BAB 25

39.8K 909 34
                                    

Airul Pov

Bukk !

Pantas kepala aku palingkan memandang ke arah jalan raya. Jantung aku semakin laju berdegup. Susuk tubuh seseorang yang aku kenal sudah terbaring terlentang di atas tar dengan dikerumuni oleh ramai orang. Perbalahan antara aku dan Rizki aku abaikan. Laju aku berlari ke arah Azwina yang sudah hampir tidak sedarkan diri.

"Wina.. Wina.." Jerit Rizki dibelakang aku.

"Sayang!" Panggilku. Bahunya aku goncang. Mata Azwina hampir terkatup. Sempat dia memandang aku sekilas sebelum benar-benar tidak sedarkan diri.

"Hey, please wake up!" Rayu aku dengan air mata yang sudah mengalir deras. Dalam fikiran aku cuma Azwina, Azwina dan Azwina. Aku takut berlaku apa apa dengannya.

Tubuhnya aku angkat. Tapi ada sesuatu yang pelik aku rasakan. Skirt labuh yang dipakai Azwina terdapat tompokam darah merah. Bukan sedikit. Banyak!

"Ya Allah! Riz, tolong aku!" Makin kuat raungan aku. Risau menguasai diri. Aku takut kehilangan Azwina dan bakal anak aku yang dikandung Azwina.

"Kenapa skirt Azwina ada darah?!" Tanya Rizki. Jari telunjuknya turut di tujukan ke arah skirt labuh Azwina. Aku geleng laju.

"Tolong ambik kereta kau! Aku nak bawa dia pergi hospital!" Jerit aku kuat. Air mata masih belum berhenti mengalir. Dahi Azwina yang turut sama luka aku kucup berkali kali untuk memberikannya semangat.



**********

"Macam mana boleh jadi ni, Rul?!" Datin Aida bertanya dengan wajah yang penuh kerisauan. Risau akan keadaan Azwina dan bakal cucunya. Dato' Mizan menepuk belakang badan Datin Aida bagi menenangkannya. Walhal, hatinya juga penuh kerisauan.

"Dah dahlah tu, Da. Bawak bersabar. Benda dah jadi. Bukan salah Airul pun." Pujuk Dato' Mizan. Airul hanya tertunduk membisukan diri. Dia masih menangis tetapi dalam diam. Airul mengelus kasar rambutnya sehingga menjadi serabut. Pintu bilik kecemasan dipandang lama. Hampir sejam Azwina di dalam bilik kecemasan. Masih belum ada khabar dari doktor yang merawatnya.

"Wina, maafkan aku!" Gumamnya perlahan. Rizki yang turut sama berdiri di sebelahnya merengus kasar.

Kolar baju kemeja Airul ditarik kuat.

"Kenapa kau tak bagitau aku Azwina mengandung?!" Tanyanya serius. Wajahnya penuh amarah. Airul masih mendiamkan diri.

"Weh, kau jawablah! Dia mengandung anak siapa?!" Airul menepis kasar tangan Rizki yang mencengkam kolar baju miliknya. Nafasnya tidak teratur kerana amarah yang sudah meluap-luap. Bahu Rizki ditolaknya kasar.

"Kau kenapa nak ambik tau pasal Azwina? Kau tiada hak nak tahu hal dia! Jangan jadi penyibuk!" Balas Airul dengan dada yang mula berombak ombak.

"Azwina mengandung anak siapa? Aku tanya kau, tak guna!"

"Anak aku! Azwina mengandung anak aku! Apa lagi kau nak aku cakap?!" Terluah juga akhirnya. Rahsia yang di jaga rapi akhirnya terbongkar. Tangannya meraup kasar rambutnya.

Rizki terkaku dengan jawapan Airul. Tajam matanya memandang Airul yang sudah kusut fikirannya. Entah percaya entah tidak. Hatinya mula sakit. Terluka dengan jawapan yang Airul berikan. Azwina mengandung anak dia? Tapi macam mana? Rizki menggelangkan kepalanya perlahan. Bibirnya dikatup rapat. Susah mahu terima kenyataan.

"Kau tipu aku kan?" Airul tersenyum sinis. Badannya disandar oada dinding hospital.

"Apa aku dapat kalau aku tipu? Azwina accident dan perlukah lagi aku nak bawak kau bergurau? Ya! Dia mengandung anak aku. Anak kandung aku. Puas hati?" Rizki mengetap bibirnya lagi. Air matanya jatuh membasahi pipi. Pertama kali dia menangis kerana sakit yang dirasainya sekarang. Wanita kesayangannya mengandung anak kawan baik sendiri? Ya Allah!

"Kenapa? Kenapa mesti Azwina, Rul?"

"Jodoh Allah untuk aku! Azwina ditakdirkan untuk jadi bini aku. Perlukah kau persoalkan tentang perkara tu?" Balasnya panjang lebar. Rizki terdiam.

"Maaf. Boleh saya tau siapa suami Puan Azwina Sofea?" Panggil seorang doktor berbangsa cina. Rizki mengangkat kepalanya dan melihat Airul.

"Saya, doktor. Macam mana keadaan isteri saya?" Tanyanya cepat. Airul menggenggam kuat tangannya untuk diberikan kekuatan. Takut mendengar jawapan doktor itu.

"Ada berita gembira dan berita buruk." Balas doktor itu perlahan. Riak wajah Airul mula berubah.

"Berita gembiranya, isteri encik sudah melepasi masa kritikal." Airul, Datin, Dato' Mizan mengucap syukur. Rizki hanya menjadi pendengar saja. Tetapi hatinya turut gembira.

"Tetapi..."

"Berita buruk, anak dalam kandungan Puan Azwina tak dapat diselamatkan. Maafkan kami Encik. Kami dah buat sebaik mungkin tetapi hentakkan yang dialami Puan Azwina terlalu kuat sehinggakan puan mengalami pendarahan teruk dan keguguran. Harap keluarga encik dapat bersabar."

Berita buruk yang disampaikan oleh Doktor itu mengejutkan semua orang yang berada disitu. Airul mula meraung kuat. Menyesali segala apa yang sudah berlaku.

"Ya Allah! Anak aku! Ma, Pa! Anak Airul dah tak ada!" Raungnya kuat. Pandangan pelawat pelawat di hospital itu tidak dihiraukan. Air matanya masih setia mengalir. Takut untuk berhadapan dengan Azwina. Entah bagaimana reaksi Azwina selepas mengetahui anak yang dikandungnya sudah tiada.

"Mengucap, Rul! Jangan emosi sangat. Bersyukurlah Azwina selamat." Pujuk Dato Mizan. Datin Aida juga turut mengalirkan air mata. Sedih dan terkilan.

Rizki hanya menjadi pemerhati drama sedih keluarga Airul. Sebelum melangkah, sempat dia membisikkan sesuatu di cuping telinga Airul.

"Aku akan pastikan Azwina tinggalkan kau dan aku sentiasa tunggu Azwina. Tsk tsk tsk .. kesian anak dah tiada confirm bini dah benci." Bisiknya dengan senyuman sinis.







Uwahhh! 😭😭 Maafkan siss 😔 saya dah buat awal awal lagi cerita ni. Anak dalam kandungan Azwina gugur 😔 Dan tak boleh ubah jalan cerita 😭 harap uolls jangan marah siss ehh 😌 Nanti sis takmauu sayang 😢 Huhuhu .. Okayy sila baca 😘


Do add my facebook ? 😘

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Do add my facebook ? 😘


Malam ni saya up lagi satu bab 😍 Untuk uolls lahh

Encik Boss #Wattys2016 ✔Where stories live. Discover now