Chapter 52 : Stand Together

2.2K 209 12
                                    


Nissan Skyline GTR35 meluncur laju memotong setiap kenderaan di atas lebuh raya,kereta tersebut dikejar oleh 4 buah kenderaan jenis SUV. Si pemandu mendecih melihat kenderaan itu masih mengejarnya,gear dikurangkan lalu pendikit minyak ditekan sebaik kluc dilepaskan.

Kenderaan itu terus memecut laju semakin meninggalkan 4 buah kenderaan yang mengejarnya dari belakang,pemandu hanya tidak menunjukkan apa-apa dan kaca matanya diturunkan lalu kenderaan membelok satu simpang. Dia berjaya keluar dari radar akhirnya,kemudian dia menyedari sebuah kenderaan sedang parkir di tepi jalan.

"Ford Mustang...jenis baru..." Ujar pemuda itu melepasi kenderaan itu.

Tidak lama kemudian bunyi pelik kedengaran,pemuda itu tersentak sebelum menendang pintu dan keluar dari dalam kerefa. Letupan kuat berlaku dari belakang kenderaan,sebelum meletup dengan kuat sekali.

"Shahar Baharin...umur 27 tahun.." Satu suara menegur dan pemuda itu menoleh le arah suara tersebut.

Pemuda bernama Shahar itu terkejut apabila Ikhwan dan Alisa berada di hadapannya,dia segera menarik keluar pistolnya dari dalam kotnya namun sudah terlambat apabila Alisa menghadiahkan penumbuk tepat pada mukanya.

"Sakit ke? Nak lagi tak?" Soal Ikhwan apabila Shahar terbaring dengan hidungnya berdarah,kemudian Ikhwan mencampakkan tisu di atas dada Shahar.

"Lap hidung kau tu..hey Alisa lain kali pukul bahagian lain boleh?" Soal Ikhwan menoleh ke arah Alisa yang selamba.

Kata-kata Ikhwan langsung tidak diendahkan oleh Alisa,membuatkan Ikhwan rasa akan geram dan duduk mencangkung memerhatikan Shahar mengesat darahnya.

"Apa yang kamu berdua nak dari aku?" Soal Shahar.

Ikhwan tidak menjawab tetapi mengeluarkan sekeping foto,lalu diberikan pada Shahar yang kehairanan. Tetapi sebaik sahaja Shahar melihat foto itu,riak air mukanya berubah dan terkejut.

"Mana kau dapat gambar ni?" Soal Shahar.

"Dia gadis yang comel kan?" Soal Ikhwan menarik foto itu,gambar di mana seorang gadis berusia sekitar 20 tahun.

"Kau...." Shahar mula hilang sabar,Alisa pula sudah bersiap sedia.

"Jangan risau...budak dalam gambar tu selamat,tapi jika kau menolak....lain cerita.." Ujar Ikhwan lagi.

"Apa yang kau nak huh?" Soal Shahar.

"Sekarang ni kami sedang dalam misi nak tumpaskan Medusa,aku dapat maklumat kau adalah bekas ahli Medusa..." Jawab Ikhwan dan Shahar terkejut.

"Tumpaskan Medusa? Kau hilang akal ke? Itu adalah organisasi penjenayah paling terbesar!...kau ingat mudah nak kalahkan mereka?" Shahar menjawab dan Ikhwan hanya memandang ke arah Alisa.

"Yeah..aku tahu tu,tapi Anderson dan Remy sudah mati.." Jawab Ikhwan dan Shahar terkejut sekali lagi.

"Apa? Siapa yang bunuh mereka?" Soal Shahar masih terkejut.

"Itu tak penting rasanya,tapi kau nak selamat bukan? Ikut kami..." Ujar Ikhwan.

"Kalau aku enggan?" Soal Shahar dan Alisa ingin menyerangnya,Ikhwan sempat menghentikan tindakan wanita itu.

"Bertenang Alisa...i got this alright?" Pujuk Ikhwan dan kembali menoleh ke arah Shahar.

"Kau masih diburu biarpun sudah keluar dari organisasi itu bukan?" Soal Ikhwan dan Shahar terus terdiam.

"Lambat laun mereka akan jumpa gadis ni...untuk dapatkan kau..." Sambung Ikhwan lagi.

"Huh?" Shahar terkejut.

"Jangan risau,dia sekarang di bawah perlindungan kami...." Jelas Ikhwan lagi dan Shahar yang asalnya terkejut akhirnya mengalah.

"Good...now come with us..." Ujar Ikhwan dan sebuah kenderaan SUV hitam muncul.

Shahar hanya mendiamkan diri dan pintunya terbuka,dia menoleh ke arah Ikhwan dan lelaki itu menyuruhnya supaya masuk ke dalam kenderaan tersebut. Ikhwan hanya memerhatikan kenderaan itu pergi,Alisa sekadar merengus lembut dan Ikhwan memujuk dengan memeluknya.

"Hey!" Alisa tersentak.

"Its been while isn't? Saya dah lama tak peluk awak..." Kata Ikhwan tersengih dan Alisa menundukkan kepala,mukanya memerah segan tetapi membalas pelukan suaminya.

ⓓⓡⓘⓥⓔⓡ

Eyra Hanim mengetap gigi geram,Khairil tersengih sahaja dan Furqon pula tersenyum selamba. Stella pula hanya mendiamkan diri,suasana di restoran begitu sunyi tanpa bunyi.

"Muka tu tak payah la macam tu sekali..." Furqon berkata tersengih.

"Kau nak apa? Datang tiba-tiba je...." Soal Eyra berkata dengan geram.

"Well...anggap la ini untuk balas budi korang tolong kami..." Ujar Furqon dengan tersenyum.

"Jadi ayah Stella dah berjaya diselamatkan? Bagaimana keadaan dato' Haziq?" Soal Khairil.

"Papa okay,cuma sekarang dia kena duduk di rumah je..takut-takut dia diculik jika keluar...." Balas Stella tersenyum.

"So itu je nak cakap?" Soal Eyra menjeling Stella,perbuatan Eyra membuatkan Furqon menghentak meja dengan tapak tangannya.

Eyra dan Khairil terkedu melihat renungan mata Furqon,Stella memegang lengan Furqon barulah dia bertenang.

"Aku datang ni nak bagi warning...." Jelas Furqon.

"Warning dari siapa? Kau?" Soal Eyra.

"Aku? Hahaha....kalau aku tak payah bagi amaran,sekarang juga kepala korang dah berlubang..." Kata-kata Furqon membuatkan Khairil dan Eyra terdiam.

"Furqon tak elok..." Kata Stella pula dan Furqon hanya tersengih.

"Okay guys,I'm just joking...ini situasinya,korang dah terlibat dan berada dalam radar Medusa dan family korang berada dalam bahaya...adakah korang masih nak membantu kami lagi?" Furqon berterus-terang.

Eyra dan Khairil terdiam sejenak,kemudian mereka berdua berbalas pandangan sebelum memandang ke arah Furqon semula. Nafas dihela dan Eyra pula ketawa kecil,Khairil pula hanya tersenyum.

"Furqon... Stella...kamu berdua dan rakan-rakan yang lain adalah family kami,memang itu sepatut apa yang family akan lakukan bukan?" Jelas Eyra dan Furqon terkejut.

"Aku family korang?" Soal Furqon.

"Yeah,Stella pun...tidak semestinya ada kaitan hubungan darah...kau tahu bagaimana datuk aku sayangkan kami? Biarpun bukan darah daging dia?" Eyra memberi penjelasan dan Furqon hanya mampu tersenyum kelat.

"We're family and we gonna stand together right dear?" Kata Eyra menoleh ke arah Khairil dan suaminya sekadar tersenyum mengangguk.

"Thanks Eyra..." Stella berkata sambil tersenyum.

"No biggie...." Jawab Eyra.



























Cerita ini sudah hampir ke penamatnya

Sila bagi sokongan dan vote untu saya teruskan cerita ini

Saya perlukan sokongan reader dan juga vote.

Your lazy author

Zee

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now