Chapter 2 : Hitman?

4.9K 317 5
                                    

Adam dikejarkan ke wad kecemasan dan aku hanya dapat menghantarnya ke bilik pembedahan,ayahnya dato' Mokhtar mengucapkan terima kasih kerana menghubunginya. Kemudian dato Mokhtar segera memasuki bilik pembedahan,tinggal aku seorang diri. Aku seluk ke dalam saku seluar,kad nama hanya tertera nombor telefon? Kad niaga apa ni? Aku mengimbas semula perbualan dengan lelaki berusia itu.

"Siapa kau?" Soal aku tegas merenung lelaki tua itu.

"Tak perlu tenung aku macam tu orang muda...aku ni dah tua,dah berusia...tak larat nak tangani orang muda sebaya kau.." kata lelaki tersebut tersenyum.

"Jadi apa yang uncle inginkan...?" Soalan itu hanya disambut senyuman sinis,dan dia menghampiri aku kemudian menyeluk pada kot hitamnya. Pistol?

"Sekarang tidak sesuai...rawat sahabat kamu tu..." ujar lelaki tua itu sambil menghulurkan sekeping kad niaga,lantas aku capai dan lelaki itu segera beredar keluar. Aku mengeluarkan telefon pintar,kemudian mendail nombor dato Mokhtar.

"Hello dato?" Itulah apa yang berlaku sebelum aku tiba di hospital.

Kad itu aku tatap dan ternyata tiada alamat yang tersembunyi,seumpama tulisan rahsia ataupun apa sahaja yang boleh digunakan mencari petunjuk. Akhirnya aku mendail nombor yang tertera di kad tersebut.

Trutt....!

Trutt....!

Klak!

Aku menunggu suara kedengaran dari corong telefon,agak sunyi ke orang yang menjawab ni bisu?

"Saya dah agak awak akan hubungi saya saudara...Furqon.." satu suara lelaki menjengah.

"Hmm...okay apa pak cik nak?" Soal aku menjeling ke telefon.

"Saya akan hantarkan alamat,kita jumpa di sana..."

"Huh? Nanti....!"

Klak!

Tut.....

Tut.....

Talian terputus......

"Okay dia dah letak....grr eeee!!" Aku menahan geram dan kemudian mengurut dada,kemudian nafas dihela pendek. Aku segera berlalu pergi,Adam nanti aku lawat.

Telefon aku bergetar dan mesej pesanan ringkas masuk ke dalam peti mesej,aku lantas menekan dan membaca alamat. Keluhan aku lepaskan dan menunggang motorsikal Honda Ex5,aku hidupkan enjin motorsikal dan bergerak ke destinasi yang ditetapkan. Sebaik sahaja aku tiba ke tempat yang ditetapkan,aku hanya mampu ternganga.

"Apa hal diorang suruh aku datang sini? Tempat kilang lama ni? Jadi penjaga bilik mayat ke pe?" Omel aku sendirian menoleh kiri dan kanan.

"Baik,aku masuk....kalau tak ada apa-apa aku blah...haih memang tenuk betul la..." aku segera masuk ke dalam kilang lama,setelah memastikan tiada mata yang memerhati.

"Pergh! Berdebu siak tempat ni!" Ujar aku sebaik memasuki kilang lama tersebut,kemudian aku berjalan melintasi mesin lama. Semua mesin ni mesti sudah lama ditinggalkan,langkah aku terhenti apabila kelihatan meja dan di atasnya ada dua briefcase berwarna hitam,telefon pintar iPhone 6s dan juga kunci kereta?

Telefon itu tiba-tiba berbunyi dan menyebabkan aku terkejut,agak lama juga telefon pintar itu berbunyi. Nak jawab ke tak eh? Lama juga aku berfikir,jawab saja la.

"Jawab saja la!" Kata aku sambil mengambil telefon tersebut.

"Hello....?"

"Lama betul nak menjawab,ada hantu tak bagi jawab ke?" Siapa pula ni? Marah aku pula tiba-tiba,kemudian aku menarik nafas panjang.

