BAB 12

41K 1.1K 8
                                    


AIRUL POV

Mata aku sedari tadi memerhatikan Azwina dan Rizki yang sedang berkongsi cerita. Aku melihat raut wajah Rizki serius memandang isteri aku. Pandangan matanya bagai ingin menyampaikan satu pesanan.

"I love you.." Aku tak salah dengarkan? Rizki meluahkan perasaan ke ni?

Aku berdehem kuat sehinggakan mereka berdua memandang aku serentak. Raut wajah Azwina menunjukkan perasaan lega akan kedatangan aku ketika itu. Sengaja aku mengajak Rizki untuk makan tengahari bersama. Sempat matanya memandang sayu ke dalam anak mata Azwina. Aik? Dorang ni ada apa apa ke? Pedulilah.

******

"Bro, kau dah kenapa ni? Monyok je aku perhatikan dari tadi. Ada problem ke? Share share lah." Kedengan nafas dihembus kuat. Rizki mengangkat muka memandang aku. Sayu sahaja matanya.

"Rul, salah ke kalau aku nak jujur dengan perasaan aku sendiri?" Tanyanya meminta pendapat aku. Aku mengetuk dagu dengan jari telunjuk sebelum menjawab.

"Tak salah pun. Asal?"

"Aku suka Azwina. Kau pun tau tu kan?" Aku angguk. Memang aku dah lama tau pun. Dah dia sendiri yang bagitau kat aku. Katanya CRUSH.

"Mestilah aku dah tau. Dah kau sendiri inform kat aku tempoh hari." Jawabku bersertakan dengan ketawa kecil. Tanganku masih sibuk menekan screen iPhone 6 milikku.

"Dan aku dah jujur tentang perasaan aku ni kat dia tadi." Aku mendongakkan kepala melihat Rizki dihadapanku. Jadi yang aku dengar tadi tu sesi luah perasaan ke? Satu lagi, Rizki memang belum tahu tentang perkahwinan aku dengan crush dia. Memang itu kemahuan aku. Aku lebih selesa bila perkahwinan kami menjadi satu rahsia terbesar aku, Azwina dan keluarga kami. Lagi pula, masa perkahwinan kami aku memang sengaja tiada menjemput kawan-kawan aku, staff H&R Holdings, termasuk Rizki. Entahlah. Malas nak hebohkan.

"Apa dia cakap kat kau lepas tu?" Tanyaku serius. Aku pun nak tau juga apa jawapan Azwina. Nervous pula nak dengar. Alahai.

"Dia just gelak. Dan aku perasan dia macam tak suka bila aku luahkan perasaan aku kat dia." Aku angguk. Tanpa aku sedari, bibirku mengoyakkan senyuman nipis. Entah kenapa hati ni rasa semacam. Rasa macam bahagia. Aku bahagia ke bila tau Azwina tak nak terima Rizki? Entahlah.

"Sabarlah, bro. Kot kot dia dah ada boyfriend ke apa ke? Mungkin suami? Tunang? Kita mana tau kan?" Rizki meraup kasar wajahnya.

"Mustahillah, Rul. Aku kenal Azwina tu macam mana! Diana tak cakap apa apa pun kat aku pasal Azwina ada boyfriend or future husband ke. Kalau ada mesti Diana dah inform kat aku." Berkerut kerut dahi Rizki memikirkan perihal Azwina. Maaflah bro, Azwina tu dah jadi bini aku. Suatu hari nanti kau pasti tau. Aku menepuk bahunya perlahan untuk menenangkan perasaannya yang mungkin agak tertekan? Mungkin.




"Ehem!" Terangkat bahu Azwina melihat aku sudah berada dibelakangnya. Dia mencebikkan bibirnya. Tangannya masih sibuk menggaul lauk yang dimasaknya untuk makan malam. Nyum, sedapnya bau.

"Kau masak apa tu?" Dia memandang aku sekilas.

"Ayam masak sos cili. Awak mesti dah laparkan?" Aku angguk saja. Malas untuk bersuara. Aku perhatikan saja Azwina yang kelam kabut menyiapkan makanan untuk makan malam. Kerusi aku tarik sebelum melabuhkan punggung untuk seketika. Penat. Jarum jam sudah menunjukkan jam 6.55 petang.

"Awak. Awak pegilah naik atas dulu. Pegi bersihkan diri dulu. Lepas tu solat maghrib tau. Dah siap semua tu terus awak turun bawah sini." Arah Azwina. Aku hanya menurut. Dengan langkah yang malas aku menaiki tangga menuju ke bilik. Haih, melekit pula badan ni.

Selepas selesai urusan akhirat, aku laju menuruni tangga menuju ke dapur. Perut pun dah berkeroncong sejak tadi.

