Chapter 6 : New Companions

4.7K 292 17
                                    

England
5.00pm

Furqon keluar dari lapangan terbang,meneliti kertas bertulis alamat dan dahinya berkerut. Dia memandang kiri dan kanan,sepatutnya ada orang yang datang menjemputnya di sini. Begnya disandang dan kelihatan sebuah kenderaan putih jenis Mercedes-Benz berhenti di hadapannya. Tingkap diturunkan perlahan-lahan,Furqon melihat si pemandu yang menjengahkan mukanya.

"Hello sir Furqon isn't? Please come in.." ujar si pemandu tersebut,Furqon hanya menurut dan masuk ke dalam perut kereta.

Mercedes-Benz putih bergerak meninggalkan lapangan kapal terbang,memasuki dan menyusur lebuhraya. Furqon hanya menongkat dagunya,memandang keluar tingkap kereta. Pemandu kereta tersebut sedar yang Furqon mendiamkan dirinya sahaja,tiga hari lepas dia menerima misi dan sasarannya kini berada di England.

"Sir Furqon..." tegur pemandu tersebut.

"Just Furqon...by the way what your name?" Soal Furqon menoleh ke arahnya.

"Ouh...you can call me Hendrick..nice to meet you..err Furqon.."

"Yeah nice to meet you..so this organization also has a branch in this country too?" Soal Furqon.

"Yup....and i already read your profile..i'm very impressive..." ujar Hendrick.

"What do you mean by that?"

"You killed 10 people on the list in half a month, it was amazing for me.."

"I learned that thing since i was a kid..."

"What? Really?"

Furqon hanya mengangguk dan Hendrick perasan riak air muka Furqon,dan mengambil keputusan membiarkan pemuda tersebut melayani perasaannya. IPhone 6s dikeluarkan dan menyemak mesej yang diberikan oleh King,dia sekadar menghela nafas pendek. Kepalanya mengingat semula perbualan dia dengan King dua hari lepas.

"Dominic Han...age 34..kesalahan penyeludupan senjata,dadah kemudian pelacuran....bunuh namun dilepaskan kerana pendakwa raya terbunuh dalam kemalangan..." King menoleh ke arah Furqon yang duduk di hadapannya.

"Dominic Han? Ke Domino pizza?" Furqon berkata selamba.

"Hati-hati Furqon..orang ni bukan sebarangan sasaran.." kata King serius.

"Sorry la..stress dan kerisauan sebelum tugasan bukan stail aku.." kata Furqon sambil berdiri dan beredar,kemudian dia sebaik tiba di hadapan pintu Furqon menoleh semula ke arah King.

"Kalau tak silap dia penjenayah antarabangsa bukan?" Soal Furqon dan King mengangguk.

"Ya..rasanya bukan kita sahaja yang diupah..." ujar King dan Furqon tersenyum sinis,sebelum keluar dari pejabat King.

"Tuan Furqon? Kita dah sampai.." ingatan masa lepas terhenti sebaik Hendrick menegurnya.

"Ouh..maaf..hmm? Awak boleh bercakap bahasa melayu?" Furqon terkejut dan Hendrick sekadar ketawa kecil.

"Haha...saya ada belajar bahasa melayu...sebab saya minat belajar budaya bangsa lain..." jawab Hendrick tersenyum dan Furqon mengangguk faham.

"Baiklah..mari ikut saya.." ujar Hendrick keluar dari kereta Mercedes-Benz putih,Furqon sekadar menurut dan mengekori Hendrick.

Furqon mengekori Hendrick sehingga lift,dan Hendrick menekan lalu pintu lift terbuka. Tanpa membuang masa mereka masuk ke dalam lift,begnya disangkut pada bahunya. Akhirnya mereka tiba di satu tingkat,lift berhenti dan terbuka pintu lift tersebut. Hendrick keluar dari lift,Furqon mengekori sehingga mereka berdua berhenti di hadapan pintu.

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