Chapter 53 : Your Feeling

2.2K 187 2
                                    


Furqon dan Stella berjalan beriringan memasuki syarikat S&K Corporation,kelihatan Ridzuan berada di pintu hadapan menegur mereka dengan senyuman. Furqon dan Stella turut membalas senyumannya,kemudian mereka berdua segera menuju ke lif khas yang menyambungkan bilik King berada.

"Sudah dua bulan,Medusa terus senyap..apa berlaku?" Soal Stella.

"Siapa tahu..mereka mungkin mengatur rancangan untuk serangan balas agaknya.." Furqon menjawab dan Stella hanya mengangguk.

"Cakap pasal senyap ni,Ikhwan dengan Alisa pun terus lesap..ke mana mereka pergi?" Soal Furqon lagi.

"Ai... Risau ke?" Soal Stella sambil mengusik.

Furqon tidak sempat menjawab kerana diganggu oleh bunyi lif menandakan ia sudah tiba ke tempat yang ditujui,sebaik sahaja pintu lif terbuka mereka segera keluar dan menuju ke sebuah pintu iaitu pintu di mana bilik King berada.

"Asalamualaikum..." Sapa Furqon sebaik pintu dibuka.

Semua yang berada di dalam bilik King,serentak menjawab dan kelihatan Darweez sedang berbual dengan Ayasha di hujung bilik. King pula bersama Fadhil dan Steve menunggu Furqon serta Stella datang menghampiri mereka.

"Saya pergi teman Ayasha.." Bisik Stella pada Furqon,Fadhil pula bersiul melihat kemesraan mereka berdua.

"Maaf lambat...jalan jem.." Sapa Furqon tersengih.

"Tak apa..kami pun baru je sampai.." Balas Fadhil tersenyum selamba.

"Please sit..." King mempelawa Furqon duduk.

Pada masa itu juga Stella menyapa Ayasha dan Darweez,keadaan Darweez masih lagi belum stabil dan berkerusi roda. Kakinya masih berbalut tetapi besi penyokong sudah dikeluarkan,Stella memandang sayu keadaan sahabatnya itu.

"Its okay Stella,don't make face like that.." Darweez berkata dengan tersenyum.

"I know but still..." Stella membalas.

"Its been two months...isn't?" Soal Ayasha pula.

"Ya...organisasi tu macam hilang tanpa berita,dari laporan yang diterima markas mereka tinggal bangunan je...barang-barang semua dah dipindahkan..." Jelas Stella.

"Hmm...." Darweez berfikir sejenak dan menoleh ke arah Furqon yang berbual bersama ayah serta Fadhil juga King.

"Ikhwan dan Alisa sebenarnya ke mana? Terus hilang tanpa berita?" Soal Furqon.

"Saya sendiri pun tak tahu,I try many time to contact but no answer..." Jawab King dan Steve mengangguk menyokong kata-kata King.

"Kita masih perlukan bantuan mereka sebab keadaan Darweez,masih belum mengizinkan dia untuk melakukan misi.." Fadhil bersuara dengan tegas.

"But how? Kita dah lost contact dengan mereka..." Soal Steve.

"Jangan risau...Ikhwan ada kata,misi seterusnya dia tetap akan muncul.." Haizul mencelah sebaik pintu dibuka.

"Ni lagi sorang timbul tenggelam.." King menyindir.

"Uncle! Mana uncle pergi sebelum ni?" Soal Furqon sebaik Haizul menghampiri mereka.

"Buat tinjauan dan siasatan aku rasa? Maklumat yang King bagi tu siapa kalau bukan aku yang bagi?" Ujar Haizul menjeling ke arah King.

"Err... Sorry aku terlupa..." King berkata sambil memandang ke arah lain,Haizul menjeling ke arah King sambil mendongakkan kepala.

"Tak payah la jeling macam tu,balik pada apa yang kau katakan...Ikhwan tu akan tolong kita ke?" Soal Fadhil kurang yakin.

"Jangan risau,mereka akan bantu kita nanti.." Kata Haizul sambil duduk di sebelah Furqon.

Fadhil hanya mengangguk sahaja dan menoleh ke arah Darweez,dia tersenyum kelat dan Steve memegang bahu Fadhil.

"Ia bukan salah kau Fadhil,jangan salahkan diri kau...." Pujuk Steve tersenyum.

"Hey King..." Furqon mencelah dan King serta Fadhil menoleh ke arahnya.

"Sebabkan ayah Stella dah diselamatkan...er..." Furqon serba salah ingin meneruskan kata-kata seterusnya.

"Furqon?" Haizul kehairanan.

"Aku rasa tugasan kau masih belum selesai,kau akan lindungi Stella sehingga misi menghapuskan Medusa selesai..." Jelas Fadhil dengan tiba-tiba.

Furqon terkejut dan memandang ke arah Stella,gadis itu sedar dirinya diperhatikan oleh Furqon dan sekadar tersenyum sebelum menyambung berbual dengan Ayasha serta Darweez. Dia menoleh semula ke arah Fadhil dan King,kemudian dia pandang bapa saudaranya.

"I guess you're right..." Balas Furqon tersenyum lega.

"Kau sudah mula cintakan gadis itu bukan?" Soal King dan Furqon terkejut.

"Aku cintakan..? No way right?" Furqon cuba menafikan.

"Aku ni orang lama Furqon...jangan nak bohong,aku juga melalui usia kau sekarang ni...." King membidas dan Furqon terkejut sebelum dia tersenyum.

"Mungkin kau betul...tapi..." Kata-kata Furqon terhenti.

"Tapi?" Haizul menyoal.

"Aku layak ke cintakan dia? Dapatkan cinta dari dia? Maksud aku,sekarang tangan aku dipenuhi darah orang yang aku bunuh.." Furqon berkata sambil memerhatikan kedua tapak tangannya.

Semua yang berada di situ terdiam,Fadhil dan King serta Steve berpandangan serba-salah untuk memberi pandangan. Lain pula Haizul terus menepuk kuat tapak tangan Furqon,semua yang berada di situ terkejut termasuk Stella dan Darweez serta Ayasha yang berbual di hujung bilik.

"Pak cik?" Soal Furqon terkejut.

"Jangan buat keputusan tanpa tanya pada tuan empunya badan,kau boleh baca ke pemikiran orang? Tak boleh bukan?" Haizul memulakan kata-kata.

"Pak cik..."

"Kau kena yakin dengan diri sendiri,bunuh orang kau yakin pulak tarik picu bam! Tembus jantung,ni dengan perempuan kau slow pulak apahal?"

"Bunuh orang dengan pikat orang lain kes pak cik.."

"Alasan..."

"Erk...."

"Kurangkan alasan,lebihkan tindakan baru kau tahu keputusan dia!"

Haizul menamatkan kata-katanya dengan tamparan pada bahu anak saudaranya, Furqon tersentak kemudian tersengih dengan gaya selamba bapa saudaranya.

"Apa yang kau ajar anak sedara kau?" Soal Fadhil.

"Diamlah kau...cara aku..kan Furqon..?" Haizul berkata selamba.

King sekadar ketawa kecil mendengar kata-kata balasan Haizul pada Fadhil,Furqon pula sekadar tersenyum memerhatikan Stella dari jauh. Dia memikirkan kata-kata bapa saudaranya sebentar tadi.

"Yakin pada diri sendiri huh?"







DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now