BAB 24

40.2K 988 47
                                    

Hai guys ! Sorry late update 😌 Hakak tak sengaja huhu. Semalam ingat nak update tapi lepas belajar terus lupa 😑 sorry ye awaaa 😘 Ni hakak update bab 24 untuk uolls ! So enjoy tau 😍 Vote dan komen jangan lupa 😂





Awal pagi lagi Airul sudah bangun lebih awal daripada hari yang lepas lepas. Entah apa pulalah mimpi Airul ni. Kakinya melangkah laju turun ke dapur. Peti sejuk di buka.

"Hm, aku nak masak apa pula untuk sarapan eh? Minah tu suka makan apa kalau breakfast? Ah! Matilah aku macam ni!" Kepala yang tidak gatal digaru kasar. Pening memikirkan sarapan apa yang hendak dimasaknya.


Azwina Pov

Aku mempisat pisat mata aku. Aku mengeluh kasar dek tidur yang terganggu dengan bunyi bising. Laju saja aku bangun dan mencapai tombol pintu.

"Ya Allah!" Aku mengucap panjang melihat keadaan dapur yang berselerak. Minyak tertumpah di lantai, kulit telur yang bertaburan di bawah meja. Aku menggelengkan kepala. Mata aku cerlung tajam memandangnya. Dia hanya menayangkan senyum lebar tanpa rasa bersalah.

"Hai, morning minah senget!" What the?!

"Apa yang awak buat kat dapur ni?! Habis bertaburan tau tak? Ni siapa yang nak kemas?!" Marahku. Suara aku kuatkan sedikit. Kang terkuat sangat confirm kena cop isteri derhaka!

Tangan aku dicapai dan dikucup lembut. Terharu dan terharu dan terharu. Belum sempat aku mengoyakkan senyuman manis untuknya, hidung aku terhidu bau yang kurang enak. Macam.. bau hangus?!

"Eh! Awak masak apa tu? Ya Allah! Bau hanguslah!" Jerit aku kuat. Terkedek kedek dia berlari untuk melihat masakannya yang mungkin dah hangus. Haha!

"Alaaa.. Hangus pula masakan aku!" Keluhnya. Aku cuma mampu menggeleng dan menggelang.

"Dah, tepi! Biar perempuan ja yang buat kerja. Kalau lelaki yang masak, memang taklah!" Halau aku. Badan tegapnya aku tolak keluar dari dapur. Airul mencebik dan berlalu ke bilik.


********

"Wina, kenapa susah sangat nak jumpa awak sekarang ni eh?" Tanya Rizki lembut. Matanya tajam memandang mata aku.

"Saya agak busy sikit sejak kebelakangan ni. Biasalah kan boss Airul tu. Banyak sangat appointment dengan syarikat syarikat besar. Tu yang susah nak jumpa saya." Jawabku panjang lebar. Air minuman aku teguk rakus. Jus Mangga. Nyum!

"Eh, minum tu slow slow lah. Kang tersedak siapa yang susah?" Terkekek kekek aku ketawa. Gelas aku suakan dihadapan Rizki. Keningnya terangkat. Mungkin bertanya kenapa? Haha

"Nak lagi?" Aku angguk sambil senyum.

"Tapi awak dah minum dua gelas tau tak? Nanti sakit perut tu macam mana?" Bibir aku cebikkan. Gelas itu aku biarkan saja.

"Ehem!" Suara deheman mengejutkan aku yang masih lagi mencebikkan mulut.

"Eh, Rul. Kau buat apa kat sini? Nak join kitaorang?" Aku lihat Airul tidak membalas sapaan Rizki. Matanya tajam merenung aku. Kerusi di sebelah Rizki ditarik.

"Airul...." Namanya aku panggil meleret. Bagai lupa ada orang selain kami berdua.

"Kenapa?" Tanyanya singkat. Rizki memandang Airul tajam. Pelik!

"Saya nak jus mangga. Lagi..." jawab aku manja. Gelas bekas jus mangga aku suakan di depannya. Keningnya terangkat memandang aku dan gelas bersilih ganti. Rizki? Entah. Aku dah lupa dia.

"Wait for a minute." Balasnya ringkas saja. Bibir aku mengoyakkan senyuman gembira. Mata aku ikut saja langkah Airul yang pergi ke kaunter.

"Wina?" Panggil Rizki.

"Hm?"

"Awak cakap macam tu ja dengan Airul? Awak ada hubungan ke dengan dia?" Tanya Rizki. Belum sempat aku menjawab Airul sudah terpacak dihadapan kami.

"Sorry bro. Relay dengan minah ni? No taste lah!" Aku tercengang mendengar jawapan yang keluar dari mulut Airul. Aku? Bukan taste dia? Senyum sinis aku hadiahkan buatnya yang memandang aku dengan pandangan yang seperti mahu mohon maaf. Laju saja aku melangkah meninggalkan dia dan Rizki. Aku dah tak peduli pasal mereka. Apa yang pasti, aku nak balik! Air mata aku deras mengalir di pipi. Tanpa tengok kiri kanan aku terus saja melintas jalan.

BUKK!

"Wina.. wina.."

"Sayang?!" Suara Airul? Perlahan lahan pandangan aku menjadi gelap.






How? Cerita ni bosan eh? Hahah so sorry lah 😌 No idea 😂 Vote comment please 😘

Encik Boss #Wattys2016 ✔Where stories live. Discover now