"Kau nak marah tengok keadaan la! Ni kilang mana korang pilih ni ha? Apa yang korang nak dari aku ha?" Jerkah aku geram dan orang dalam talian terdiam.

"Oi...apa yang kau buat tu...jangan main-main la..." kedengaran suara menegur orang yang memarahi aku.

"Dia bukan calang-calang budak,dah...biar aku handle!" Aku tersengih menunggu orang yang membebel itu.

"Hello encik Furqon? Maaf pasal tadi..." kedengaran suara berlainan nada.

"Tak pe kot....err...jadi,apa tujuan kamu panggil saya masuk dalam kilang lama..ni? Ada yang tak puas hati dengan saya ke?" Soal aku tegak-tegak,kedengaran suara orang itu menelan air liur.

"Bu...bukan macam tu encik Furqon...ini adalah dari King supaya berikan encik barang secara sembunyi...." mendengar jawapan dari panggilan misteri itu,aku membuka briefcase hitam yang pertama. Aku agak terkejut kerana,kerana di dalam dua pasang pistol,dua pucuk Desert Eagle berwarna emas. Satu lagi adalah dua pucuk pistol Colt Python,mana mereka dapat benda ni semua?

"King huh? Orang tua tu namanya King?" Soal aku selepas menutup semula briefcase hitam tersebut.

"Ya...jika encik maksudkn orang yang bertemu encik tadi di restoran..." tambahnya dan aku hanya menghela nafas pendek.

"Jadi kau tak ada nama ke?" Soal aku lagi.

"Ah...maaf panggil sahaja saya Riduan..." ujar orang dalam talian yang bernama Riduan.

"Okay...jadi kamu nak saya buat apa ni? Bunuh orang?" Soal aku selamba.

"Ya....bunuh penjenayah yang terlepas dari hukuman berat.." jawab Riduan.

"Baiklah Riduan,lagi satu briefcase dengan kunci ni untuk pe?" Soal aku lagi.

"Baiklah...briefcase tu buka di rumah,kunci tu encik Furqon tekan la..." ujar Riduan dan aku sekadar mendesah sahaja.

"Mana orang tua tu..kata nak jumpa? Ni batang hidup tak nampak pun..." kata aku sambil merungut.

"Itu saya tidak tahu encik,saya hanya dimaklumkan mengenai hal ini sahaja...jadi encik Furqon..selamat siang..."

"Oi..nanti!"

Tup!!

Talian terputus dan aku mula terasa urat timbul di dahi,bergerak-gerak kening aku menahan geram.

"BABUN!!" Jerit aku kemudian mengambil kunci kereta itu dan menekannya. Bunyi alarm bergema dan aku menoleh ke satu arah,dua beg bimbit aku angkat bersama kunci dan menuju ke arah bunyi itu datang.

"Huh?" Langkah aku terhenti sebaik menghampiri kereta tersebut,aku tergamam dan hilang kata-kata.

"Ni....Nissan Skyline GTR35..giler ah!" Aku terus membuka pintu meletakkan briefcase tersebut,kemudian aku tutup pintu semula.

"Okay....macam mana dengan motorsikal aku? Hmm...." aku mencari buah fikiran.

"Ha!..." aku terus mendail satu nombor.

Beberapa lama kemudiannya...

"Huh kenapa kau suruh datang sini Furqon? Siap suruh datang naik bas...?" Soal rakan serumah aku,Hassan terpinga-pinga.

"Nah...amik kunci motor,kau bawa balik motor aku...." ujar aku tersengih selamba.

"Abih tu ko?" Soal Hassan dan aku sekadar tersenyum.

"Tak apa kau balik je dulu..." Hassan hanya mengangguk dan beredar pulang dengan motorsikal aku.

"Okay...sekarang..." aku menoleh ke satu arah,kereta Nissan Skyline gtr35 yang telah aku parkir di luar kilang lama. Aku berjalan ke arahnya dengan tersenyum,lalu masuk ke dalam perut kereta.

"Hey...sweetie,lets get this done..." ujar aku tersenyum sinis,pedal gear aku tarik kemudian pendikit minyak aku tekan dan kluc dilepaskan.

"Lets straight to finish line!!"

Vroom!!

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now