Chapter 20 : Furqon Rage

3.4K 258 24
                                    

Chevrolet Camaro milik Mr.Ohsem menyusur laju memintas setiap kenderaan,menyusul dari belakang Audi hitam milik Zafril dan di sebelahnya Dian Hamzar tenang memandang jalan raya. Manakala di tempat duduk belakang,Eyra dan Khairil hanya mendiamkan diri. Pasangan itu menoleh ke belakang,melihat kereta Audi putih RS7 dan Nissan Skyline Gtr35 oren metallic mengekori mereka. Furqon hanya mendiamkan diri,Stella sekadar menjelingnya.

Darweez yang memandu di hadapannya,sekadar bersiul selamba. Furqon hanya banyak berdiam diri,dia merasakan sesuatu yang tidak kena. Gerak hati dia kali ini seperti memberi satu jawapan pada persoalan dia selama ini,Stella pula sekadar mendiamkan diri tidak mahu mengganggunya. Dia mengingati semula kemunculan Dian Hamzar dengan tiba-tiba,di hadapan pintu pejabat Eyra.

"Yo guys..." sapa Dian Hamzar tersengih,Furqon sekadar menghela nafas pendek.

"Abang Ham.." ujar Eyra terkejut.

"Siapa dia tu?" Soal Darweez.

"Dian Hamzar anak kepada Dian Amir Robert.." ujar Furqon menghela nafas sekali lagi.

"Ala nafas kau tu tak payah macam turbo kereta boleh tak..haih.." keluh Hamzar mengerutkan dahinya.

"Macam mana tak nafas turbo kalau kau tu muncul tak beri salam...kau agama islam ke buddha?" sindiran pedas daripada Furqon membuatkan Zafril menekup mulut,menahan ketawa melihat reaksi bengang Hamzar.

"Apa lagi bang? Beri la salam..." ujar Eyra tersengih,Hamzar menjelingnya bengang.

"Yela...yela,asalamualaikum...semua.." kata Hamzar dengan paksa.

"WAALAIKUMUSSALAM...." Jawab Eyra,Khairil dan Zafril serentak.

"Korang bertiga ni...." Hamzar menahan geram.

"Okay guys,back to our topic please?" kata Furqon sambil memetik jarinya,membuatkan yang lain mengalihkan pandangan ke arahnya.

"Sorry bro...ada gangguan sekejap..hehe.." ujar Zafril tersengih dan Furqon sekadar membiarkan sahaja,kemudian dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memberi penerangan.

"Baiklah maklumat yang diberi oleh King,tempat persembunyian mereka tdi sebuah gudang lama yang ditinggalkan berpuluh tahun...dari luar nampak macam gudang terbiar...tetapi dalamnya bersembunyinya kegiatan 'suci' diorang tu..." jelas Furqon panjang lebar.

"Bukan haram ke?" Zafril kehairanan dan Eyra hanya menepuk dahinya.

"Oi apa tepuk dahi orang ni..." kata Zafril tidak puas hati.

"Furqon sindir la..." jelas Eyra menggelengkan kepalanya.

"So Furqon..." Darweez mengangkat tangannya,dan Furqon memandangnya.

"What's your plan?" Soal Darweez lagi.

"Tak ada plan.." jawab Furqon bersahaja.

"Ha...? Kau biar betul...." Darweez tersengih kehairanan.

"Betul la ni..." Jawab Furqon lagi.

"Medusa mempunyai sistem yang canggih jika kita menyelinap pun..mereka akan dapat kesan,lagipun King beri maklumat kemungkinan dato Haziq ada di sana sekali.." Furqon bersuara semula dan Stella membesarkan anak matanya,dia bagai tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Furqon menoleh ke arahnya sebelum menoleh semula ke arah yang lain,dan menyambung penjelasannya.

"Aku tak berani nak mengesahkannya...kita kena rempuh masuk tempat persembunyian tu.." jelas Furqon dan Eyra bangun dengan tiba-tiba.

"Eyra?" Hamzar terkejut.

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now