014 | Sorry

961 136 4
                                    

Songhwa masih menitiskan air mata semasa perjalanan pulang.Tangannya digenggam oleh JungKook dengan kuat ; bimbang jika dia lari dari lelaki itu.

Hatinya sakit apabila permintaannya langsung tidak diendahkan oleh Jeon JungKook.Sekurang-kurangnya,bagi dia melihat keadaan ibunya sudah cukup.

Perjalanan itu akhirnya berhenti betul-betul di hadapan rumah JungKook.Mereka hanya berdiri di hadapan pagar,kaku tanpa sebarang kata.Sejak dari restoran tadi mata Songhwa tidak mahu beralih pada JungKook.

" Huh... " JungKook mengeluh.

Lantas,pintu rumah dibuka.Gadis itu dia dorong terus ke bilik yang sudah ditetapkannya.

" A-apa yang kau nak buat ni?! " soal Songhwa cemas apabila JungKook memaksa gadis itu berbaring pada katil.

Namun,JungKook tidak membalas.Gari-gari dipasangnya pada kaki dan tangan gadis itu.Songhwa kini berada pada keadaan yang asal ; keadaan pada mulanya dia diculik.

" Jangan cuba berani nak lepaskan diri. " JungKook memberi amaran dengan nada yang tegas dan berlalu keluar.Pintu dihempas kuat.

+++++

Air mata diseka berkali-kali.Sudah jam 4 pagi,dia masih belum melelapkan matanya.Air mata itu tetap melimpah sehingga membasahi hampir sepenuh baju t-shirt yang berwarna putih kosong itu.Sesekali gambar si wanita di dalam gambar itu dilihat dengan penuh syahdu.Untuk kali yang ke lapan,empangan air matanya melimpah dengan deras.

Rasa serba salah tetap hinggap di benak hatinya.Perasaan yang disimpannya ini sejak kehadiran Songhwa itu membuatkan Jeon JungKook tidak keruan!

Jendela yang membentangkan pemandangan sekitar taman perumahannya itu ditenung.Tidak langsung mendatangkan ketenangan.Rambutnya dikusutkan dek kerana otak yang terlampau serabut.

Dia tidak tahu hendak bermula dari mana.Apa yang pasti,dirinya pasti tidak akan diterima oleh gadis itu.Malah,gadis itu pasti akan membencinya.

" Maafkan aku,Yoon Songhwa. " keluhnya kesal.

Gambar itu ditatapnya lagi.

" Saya buat sebab anak puan.Sebab bapa saya.Saya harap puan tabah. " ucapnya dengan penuh pengharapan.

Langit ditenung.Senyuman cuba diukirkan walaupun kelat.Buah fikirannya itu mungkin tidak akan diterima oleh Songhwa.Memang tidak!


♡♡♡

Sorry pendek.

Insha Allah esok aku update lagi!

Mwah! ♡

Random Tag :
Putri_Aneesa3804 jiminieus- boyband_girl JeonKookie_Wife yoonfea ibighit- -deadbody MayaAyuni4 JungLiyen SEAGULCHIM- RaeAh_12 BangtanTae07

Bae ♡ :
yoon_songhwa

[ OG ] KIDNAP + j.j.kWhere stories live. Discover now