001 | Rough

3.3K 263 13
                                    

Aku menyikat rambutku dengan kemas,pastikan tiada cacat cela pada penampilanku.Beg sekolah aku letakkan di atas katil.Kemudian aku segera keluar dan menuju ke dapur rumah.Kelihatan si omma rancak mengacau teh untuk sarapan.

" Morning SongHwa " ujar omma kepadaku.

Aku hanya tersenyum lalu melabuhkan punggung di atas kerusi.Pinggan yang berisi roti bakar aku capai satu lalu menggigitnya.Tangan kiriku sibuk memilih cawan teh yang mempunyai kandungan air yang banyak.

" Amboih,berseleranya anak omma ni makan.Ada apa-apa ke? " usik omma.

Aku sekadar menggeleng menandakan aku tidak apa-apa.Tetapi dihatiku ia sebaliknya.Betul cakap omma.Dari pagi tadi aku merasakan tidak sedap hati.Jika biasanya aku bangun dengan sedikit ceria,entah kenapa aku berasa suram pada kali ini.

Dibuli? Itu sudah pasti.Yyea,aku sering menjadi mangsa buli di sekolah.Sudah ditetapkan dalam rutin harianku aku akan diseksa teruk.Kadang-kadang,sehingga aku sendiri cedera.Namun,aku hanya mampu berdiam dan menyembunyikannya sahaja.Nak buat macam mana?

Tapi,perasaan ni lain.Perasaan yang aku pendamkan ini rasa seperti aku akan menimpa musibah.Aku rasa risau...aku rasa sedih.Tapi mengapa?

Aku menenung wajah omma.Kenapa aku secara tiba-tiba berasa sayu?Mengapa? Ya Tuhan..mengapa dengan diri aku pada pagi ini?

" Jangan termenung lagi.Dah,pergi sekolah cepat! " ujar omma menghentikan aku dari lamunan.

Setelah itu,aku bangun dari dudukan dan terus memasuki bilik.Memastikan kekemasan diriku terjamin,aku mengambil beg sekolah yang terletak di atas katil lalu aku menggalasnya.Langkah diatur dengan perlahan ke pintu rumah.

" Belajar rajin-rajin,jangan susahkan orang,jangan nakal-nakal " pesan omma ketika aku menyalamnya.

Aku hanya tersenyum tawar.Tubuh ommaku dipeluk dengan erat.Lantak lah kalau dia pun berasa sama apa yang aku rasa.Cuma aku nak omma tahu yang aku menyayanginya sangat-sangat.Aku akan rindu dia...Yyea,aku akan.

" Hati-hati tau.Semalam omma dengar ada lagi remaja yang kena culik.Omma risau. " tambahnya sedih.Aku sekadar mengangguk lalu berlalu pergi dengan resahnya.

Nama aku,Yoon Songhwa.Aku berumur 17 tahun dan yyea,aku masih bersekolah.Ini pun hanya kerana aku ingin berjaya.Aku nak jadi kaya dan aku nak tinggalkan tempat ni.

Aku tinggal dengan omma aku,satu-satunya ahli keluarga aku yang tinggal.Keluarga kami miskin sangat-sangat dan tempat tinggal kami sangat membahayakan.

Aku dan omma bagaikan tikus di dalam rumah.Kami hanya kutu jalanan.Cuma,kami bernasib baik.Sedikit.Kami mempunyai rumah untuk berteduh.

Walaupun begitu,rumah kami tidak selamat mana yang korang fikir.Rumah kami di kelilingi oleh orang-orang jahat.Kebanyakkan yang mendiami di kawasan perumahan apartment aku tu,semuanya berlatar belakangkan sebagai si penjenayah.Bermula dari si pencuri,pembunuh,perogol dan penghisap dadah...Semuanya ada.

Sekolah aku pun bukanlah sekolah yang hebat dengan keputusan murid-murid yang cemerlang.Kebanyakkan di antara mereka adalah sama pangkat dengan diriku ; miskin.Tapi,tidak kurangnya budak-budak yang kaya.Semua sama...semua rosak.

Aku semakin gelisah.Aku perasan ada kereta berwarna hitam asyik mengikutiku dari belakang.Hanya cuma perlu berlagak tenang.

Di sini,seperti yang aku cakap.Kawasan ini mempunyai ramai perogol bersiri.Setiap hari pasti ada kes kehilangan gadis yang lebih kurang seumur denganku dan kebanyakan antara mereka sudah pun di jual untuk menjadi seorang GRO.Ini membuatkan aku berasa takut untuk aku setiap kali pergi dan balik sekolah,termasuklah keluar dari rumah.Sangat terancam bagi gadis muda sepertiku.

Pin!

Si pemandu kereta menghonkan kereta hitam mewah miliknya.Keretanya diberhentikan betul-betul di sebelahku.Aku mulai resah dan aku seakan-akan kaku di tempatku.Ya Tuhan,selamatkan lah hambamu ini!

[ OG ] KIDNAP + j.j.kDonde viven las historias. Descúbrelo ahora