Chapter 4 : Second Hitman

4.4K 301 17
                                    

Furqon menyimpan pistol semula,dan menghela nafas pendek. Tangannya menggigil dan dia tertanya adakah ini perasaan selepas membunuh? Atau dia sedang ketakutan? Kemudian dia segera keluar dan menuju ke arah keretanya,kunci dimasukkan dan enjin berderam. Dia menekan pendikit minyak,dan kluc ditarik lalu kenderaan melibas lalu beredar pergi.

Weoo...

Weoo...

"Cepat sikit pandu kereta tu la..!" Arah seorang inspektor pada rakan setugasnya yang baru.

"Ba...baik!" Jawab rakan setugasnya,beberapa kereta polis menuju ke destinasi yang ditetapkan.

"Apa yang berlaku ni tuan?" Soal rakan setugasnya.

"Kita terima laporan ada kejadian tembak menembak di gudang lama..tempat Din Ringo tu.." balas Inspektor itu dan rakan setugasnya mengangguk faham.

"Hmm?" Inspektor tersebut menyedari sebuah kenderaan jenis Nissan Skyline Gtr35,berwarna oren berkilat berselisih dengan mereka. Pemamdunya tidak dapat dilihat,kerana cermin kereta semua gelap dan menyukarkan inspektor itu untuk melihat pemandu.

"Skyline Gtr35..." ujar inspektor tersebut dan hanya melihat kereta itu berlalu pergi.

Kereta yang Furqon pandu meluncur laju sehingga tiba di hadapan perkarangan rumah barunya,pintu rumah dibuka perlahan-lahan dan Furqon memandu masuk ke dalam. Tangannya masih lagi menggigil,lagi-lagi selepas dia mencabut nyawa seseorang. Steve hanya memerhatikan dari luar kereta,pintu kereta dikuak dan Furqon keluar dengan wajahnya yang serius. Wajah itulah ketika dia menembak dan membunuh Din Ringo.

"Selamat pulang Furqon.." ujar Steve dan Furqon hanya mengangguk sahaja,dia memasuki rumah dan terus menuju ke biliknya.

Pintu ditutup rapat lalu dikunci,kotnya dibuka begitu juga bekas berisi pistol turut ditanggalkan. Dia terus duduk di katil,dia perhatikan tangannya masih menggigil kemudian nafasnya ditarik perlahan-lahan lalu dihembuskan. Tangannya sudah tidak menggigil lagi,dia tersenyum sinis dan menekup mukanya.

"Macam ni ke perasaan membunuh seseorang?"

Tut..!

Tut..!

Furqon tersedar dari lamunannya,sebaik sahaja deringan telefon pintarnya berbunyi. Lantas dia seluk ke dalam poket,lalu dikeluarkan dan memerhatikan skrin untuk memeriksa si pemanggil. Furqon hanya bersikap selamba sebaik tahu siapakah pemanggil tersebut.

"Hello..." ujar Furqon sebaik menekan butang jawab.

"Tahniah Furqon...tahniah..." suara King kedengaran dan Furqon hanya mendesah.

"Terima kasih...jadi,kau nak aku bunuh siapa pula selepas ni?" Soal Furqon.

"Bertenang...bukan selalu ada tugasan untuk kau..berehat dahulu,kau mesti penat bukan?" King memberi cadangan.

"Sure...esok apa aku nak buat?" Soal Furqon.

"Esok kau berehat sahaja...nanti aku akan hantar arahan seterusnya,by the way aku baru send surat resign kau pada syarikat ..bahaya jika kau terus bekerja di sana..." jelas King dan Furqon menghela nafas pendek.

"Baiklah...kalau begitu.." jawab Furqon ringkas.

"Selamat malam..." ujar King kemudian dia meletakkan ganggang telefonnya. Lelaki berusia separuh abad itu tersenyum.

"Kau jangan suka sangat King..kau pasti ke dia mampu lakukan?" Soal satu suara dan King menoleh ke arahnya,seorang lelaki sedang duduk di sofa. Namun disebabkan gelap,wajah pemuda itu sukar dilihat.

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें