Chapter 57 : The Past

1.9K 186 0
                                    


Mata dibuka sedikit demi sedikit,pandangan kabur mula jelas dan kelihatan tiga orang berdiri di hadapannya.

Akhirnya dia membesarkan matanya,tanda terkejut melihat Ikhwan,Alisa dan Shahar sedang memerhatikannya.

"Kau dah bangun nampaknya..." Ikhwan berkata dengan tersengih.

"Sial la kau Wan..tak boleh pukul perlahan sikit...sakit doh!" Phantom berkata dengan muka geram.

"Hehe... Sorry-sorry aku masih belum pandai hold back dengan betul..." Ikhwan menjawab dengan selamba.

"Tapi ini satu perkara mengejutkan,kamu berdua bila balik Malaysia?" Soal Phantom.

"Dekat setengah tahun...King panggil.." Jelas Ikhwan.

"Sekejap,apa yang berlaku? Apa hubungan antara kamu semua?" Shahar mencelah.

"Ah...lupa nak beritahu,Phantom aka nama sebenar dia..Ryeiven atau Ryei..bertindak sebagai spy dalam Hydra...dia sudah perhatikan organisasi itu hampir 7 tahun..." Jelas Ikhwan.

"Plan kami datang ke markas kosong Medusa adalah rancangan mamat ni jugak..." Ryeiven berkata sambil tersenyum kelat.

"Itu aku boleh terima,bagaimana dengan gadis tu..?" Soal Shahar.

"Gadis? Mana? Eh??!" Ryeiven terkejut apabila seorang sedang terbaring di sebelahnya.

"Adryna...macam mana dia boleh ikut sekali?" Soal Ryeiven.

"Aku pengsankan dia..." Alisa bersuara.

"Ouh...okay,aku tak percaya kalau Ikhwan yang mengaku..." Ryeiven berkata sambil menjeling pada Ikhwan.

"Ouhoo.. Tak cukup ke tadi? Nak kena lagi..." Ujar Ikhwan tersenyum dan tangannya sudah bersarung zirah.

"Hehe...chill bro,chill...aku gurau je..." Ryeiven mengangkat tangan tanda mengalah.

Suasana menjadi sunyi selepas itu,dan Shahar hanya mendiamkan diri tanpa berkata sepatah pun. Tidak lama lepas itu gadis bernama Adryna itu,mula sedar dan Ryeiven serta Ikhwan menoleh ke arah Adryna.

"Huh? Saya kat mana ni? Ketua?" Soal Adryna mula bingung.

"Ryn..saya akan terangkan sekarang tolong bertenang...." Mendengar kata-kata dari Ryeiven,Adryna sekadar mengangguk dan menoleh ke arah Ikhwan dan Alisa.

"Siapa kamu semua sebenarnya,saya ingatkan hanya Ryei sahaja manusia biologi..." Ujar Adryna ingin tahu.

Ikhwan dan Alisa berbalas pandangan,dan Alisa mengangguk seakan faham apa yang Ikhwan ingin katakan.

"Baiklah Adryna right? Biarlah saya terus terang,saya adalah askar biasa berkhidmat dengan negara pada tahun 90-an..." Jelas Ikhwan.

"Tahun 90-an??!... Tapi awak tak nampak macam..." Adryna tidak berani meneruskan kata-kata apabila renungan Alisa tepat pada matanya.

"Alisa... Don't..." Ikhwan berkata sambil tersenyum,Alisa sekadar merengus lembut dan Ikhwan menoleh semula ke arah Adryna.

"Can't I continue?" Soal Ikhwan dan Adryna hanya mampu mengangguk,Ryeiven hanya ketawa melihat reaksi Adryna.

"Saya terlibat dalam kemalangan jiwa,hampir mengorbankan nyawa tapi seorang professor membantu kami..tapi.." Ikhwan menghentikan penerangan,keluhan nafas dilepaskan.

"Kami hanya dapat diselamatkan dengan menjalankan pembedahan,iaitu kami menjalani pengubahsuaian tubuh sepenuhnya..." Alisa mencelah dan Ikhwan terkejut sedikit,kemudian tersenyum.

"Tapi sepanjang pengubahsuaian,kami berdua langsung tidak sedarkan diri..." Tambah Alisa.

"Koma..." Ikhwan mencelah.

"Ya...namun dalam masa 30 tahun kemudian kami bangun,tetapi dapati sel penuaan kami telah beku dan tidak lagi berfungsi..." Ikhwan menyambung lagi dan Adryna tercengang mendengar penjelasan mereka berdua.

"Err...." Adryna menoleh ke arah Shahar.

"Huh? What? Aku? Bukan... Bukan...hanya manusia biasa yang kena paksa bekerjasama..." Shahar berkata selamba,Ikhwan ketawa kecil mendengarnya.

"Maaf..." Adryna berkata sebaik menoleh ke arah Ikhwan.

"Eh?" Ikhwan mengerutkan dahi.

"Sebab buatkan awak ingat masa silam yang pahit..." Ujar Adryna dan Ikhwan hanya tersenyum.

"The past is just memory...nothing else,the more important is the future..." Balas Ikhwan dan Adryna hanya terdiam.

"Macam mana dengan ketua?" Soal Adryna.

"Aku volunteer..." Ujar Ryeiven.

"Eh? Tapi kenapa?" Soal Adryna.

"Sebab isteri dia dibunuh oleh satu organisasi misteri,semua kerana dendam..." Ikhwan mencelah.

"Hey...itu perkara masa silam,kalau tak sebabkan kau mesti aku pilih jalan gelap..." Ryeiven berkata sambil menghela nafas lega.

"Jalan gelap,guna la torchlight...baru terang..." Balas Ikhwan selamba.

"Haih... Ikhwan,you'll never changed huh?" Ryeiven tersenyum kelat sambil menggelengkan kepala.

"Tidak berubah itu bukan sesuatu yang bagus? Tandanya kita menerima diri kita..." Ikhwan membalas.

"Tu dia keluar falsafah dia...." Ryeiven menggelengkan kepalanya sekali lagi,Ikhwan sekadar tergelak mendengar rungutan Ryeiven.

"Hey guys..." Ketawa Ryeiven terhenti,nadanya berubah.

"Korang berdua dah jumpa mereka berdua?" Soal Ryeiven.

"Yeah... That's why we here..." Ujar Ikhwan.

"Where is it?" Soal Ryeiven.

"Tahu satu organisasi nama Medusa?" Soal Ikhwan pula.

"Yeah? What about that?" Ryeiven menyoal semula.

"Mereka ada bersama organisasi tersebut.." Jawab Ikhwan.

"Jadi kita hanya perlukan hapuskan mereka bersama organisasi itu..." Balas Ryeiven.

"Glad I hear that..."
























Apa rancangan Ikhwan?

Adakah mereka akan lakukan tindakan sendiri?

Ataupun bekerjasama dengan Furqon serta yang lain.

Siapa tahu?

Hehehe....

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now