Chapter 17 : Another Conflict

3.4K 235 8
                                    

Deringan jam loceng mengejutkan aku dari terus terlena,lantas aku bangkit dari pembaringan dan menuju ke bilik mandi. Sejuk! Ya memang sejuk air paip pada waktu subuh,selesai aku membersihkan diri terus mengenakan pakaian kemas. Kemeja putih kot berwarna hitam,serta seluar slack yang turut berwarna hitam.

"Alright...hmm..where's my neckties?"

Aku menuruni tangga dan kelihatan Darweez berbual dengan Steve,sebenarnya Steve tu ayah kandung Darweez. Aku tak faham sangat kenapa Steve tidak menghalang anaknya untuk menjadi pembunuh upahan,perbualan mereka terhenti apabila sedar aku menghampiri mereka berdua.

"Yo Furqon! Morning!" Sapa Darweez.

"Asalamualaikum..pagi.." jawab aku selamba.

"Erk.Waalaikumussalam.." balas Darweez segan dan Steve menahan ketawa. Steve atau nama sebenarnya,Steve Ibrahim dan dia tidak silap mualaf sebelum berkahwin ibu Darweez. Why he's involved with King?

"Awal bangun bro?" Soal Darweez.

"Bangun pagi..solat subuh bro.." balas aku.

"Ai..kau bunuh orang hari-hari solat gak eh?" sindiran Darweez agak pedih namun aku hanya sekadar menjelingnya.

"At least aku ni masih ingat padaNya..dan aku ada juga berdoa memohon keampunan dariNya..kita ni Darweez jangan berlagak macam kita ni tuhan,faham?" kata-kata aku sedikit sebanyak membuatkan Darweez terdiam.

"Heheh..chill out bro..aku bergurau je.." balasnya.

"Bab agama,solat..aku pantang..faham?" ujar aku memberi peringatan.

"Alright..alright..aku ingat tu.." ujar Darweez mengangkat kedua tangannya,dan Steve pula sekadar menggelengkan kepalanya tersenyum. Satu lagi aku lupa nak beritahu,Darweez juga serumah dengan aku selepas kami sekumpulan dan Mr.Ohsem? Aku tak tahu tanya penulis.

"Baiklah aku mohon diri beredar..." ujar aku bergerak ke arah pintu.

"Eh..sarap la dulu.." pelawa Darweez dan aku sekadar melambai tangan ke arahnya.

Aku segera menuju ke arah Nissan Skyline GTR35 oren metallic yang diparkir bersebelahan Audi RS7 putih,milik Darweez dan aku sekadar menghela nafas pendek. Pintu kereta aku tarik dan masuk ke dalam perut kereta,enjin dihidupkan dan berderam lembut untuk dipanaskan. Sebaik sahaja yakin enjin sudah cukup panas,aku mula menarik gear dan kluc dilepaskan perlahan-lahan.

Kereta Nissan Skyline GTR35 menyusur laju memintas setiap kenderaan yang berada di atas jalan raya,aku harap Stella selamat berada di rumahnya sendirian. Sebaik sahaja aku tiba di simpang masuk rumahnya,kelihatan Stella sudah berada di luar rumah malah riak mukanya seperti sedang menangis. Segera aku menghentikan kereta di tepi,dan keluar dari kereta kemudian Stella yang menyedari kehadiran aku dengan cepat dia mengesat air matanya.

"Miss Stella?" Aku menegurnya dan dia menoleh ke arah aku dengan tersenyum.

"Jangan tunjuk muka gembira pada saya jika awak bersedih.." ujar aku dan dia terkejut kemudian menundukkan kepalanya.

"A-awak nampak?"

"Apa aa..aa...? Beritahu saya ni pasal apa?"

Stella tidak menjawab namun memberi sepucuk surat pada aku,tanpa sebarang persoalan aku mengambil dan membukanya. Setelah membacanya sehingga habis,aku menoleh semula ke arah Stella dan dia tidak berani mengangkat mukanya untuk memandang aku. Surat itu lebih kepada berbaur ugutan supaya menyerah diri,kalau tidak sesuatu buruk akan berlaku.

"So...awak nak serah diri?" Soal aku dan Stella terus mendiamkan diri.

"Haa....fine kalau tak nak jawab,do as you wish.." ujar aku dan segera beredar,namun dengan tiba-tiba langkah aku terhenti apabila Stella menarik tangan.

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now