa vote and komen 😘😘 selamat malam uolls 😍

Encik Boss #Wattys2016 ✔Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα