BAB 4

47.7K 1.3K 4
                                    

"Good morning, Wina." Azwina mengangkat muka memandang si pemilik suara. Senyuman terukir dibibirnya.

"Hai, morning too." Balasnya lembut. Rizki duduk berhadapan dengan Azwina. Sekuntum bunga diberikan kepada Azwina.

"This is for you. Saya masih ingat awak sukabunga tu. Suka tak?" Azwina segera menyambut bunga itu. Bunga ros putih memang bunga yang digemari Azwina sejak dulu lagi.

"Thank you, Rizki. Yes, saya suka. Wangi bunga ni." Jawab Azwina. Azwina tersenyum simpul sebelum meletakkan bunga itu di sebelahnya.

"Most welcome. Awak tau tak?"

"Tak tahu." Meletus ketawa mereka berdua. Airul yang melihat adegan itu pantas mendekati mereka. Deheman Airul menyedarkan mereka berdua.

"Eh, Rul. Haha, sorrylah kacau staf kau pagi-pagi ni." Airul mengangguk faham. Matanya menjeling sekilas bunga yang ada di atas meja Azwina.

"Kau tak pernah nak datang jenguk aku. Ni bila dapat tau kekasih lama kerja kat sini, beria kau datang sini eh?" Perli Airul. Rizki tersengih-sengih. Matanya segera beralih memandang Azwina yang masih tekun membuat kerja.

"Azwina, hari ni ada meeting ke?" Soal Airul. Azwina terkulat-kulat mengambil buku catatannya.

"Ada, boss. Jam 10 pagi nanti you have a meeting with Tan Sri Roslan. Jam 1 petang nanti pula, you have lunch time with client." Airul mengangguk sebelum menuturkan ayat.

"Meeting and lunch time with client, you must to follow me. Faham?" Azwina mengangguk laju. Jam tangan ditelek sekejap. Ada 1 jam lagi sebelum meeting dengan Tan Sri Roslan.

"Rul, aku balik office aku dululah. Azwina, please take care. Okay? Bro, aku gerak dulu." Bila Rizki sudah hilang dari pandangan, nafas lega dihembus perlahan oleh Airul. Matanya beralih memandang Azwina.

"Azwina, buatkan aku air kopi. But, pastikan sedap. Kalau tak sedap, siap kau!" Azwina segera berlalu ke pantri. Matanya melihat Kak Mila yang sedang sibuk mencuci gelas.

"Kak Mila." Panggil Azwina.

"Ada apa, Wina?" Tanya Kak Mila. Namun tangannya masih bekerja.

"Kak Mila selalu buatkan kopi untuk encik Airul, kan?" Kak Mila mengangguk perlahan.

"Kopi yang macam mana encik Airul minum eh? 3 in 1 ke?" Tanya Azwina. Tangannya mengambil cawan kaca dengan kopi dalam paket.

"Ya. Wina masukkan je kopi 3 in 1 tu. Yang penting, buat kopi untuk encik Airul jangan ada campur air sejuk pula. Dia tak suka. Letak je air panas." Azwina mengangguk faham. Tangannya mengacau kopi yang sudah dibuatnya.

"Nah, encik. Kopi yang encik pesan." Cawan kaca berisi air kopi diletak perlaham di atas meja bossnya itu.

"Hmm. Keluarlah." Kata Airul bersahaja. Aik, ucap terima kasih, thank you ke tak ada eh?

********

Seorang perempuan berpakaian seksi melurumasuk ke dalam bilik Aizul. Azwina yang melihatnya cuba menghalang.

"Eh, kau ni siapa?! Suka hati je nak halang aku!" Bentak perempuan itu. Matanya mencerlung tajam pada Azwina yang cuba menghalangnya daripada masuk ke pejabat Airul.

"Maaf cik .."

"Erina Qaisya binti Tan Sri Muhaidin." Sengaja Erina menekankan nama bapanya. Senyuman sinis terlihat di bibirnya.

"Maaf cik Erina. Cik kena buat appointmentdulu sebelum jumpa Encik Airul." Tegah Azwina lembut. Erina menjulingkan matanyake atas. Erina menolak kasar tubuh Azwina lalu terus membuka pintu bilik pejabat Airul.

"Sayang ..." Rengek Erina. Gediknya minah ni. Menyampah!