"Dah siap solat?" Aku angguk lagi. Macam biasa. Malas nak bercakap. Azwina menyuakan pinggan yang sudah terisi dengan nasi. Ayam masak sos aku ambil lebih sedikit. Lapar okay? Lapar. Dia hanya memerhatikan aku yang sedang menyantap makanan.

"Kau tak nak makan ke?"

"Awak makanlah dulu. Lagi pun, tengok awak makan dah boleh buat saya rasa kenyang." Aku tersedak. Azwina pantas menyuakan aku air putih. Aku teguk sehingga habis.

"Tak payah nak pickup line sangatlah. Nasib aku tak mati tercekik. Kalau tak, sekarang juga kau tengok aku jadi jenazah." Azwina aku lihat sudah masam mencuka.

"Nak sweet sweet pun tak boleh ke? Okay, fine!" Aku ketawa kuat. Terasa mencuit hati pula gaya Azwina merajuk. Mulut muncung sedepa. Haha. Aku menyambung kembali suapan aku yang terhenti tadi.

Tiba-tiba aku teringatkan perbicaraan aku dengan Rizki siang tadi. Aku mendogak memandang Azwina yang sudah menyuapkan makanan ke mulutnya. Perlu ke aku tanya benda tu sekarang? Tanya je lah!

"Ehem!" Aku berdehem lagi sekali. Azwina memandang aku. Tangannya sudah sedia dengan gelas berisi air masak.

"Kenapa? Awak tersedak lagi ke?" Aku geleng laju. Raut wajah Azwina menunjukkan kerisauan. Aku senyum nipis.

"Aku nak tanya kau something. Kau kena jawab jujur." Azwina menatap aku lama. Menantikan soalan yang ingin aku tanyakan itu. Aku menarik nafas lalu dihembus perlahan.

"Siang tadi.... apa yang Rizki cakap kat kau?" Terbuntang matanya mendengar soalanku itu. Namun cepat saja dia menenangkan diri.

"Errr.. Itu... Dia cuma er.. Dia cuma bagitau pasal holiday dia. Tu je." Tergagap gagap dia menjawab. Aku senyum sinis sebelum kembali memandangnya tajam.

"Dia luah perasaan kat kau kan?" Azwina menundukkan mukanya memandang lantai.

"Di bagitau awak ke?" Suaranya hanpir tidak kedengaran. Aku mengiyakan saja.

"Okay, awak dah tau pun. So, rasanya saya tak perlu bagitau lagilah."

"Kenapa kau tak terima dia je? Kan tak lama lagi kita akan ..."

"Ya! Saya tau kita akan berpisah! Awak tak payah nak ulang berkali kali tentang hal tu!" Suara sedikit meninggi namun dikawalnya. Mukanya kelihatan kemerah merahan menahan geram.

"Aku cuma.." belum sempat aku menghabiskan ayat, terus saja dia meninggalkan aku sendirian di ruang makan itu. Aku terkedu sendiri. Sempat aku menangkap air matanya sudah mula bertakung di tubir mata. Tinggal masa untuk mengalir saja. Tanpa aku sedar, aku mengeluh kecil.







Esakkan Azwina kedengaran begitu mengilukan hati aku. Entah kenapa aku tidak sanggup untuk melihat air matanya jatuh disebabkan aku. Aku menolak pintu itu perlahan. Tubuh Azwina yang ditutupi selimut aku dekati. Bahunya aku sentuh lembut.

"Jangan ganggu saya." Suaranya bergetar. Aku melepaskan keluhan sekali lagi. Aku membaringkan tubuhku di sebelahnya. Tubuhnya aku peluk dari belakang erat. Rambutnya yang mengurai aku elus lembut. Bauan rambutnya menenangkan aku. Wangi. Pelukan aku eratkan lagi. Tiada penolakan dari Azwina membuatkan aku makin berani mengucup ubun-ubunnya.

"Aku minta maaf pasal tadi. Aku tak bermaksud nak buat kau sakit hati." Pujukku. Tiada balasan darinya. Aku mencuri pandang wajah Azwina yang sudah lena dibuai mimpi indah. Dah tidur rupanya. Pipinya aku kucup berkali kali. Aku dah jatuh sayangkah dengan dia?

"I'll try to fall in love with you and i am sorry. Sweet dream honey. I hope that you will see Airul Syafiq in your sweet dream. Goodnight, Azwina Sofea."






Hai, assalamualikum 😊 1094 Words saja ni malam boleh? Hehe. Boring? Hahah sekali lagi sorry 😣 Btw, baca jangan lupa vote sekali ya my sayang semua 😍 Salam Ramadan to all readers sekalian 😘 Selamat malam 🌙

Encik Boss #Wattys2016 ✔Where stories live. Discover now