016 | Lost

900 106 2
                                    

Yoon Songhwa terjaga dari lena,jantungnya berdegup dengan kencang dek mimpi buruk yang menghantui.Matanya melilau sekeliling.

' Aku dekat mana? ' soalnya di dalam hati.

Kelilingnya dipenuhi dengan suasana yang sunyi dan gelap.Bagai tiada apa di sekeliling.Di manakah dia?

" Hwa.. " panggil sebuah suara dengan sayup-sayupnya.Songhwa terjentat.Itu suara milik ibunya!

Lantas dia bangun.Bunyi suara yang memanggil itu diikuti dengan perasaan yang berdebar.Hatinya bergelodak dengan perasaan yang bercampur baur ; gembira dan keliru.Kakinya berlari dengan pantas.

" O-omma? Omma? " jeritnya bagi membalas panggilan itu.

Kini dia berada di hadapan sebuah pintu yang besar.Di atas pintu itu jelas terpampang tanda amaran  ' Tidak Dibenarkan Masuk ' .Namun,suara si pemanggil lagi menguatkan nalurinya untuk memasuki tempat itu.Dia mahu melihat apa disebalik pintu itu,dia mahu lihat ibunya.

" Omma....? " katanya sambil menolak pintu itu secara perlahan.Kakinya menapak ke dalam bilik itu.

Bilik itu dipenuhi dengan keranda-keranda besi yang menempatkan mayat manusia di dalamnya.Yoon Songhwa tergamam apabila menyedari dia kini berada di dalam bilik mayat.

" T-tak...tak... " air matanya mula bertakung." Tak mungkin... " dia jatuh melutut.Dia cuba menahan dari empangan itu pecah,namun dia gagal.Ia mengalir dengan begitu laju.

Tiba-tiba,sepucuk surat jatuh di hadapannya.Jelas kelihatan nama pengirim surat itu yang tertera di bawah sekali bersama dengan tanda tangan yang amat dikenalinya.

' Kehadapan Songhwa,

Omma minta maaf atas segala salah silap omma dekat Hwa selama ni.Omma banyak menyusahkan Hwa.Omma malukan Hwa dengan status miskin keluarga kita.Omma tak mampu bagi apa yang Hwa nak selama ni.Omma banyak buat Hwa terpaksa menahan dari apa yang anak omma nakkan selama ni.Maafkan omma,nak.

Terima kasih sebab masih terima omma.Bagi omma memori terindah sepanjang kita bersama,kekal tersenyum untuk omma.Omma hargai sangat-sangat.Semoga anak omma akan hidup bahagia dengan hidup baru walaupun tanpa omma di sisi.

Terima kasih ♡

Yang Benar,
Park Sunhee  '

" A-apa semua ni... " ujarnya dengan nada penuh kesakitan di jiwa.Air matanya tidak henti membanjiri wajahnya.Hidungnya berair.

" O-omma.... "

Surat itu didakapnya erat bersama erangan tangisan yang dilepaskannya.Dia menangis sepuas-puasnya.

" Kenapa....omma!! " teriaknya.

Keadaan sekeliling menjadi gelap.Hanya,tempat yang di duduki Songhwa itu sahaja mempunyai cahaya.

" Omma! " tekaknya bertambah sakit,air mata yang dilepaskan tidak mampu untuk keluarkan.Hanya erangan kesakitan yang terletak jauh di lubuk hati mampu dilepaskan.

Kemudian,Songhwa terasa tubuhnya ringan.Dia kini seakan jatuh dari tempat tinggi yang mempunyai tiada penghujung.Dia hanya membiarkan,rela jika dimamah bumi.Baginya,ibu yang kandungnya selama 9 bulan itu,yang menjaganya dari kecil sehingga besar lebih penting.Ibunya segala-galanya baginya.

" Omma...I'm sorry. "

♡♡♡

Kalau sesiapa nak aku tag,
Commentlah!
Kalau malu sangat,
DM je aku...
jangan malu2
😄♡

Random Tag :
itzuwagreen aeitae Kei_mel bunkook_ taeleebwijeon- MayaAyuni4 weirdos_y baytwry- -deadsoul TAEOAISBAE BangtanTae07


Bae ♡ :
yoon_songhwa

[ OG ] KIDNAP + j.j.kWhere stories live. Discover now