"Sorry, Encik Airul. Saya dah cuba halang Cik Erina tapi ..."

"Sayang, you tengoklah staf you ni. Suka hati je halang-halang I nak jumpa you. By the way, I miss you so much!" Rengek Erina lagi dan lagi. Azwina menundukkan pandangan bila mata Airul mencerlung tajam ke arahnya. Risau. Gementar. Semua bercampur aduk. Airul mula melangkah mendekati Erina. Erina sudah mula menggedik-gedik dihadapan Airul.

"Sorry, Erina. Hari ni I busy sangat. So, I tak nak ada sesiapa ganggu masa I. Ada masa nanti I jumpa you." Pujuknya. Namun ada ketegasan di setiap ayatnya. Erina sudah memuncungkan mulutnya. Merajuklahtu.

"Tapi I miss you a lot, sayang."

"Kalau you tak nak dengar cakap I, I call security. So please get out!" Erina menghentak-hentakkan kakinya kuat. Tanda protes.

"You ni! Yelah. But make sure you call me. Okay?" Airul segera mengangguk.

Selepas sahaja Erina keluar dari ruang pejabatnya, Airul memandang Azwina pula. Azwina yang tidak selesa dalam keadaan begitu segera meminta izin untuk keluar dari ruang pejabat itu. Belum sempat Azwina melangkah.

"Wait. Aku dah cakapkan dekat kau. Pastikan orang yang nak jumoa aku ada appointment! Bukan macam tadi! You're my PA. Jadi itu semua kerja kau! Faham tak?!" Azwina mengeluh perlahan. Kepala segera dianggukkan.

"Dah, keluar!" Arah Airul. Azwina hanya menuruti.

"Ish, sikit-sikit nak marah. Sakit pula hati aku." Marah Azwina perlahan.

"Hai, Wina." Sapa Rizki. Azwina tersenyum kecil.

"Hai. Nak jumpa Encik Airul eh?"

"Taklah. Nak jumpa awaklah. Rindu." Azwina ketawa perlahan. Kepala digelengkan laju.

"Ada-ada je lah awak ni. Suka sangat bergurau." Azwina yang perasan pandangan Rizki hanya membiarkan saja.

"Woi, Riz! Apasal tak masuk terus je kat pejabat aku?" Airul menjeling Azwina sekilas. Rizki menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.

"Aku baru je nak lepak kat sini. Kacaulah kau ni." Airul mencebik kecil. Bahunya ditepuk perlahan oleh Rizki.

"Jom lunch." Ajak Airul. Rizki memandang Azwina sebelum kembali memandang Airul. Sengihan kecil muncul di bibir Rizki.

"Azwina, jom lunch. Rul, ajak Wina sekali boleh?" Airul mengeluh perlahan sebelum mengiyakan.

*******

Datin Aida mengecilkan matanya bila melihat anak terunanya berdua-duaan dengan seorang gadis yang cantik bertudung. Kakinya pantas menuju ke arah anaknya, Airul.

"Eh, Airul." Sapa Datin Aida. Senyuman dilemparkan buat gadis yang berada dihadapannya sekarang.

"Eh, mama! Mama buat apa kat sini?" Soal Airul selepas melihat Datin Aida.

"Saja jalan-jalan kat sini. Lepas tu tadi mama nampak Airul. Sebab tu lah mama pergi sini." Balas Datin Aida. Matanya memandang ke arah gadis yang bersama dengan anak terunanya. Airul yang seakan mengerti dengan pandangan mama segera tersenyum.

"This is Azwina Sofea, PA Airul. Azwina, ni mak aku. Datin Aida." Azwina menyambut salam daripada mama Airul tanda hormat. Senyuman manis diberikan. Datin Aida menjeling tajam anak terunanya.

"Cantik Azwina. Berdua je ke?"

"Tak, datin. Tadi ada Rizki sekali. Tapi tadi dia ada panggilan dari pejabat. Urgent." Datin Aida mengangguk faham. Azwina menjemput Datin Aida untuk turut serta makan tengahari bersama.

Huhuhu .. mengarut kan ? So sorry guys. Aku betul betul tiada idea 😂 aku dah try buat the best tapi hampehh .. 😂 Okaylah. Tunggu bab seterusnya. Enjoy guys 😍

Encik Boss #Wattys2016 ✔Where stories live. Discover now