Chapter 1: Furqon Kazeem

6.7K 365 4
                                    

Aku menguap panjang sambil menggeliat,sedap kalau tidur ni. Hmm,surat tak ada nak dihantar hari ni. Sunyi semacam bilik office,kena langgar inderawasih ke apa ni? Aku berjalan perlahan menyusuri kawasan para pekerja yang asyik tekun bekerja,kemudian aku toleh ke arah satu tempat boss aku tengah membuat panggilan. Serius betul muka dia masa buat panggilan,tidak lama lepas itu urat di dahinya timbul. Aik nak jadi hulk ke pe? Lantas dia menghempas ganggang telefon,aku terkejut serius tidak pernah nampak dia marah.

"Tuan Fahmi?" Ujar aku sambil mengetuk pintu,Fahmi Yakin adalah boss tempat aku bekerja. Aku bekerja sebagai despatch,rasanya author dah beritahu kan?

"Ouh Furqon....masuk la,kunci pintu sekali..." kata en Fahmi sambil duduk,dan mengurut dahinya.

"Kenapa boss? Pasal kes hari tu ke?" Soal aku turut duduk di kerusi hadapannya.

"Ye la...haih,pihak pendakwa minta aku gugurkan tuduhan...sebab bukti kurang,buto la baru berapa hari kes itu dibicarakan!" Rungut encik Fahmi sambil menyandarkan badannya di kerusi malasnya,aku bekerja di syarikat peguam bela. Encik Fahmi mendapat kes mengenai rogol dan bunuh,dan kini pihak keluarga mangsa meminta bantuan dia untuk menghukum pesalah.

"Haih...dah sedap bunuh pula,kalau aku dapat bukti cukup nemang mati mamat tu!" Rungut encik Fahmi lagi.

"Kalau dapat la..." usik aku bergurau.

"Kau nak sebelahkan pihak mana ni bangang?" Adoi kena bangang satu kali pagi-pagi ni.

"Sebelahkan encik Fahmi la...gurau pun tak boleh,hari ni tak ada surat ke nak hantar mana-mana?" Soal aku mengubah topik.

"Ubah topik la tu,tak ada tak ada...kau gi la merayap satu KL ni...cukup masa balik..." ujar encik Fahmi menyuruh aku beredar,kena halau pula tapi okay gak.

"Bye encik....esok jumpa hehe.."

"Ye...ye,berambus cepat..."

Aku mengambil topi keledar dari dalam loker khas,dan menuju ke arah motorsikal kepunyaan aku sudah semestinya. Tapi mana aku nak tuju dulu,kalau aku jumpa dia bagus juga. Tak adalah aku nak pusing habiskan minyak motor. Motorsikal jenama Honda EX5,yang kebiasaan menjadi sasaran pencuri motorsikal. Tapi nasib aku baik lagi,masih tiada lagi yang cuba mencuri motor kesayangan aku ni.

"Furqon awal turun...?" Satu suara menegur dari belakang,aku menoleh ke arah suara itu lalu tersenyum.

"Mak cik Leen....awal turun kena halau dengan boss...haha.." balas aku selamba ke arah seorang mak cik cleaner,kami satu pejabat panggil dia mak cik Leen.

"Eh? Kena buang kerja ke? Biar mak cik cakap dengan Fahmi tu.." ujar mak cik Leen dan aku segera menahannya.

"Eh..bukan la,saya tak ada kerja jadi boss suruh pusing-pusing sampai abis waktu kerja.." jelas aku mengusap belakang kepala.

"Haih cakap la awal-awal..." kata mak cik Leen segera beredar,aku pula segera menunggang motorsikal aku dan bergerak ke tempat yang ditetapkan.

"Penat berjalan....di tengah kota...mencari teman..." aku bernyanyi menghiburkan hati sementara ingin ke tempat kawan serumah berniaga,apa? Niaga burger ke? Mana ada,dia ada restoran la.

"Hey singa..eh silap,Furqon datang la..." ujar seorang pemuda sebaik sahaja aku memasuki pintu sebuah restoran.

"Kau Adam...aku lekatkan dekat tempat main damak tu,lepas tu aku baling satu persatu...jangan tanya kenapa..." ujar aku menunjukkan ke tempat sasaran damak.

"Hehe....chill bro,gurau bro..." kata lelaki bernama Adam,ya Adam Felix anak kepada dato Mokhtar.

"Awal kau balik?" Soal Adam.

"Haih encik Fahmi suruh keluar awal,sebab tak ada surat hari ni.." balas aku sambil mengambil damak,lalu aku duduk dan membaling tanpa melihatnya.

"Tepat!" Adam bersorak perlahan,setiap kali aku tertekan mesti datang sini.

"Ramai gak orang datang tempat kau ye Dam?" Soal aku melihat sekeliling,ada seseorang pelanggan menarik perhatian aku.

"Boleh la...rezeki kalau Allah nak bagi siapa tahu..." balas Adam tersenyum.

"Kau anak orang kaya boleh la.."

"Ish kau...aku nak naik menapak tahu? Daddy aku nak tolong aku tolak mentah-mentah...jadi nak buatkan macam mana rasanya dia naik dari kosong.." jelas Adam dan aku terdiam sejenak.

"Haha...okay sorry la.." ujar aku dan Adam menggelengkan kepalanya.

"Sebab kau gak aku sedar,kalau tak pasal kau tumbuk aku masa sekolah dulu..mesti aku tak berubah..." kata Adam menepuk bahu aku berulang kali.

"Cerita dah 5 tahun tak payah la ungkit..terasa bersalah ni weh.." ujar aku mengingati semula semasa aku tumbuk si Adam ni kerana hina seorang mak cik tua,serius lepas kena tumbuk dia terus berubah.

"Furqon...aku..."

BAM!!

Belum sempat Adam menghabiskan kata-kata dia,kedengaran tembakan dan lantas aku menoleh ke arah pintu. Dua orang lelaki bertopeng hanya kelihatan mata dan mulut,mengacukan pistol ke arah seluruh pelanggan.

"Jangan nak bergerak! Ini rompakan!" Aku menekup mulut menahan dari ketawa,Adam hanya menjeling aku dengan pandangan ketakutan.

"Kau apasal ketawa? Dah lama hidup ke ha?" Soal seorang lagi perompak,tidak memegang pistol.

"Well korang pegang pistol,lepas tu datang sini lepaskan tembakan dah sah memang rompakan..." balas aku sambil menyandar pada kaunter bartender,bermain dengan damak.

"Kau memang nak makan peluru ke pe ni ha?!" Bentak seorang lagi yang mengacukan pistol.

"Heh...aku dah kenyang la...jadi simpan peluru tu....jangan membazir..tak elok Allah marah.." balas aku selamba dan tangan sudah bersiap sedia melakukan serangan.

"Kau...!!"

"Err...encik bawa bersa...."

BANG!!

"ARGH!!" Satu tembakan mengenai Adam,dan aku tergamam melihat keadaan tersebut. Adam jatuh terjelepok dan tidak bergerak,jeritan kuat oleh pelanggan wanita.

"A...aku d..dah ca..cakap..kau de...degil budak..haha.." kata lelaki itu terketar-ketar nadanya.

"Kau tak pernah guna pistol ke?" Soal aku sambil mata ke arah keadaan Adam yang tidak bergerak.

"Kalau kau tak mahu nasib yang sama...melutut!" Aku menolehnya dengan muka yang bengis,damak aku baling tepat memasuki lubang pistol.

"Apa huh?" Lelaki itu terkejut dan menyedari tindakan aku seterusnya,namun sudah terlambat baginya.

"People like you guys..."

DUSH!!

"Piss me off..." ujar aku seiring menumbuk rahang dagunya,akhirnya lelaki terlambung sedikit dan terkulai tidak sedarkan diri. Aku mengalihkan ke arah seorang lagi rakannya,lelaki itu cuba menarik sesuatu dari dalam bajunya. Lantas aku segera menujah satu sepakan tepat ke leher,lalu aku lekatkan rakannya itu ke dinding cermin. Aku masih tidak lepaskan kaki,dan mengacukan revolver yang sempat aku ambil dari lelaki yang menembak Adam.

"Kau pilih....lawan atau menyerah?" Selamba aku berbicara dengannya,rakan lelaki itu mengangkat kedua tangan tanda menyerah.

"Good....." ujar aku melepaskan kuncian kaki pada lehernya,dan memalingkan badannya namun aku menyedari dari pantulan cermin di hadapan. Rakan lelaki itu cuba menyerang hendap.

"Hmphh!!" Aku segera melepaskan tendangan berpusing,tepat mengenai kepalanya sehingga dia berpusing akibat tendangan aku beralunkan amarah. Harap tak mati la.

"Korang! Cepat panggil ambulance!! Jangan jadi tunggul la!" Jerkah aku dan para pekerja Adam segera datang membantu,aku mengikat dua orang perompak tak bertauliah ni seketatnya.

"Ada hikmah aku kena halau dengan boss rupanya..." Omel aku sendirian.

"Ye hikmah kita dipertemukan..." satu suara menegur ketika aku sibuk uruskan perompak tak bertauliah ni,seorang lelaki berusia berkaca mata hitam. Agak segak bergaya dengan kot hitam,tongkatnya yang berkilauan.

"Siapa kau?"

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now