Chapter 74 : Hitman versus Medusa

2K 154 0
                                    


Please put your earphone for immersive experience

Song by The Offspring : You gonna go far kid

Furqon dan yang lain bergerak secara berselerak,bergerak sendirian untuk menumpaskan 300 orang yang berkawal di luar. Masing-masing dilatih dengan baik,radar pada topeng Furqon mengesan sesuatu. Dia menumpukan tekanan pada kasut miliknya,lalu melompat tinggi dan mendarat di atas dahan pokok.

Furqon melompat dari satu pokok ke pokok yang lain,sehingga dia sampai pada mangsa pertama. Dua orang sedang berkawal,kemudian menyedari ada tiga lagi yang berkawal tidak jauh dari dua orang itu.

"Hey A.I,boleh tak tembak jauh pistol ni?" Soal Furqon menarik kedua pistol.

"Boleh jika tuan gabungkan kedua-duanya..." A.I menjawab dan memberi imej rujukan.

Furqon mengangguk faham dari imej yang ditunjukkan,lalu menggabungkan kedua pistolnya dan menjadi selaras sniper. Furqon menyasarkan pada tiga orang itu,tembakan dilakukan dengan pantas dan sekelip mata ketiga-tiganya rebah. Dua orang itu seperti sedar,namun Furqon kembali menyimpan senjatanya dan cakar dikeluarkan.

Furqon terus terjun ke bawah,dan terus mencabut nyawa kedua orang itu. Dia terus berlari kerana tiada masa untuk menyembunyikan mayat mereka,dia terus berlari sehingga terserempak dalam sepuluh orang yang sedang berkawal.

"Siapa kau!?" Belum sempat orang itu mengangkat senjatanya,pedangnya menusuk pada jantung.

Semua terkejut dan Furqon terus menyerang tanpa belas kasihan,cakar dan pedang bertukar fungsi. Lima sudah tumbang dan lima lagi sudah bersiap sedia untuk menembak serentak,Furqon tanpa sedar menghayunkan tangannya dan menghasilkan gelombang.

BOOM!!

"Huh?"

Furqon kaget dengan keadaan itu dan memerhatikan kukunya,disimpan dan menelan air liur.

"Did I do that?" Soal Furqon tersengih.

"Ya... Serangan itu dinamakan Shock wave Claw..." Jelas A.I sekali bersuara.

"A.I?" Furqon tersengih.

"Tumpukan pada tapak tangan tuan,dan hayunkan untuk melepaskan serangan itu.." Jelas A.I itu lagi.

"Too hard call you A.I... How about Jean..?" Soal Furqon melompat ke atas pokok.

"Its fine by me..." Ujar A.I diberi nama Jean.

Furqon terus melompat sehingga ternampak kelibat lima orang sedang berkawal,lantas dia menarik kedua pistol lasernya dan terus menembak. Sekelip mata dua tumbang,Furqon mendarat dan simpan semula pistolnya. Dia menumpukan tenaga pada kedua tangannya,garisan cahaya pada suit miliknya bersinar.

"SHOCK WAVE CLAW!"

Furqon melepaskan serangan gelombang berbentuk X meluru ke arah tiga musuh,tepat dan musuh rebah dengan pantas. Furqon masih terkejut tapi mengangguk sahaja,dan terus bergerak meninggalkan kawasan itu.

Fadhil melibas memotong tangan musuh yang cuba menembaknya,dan menyepak musuh yang cuba menyerang hendap. Leher orang yang tangan putus itu,ditembusi oleh pedangnya tanpa ragu-ragu. Pistol ditarik dan kepala seorang lagi berlubang,dua rebah dan Fadhil terdengar tapak kaki.

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now