Chapter 61 : Fully Recover

2K 156 1
                                    


DARWEEZ P.O.V

Balang kapsul terbuka dan aku membuka mata,keadaan tubuh sedikit berpeluh sebab dalam balang tu agak hangat. Bukan panas dan aku melangkah keluar,professor Dani sedang memeriksa kertas laporan.

"Ha.. Darweeza bagaimana keadaan kamu?" Soal Professor Dani.

"Alhamdulillah prof,thanks sebab rawat saya..memang berkesan mesin ni.." Jelas aku.

"Bukan mesin ni yang merawat kamu,Allah yang berikan keizinan untuk kamu sembuh Darweez..." Kata professor Dani tersenyum,lelaki separuh abad ni meletakkan kertas laporannya di atas meja.

"Itu benar tetapi jika Allah tak gerakkan professor untuk menghasilkan mesin ini,saya sudah tentunya akan lumpuh.. Teknologi memang membantu kita..." Jelas professor Dani lagi.

"Jadi saya boleh kembali bertugas...?" Soal aku.

"Don't push yourself Darweez..." Professor Dani memberi peringatan.

"I will...don't worry prof..." Aku mengangguk dan menuju ke arah di mana baju diletakkan.

Selesai menyalin pakaian aku menerima mesej pesanan ringkas,telefon pintar jenis Samsung aku tatap dan baca setiap isi kandungannya.

"Baru pulih dah ada tugasan? Seriously Bakar tak tahu nak sabar..." Omel professor Dani menggelengkan kepala.

"Its okay prof,saya minta diri dulu..."

Tugasan baru ini aku dipasangkan dengan Furqon,rasanya dia dah tunggu aku dekat luar. Aku terasa bersalah sebab selama aku tidak mampu bergerak,dia yang lakukan semua tugasan. Medusa pula katanya terus senyap?

Apa yang berlaku?

Sampai sahaja di luar kelihatan Furqon sedang berdiri menyandar pada keretanya,aku dah agak dia sudah sampai di sini dan tunggu aku.

"Hey..." Tegur aku.

"Yo... Macam mana keadaan kau?" Soal Furqon.

"Alhamdulillah dah semakin baik.." Jelas aku dan Furqon tersenyum.

"Jangan paksa diri tu,masuk cepat..." Ujar Furqon.

"Aha...kereta aku dah rosak teruk.." Aku mengusap kepala tersengih.

"Jangan risau,King dah sediakan kereta baru untuk kau..." Jawab Furqon menarik gear dan beredar meninggalkan institut perubatan itu.

"Kereta baru?" Soal aku.

"Yeah...kalau tak silap Mercedes..." Jawab Furqon.

"Woo Mercedes? I like Mercedes...hehe..." Balas aku tersenyum simpul.

"Sekejap aku tunjukkan gambarnya..." Ujar Furqon mengeluarkan telefon pintar dan menekan pada skrin.

"Nah..." Furqon menghulurkan telefonnya pada aku.

"Waa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Waa....Mercedes-Benz GLE 63 S Coupe..." Aku teruja dan ini kenderaan aku idamkan.

"Tengok pada reaksi kau,itu kenderaan yang kau minat..?" Soal Furqon.

Aku mengangguk beberapa kali tanda teruja,Furqon menjeling dan menghela nafas pendek.

"Habiskan misi kita,lepas tu baru amik kereta kau...." Jelas Furqon.

"Alright..." Aku berkata sambil mengambil briefcase yang berada di tempat duduk belakang.

Beg bimbit itu aku buka dan beberapa komponen diletak secara teratur kemas,aku ambil dan gabung satu persatu dan pistol jenis sig sauer di dalam tangan.

"Kita dah hampir tiba di lokasi target.." Ujar Furqon.

"Siapa target kita?" Soal aku.

"Seluruh kumpulan tu..." Jelas Furqon dan aku mengangguk.

Kenderaan Furqon parkir di tepi jalan,dan sistem stealth diaktifkan. Kenderaan tersebut menjadi halimunan,aku dan Furqon berpandangan kemudian mengangguk.

"Kita bergerak berasingan..sedia?" Soal Furqon dan aku mengangguk.

"Jangan paksa diri Darweez..." Kata Furqon lagi dan kami berpisah.

Aku bergerak secara membongkok dan kelihatan beberapa orang berkawal,mereka berdiri agak rapat dan aku kena umpan salah seorang daripada mereka. Aku perasaan ada satu botol kaca di sebelah,lantas aku ambil dan campak ke arah tidak jauh dari tempat pengikut pihak jahat berkawal.

"Bunyi apa tu?" Soal salah seorang dari mereka.

"Tanya aku buat apa? Pergi la periksa..." Kata seorang lagi.

Salah seorang dari mereka menghampiri tempat di mana botol itu dibaling,aku bergerak secara senyap melalui semak samun supaya tidak terbongkar. Pengikut yang memeriksa itu mencari-cari kelibat,aku menarik tali dawai dan terus merangkul serta melemaskannya.

Pada mulanya dia melawan dan akhirnya terkulai layu,aku tarik mayatnya dan sembunyikan di dalam belukar. Aku perhatikan ke arah rakannya,mereka tidak sedar apa yang berlaku. Aku pandang ke arah lain,apa yang Furqon lakukan di sebelah sana?

Aku toleh semula ke arah tempat pengikut pihak sasaran,ada dalam tiga orang dan di hadapan mereka ada lagi beberapa orang lagi.

"Baiklah..." Aku memasang penyenyap pada pistol

Aku berjalan secara membongkok,untuk mengelakkan dari dikesan dan menyasarkan salah seorang daripada mereka. Ini tidak betul dan aku mengambil semula botol tadi,dan dibaling ke arah lain. Salah seorang daripada mereka memeriksa,dan seperti biasa aku melemaskan tanpa sebarang bunyi.

Aku memandang ke hadapan,nampaknya perbuatan aku masih tidak disedari. Pengikut pihak sasaran di bahagian hadapan tidak menoleh ke arah sini,pistol aku keluarkan dan picu ditarik. Tepat mengenai kepala salah seorang,dan rakannya terkejut cuba mengeluarkan pistol namun kepalanya sudah berlubang.

Aku periksa sekitar kawasan,tiada sesiapa sedar dan aku tarik dua mayat itu untuk disembunyikan. Nafas aku hela dan menyedari sesuatu,salah seorang dari pengikut pihak sasaran menyedari kehadiran aku.

"Oi apa kau bu-" belum sempat dia habiskan ayat,kepalanya berlubang.

"Ha?" Aku terkejut dan menoleh ke arah kanan.

Furqon melambai dari jauh dan aku segera menarik mayat tersebut,kemudian membalas lambaiannya dan Furqon segera beredar. Nasib baik Furqon ada,kalau tidak memang terbongkarlah.

"Baiklah next target..."

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now