Chapter 33 : Ikhwan Approach

2.6K 206 5
                                    


DUUSHH!!!

Seseorang terpelanting merempuh pallet yang tersusun,kemudian terus rebah tidak sedarkan diri dan kawannya yang lain terkejut seketika melihat keadaan tersebut.

Mereka memandang semula ke arah si pelaku yang masih mengangkat penumbuknya,kemudian si pelaku menarik semula tangannya lalu dikibaskan berulang kali.

"Hah!...macam pondan tumbuk..." ujar Furqon mengesat darah pada bawah bibirnya.

Seorang lagi meluru secara mengejut namun Furqon sedar terlebih awal,dia mengelak berpusing badannya ke kanan lalu menghentak belakang badan musuh tersebut.

Seorang lagi menyerang dan Furqon menangkap tangannya,Colt Python dikeluarkan dan mengilas sekali tangan musuh. Sambil menggunakan musuh dalam tangkapannya sebagai perisai lalu setiap seorang yang cuba mara berlubang kepalanya.

"Tempah maut!..." kata Furqon mengetap giginya.

BLAM!

BLAM!

BLAM!

Darweez dan Zafril tiba di tempat berlakunya tembak menembak,mereka terkejut melihat Furqon menyepak seseorang dan dihalakan pistolnya.

"Furqon nan-..."

BLAM!!

Zafril terkedu dengan tindakan Furqon apabila dia tidak sempat menghalang rakannya,wajah Furqon yang bengis itu mengejutkannya dan Darweez pula memegang batang hidungnya lalu menggelengkan kepala.

"Apasal kau bunuh dia hah?!..." soal Zafril mencekak kolar Furqon.

"Kenapa kau marah pulak? Itu arahan yang aku terima,bunuh semua yang ada..." jawab Furqon.

"Kau ingat nyawa ni macam alat ganti motorsikal ke?" soal Zafril berang.

"Sampah yang membusuk tak perlu simpan lama..." jawab Furqon dan Zafril menumbuk mukanya.

Furqon bergerak ke belakang apabila terkena tumbukan padu daripada Zafril,Darweez sedikit terkejut kemudian membiarkan mereka tidak mahu masuk campur. Zafril mengurut tangannya dan Furqon memandangnya dengan pandangan mata yang dingin,mulutnya berdarah sekali lagi lalu dikesat.

Furqon segera berpaling dan melangkah pergi,Zafril terkejut dengan tindakannya kemudian Darweez menyusul.

"Hoi!..." Zafril masih tidak puas hati.

Furqon menghentikan langkahnya begitu juga Darweez yang beriringan di sebelahnya,Furqon memandang sedikit ke belakang ke arah Zafril.

"Aku tak minta orang macam kau untuk berpihak pada aku..." ujar Furqon dingin dan terus beredar.

Zafril hilang kata-kata dan mendesah lalu memerhatikan beberapa mayat,kemudian salah satu dikatakan mayat itu bergerak-gerak. Zafril terkejut kemudian mengeluarkan telefon pintarnya,untuk menghubungi ambulans barangkali.

Furqon dan Darweez berjalan melangkah perlahan,kemudian mereka berhenti sebaik sedar sudah tiba di kenderaan masing-masing. Stella dan Ayasha menghela nafas lega serentak,Furqon dan Darweez berpandangan kemudian tersengih.

"Glad you guys still safe and sound..." satu suara menegur.

Furqon dan Darweez segera menarik senjata masing-masing secara serentak,kemudian berpaling dan Stella serta Ayasha terus masuk ke dalam kenderaan.

"Woo! Don't need to do that..." sebaik sahaja Furqon dan Darweez mengacukan senjata mereka,lelaki berhud mengangkat tangan dan Darweez tersentak.

"Kau?..." Furqon kehairanan apabila melihat reaksi Darweez.

"Hello Furqon...tak sangka kau kerja under King gak..." kata lelaki berhud itu,kemudian seorang lagi muncul dan dari bentuk tubuh adalah seorang perempuan.

"Siapa kau?" soal Furqon merenungnya.

"Ala kau ni...tak boleh cam suara ke?" soal lelaki itu.

"Huh?...." Furqon tidak dapat mengenali lelaki tersebut.

Lelaki itu menurunkan hudnya dan perempuan itu juga sama,Darweez hanya mendiamkan diri dan Stella serta Ayasha keluar dari perut kereta. Furqon tercengang kerana dia mengenali lelaki itu,Ikhwan dan Alisa berdiri di hadapannya.

"Ikhwan?....how?" soal Furqon tidak percaya.

"Korang berdua memang kenal satu sama lain?" soal Darweez.

Furqon hanya mampu tergamam kemudian menoleh ke arah Darweez,Alisa hanya menyisirkan rambutnya ke belakang dan memandang Stella serta Ayasha.

"Renungan dia menakutkan..." ujar Ayasha.

"Hey...tak baik tahu?" Stella menggelengkan kepala tanda meminta Ayasha mendiamkan diri.

"Dia sekampung dengan aku..." ujar Furqon masih tercengang memandang Ikhwan yang berdiri sambil tersenyum.

"Sekampung?" Darweez kehairanan.

"Lupakan pasal tu...sekarang aku datang nak beritahu kau sesuatu Furqon..." ujar Ikhwan air mukanya berubah serius.

Furqon tersentak dan badannya menggigil melihat renungan mata Ikhwan yang tajam,dia seperti melihat seekor harimau di hadapannya. Alisa menepuk bahu Ikhwan dengan tiba-tiba,membuatkan Ikhwan tersentak.

"Hey...jangan suka-suka la..." ujar Alisa dingin.

"Ah...maaf tak sengaja terlepas..." kata Ikhwan mengusap belakang kepala sambil tersengih bersalah.

"A-apa yang kau nak beritahu?" soal Furqon.

"Its about your late father Furqon..."

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now