015 | Glad-Confuse

1.1K 129 6
                                    

Tap! Tap!

Kakinya dilangkah dengan laju serta jam di tangan dikerling.Manik peluh yang mengalir setelah selesai pembedahan masih lagi bersisa,tambahan lagi dengan peluh yang bakal keluar dek marathon untuk ke blok bangunan yang seterusnya.

' Yolo Yolo Yolo Yo— '

Kocek baju diseluk lalu mengangkat panggilan yang diterimanya.

" Hello.Kenapa? "

' Pa,boleh tak kita teruskan dengan plan B? '

" Kenapa? "

Kedengaran sebuah tangisan di hujung talian.Sudah tentu anaknya kini sedang menangis.Dia berasa risau.

" JungKook,kenapa ni? "

' Pa,Kook risau...Kook rasa tak sedap hati.Puan Yoon sihat? '

Dia meneruskan langkahnya lalu memusing ke arah kanan.Jam ditangannya dikerling lagi.Di sudut fikirannya,mahu saja dia terus teleport ke bilik pesakit!

" Dia tengah tak stabil.Papa on the way pergi bilik dia. "

Gulp! Jelas kedengaran seakan JungKook bimbang.

" Jangan risau,papa akan cuba sedaya upaya papa.Fasal plan B tu....teruskan.Biarkan dia lupakan dulu mak dia buat masa ni.Jangan bagi dia terlalu stres.Takut dia pula yang masuk hospital. " ujarnya berserta nasihat.

' Baik pa. '

Panggilan dimatikan.Kebetulan,dia sudah tiba di bilik si pesakit Yoon.Pintu dikuak lalu kelihatan para jururawat sedang sibuk mengendalikan situasi kecoh itu.

" Doktor,pesakit sudah tenang sedikit. " ujar seorang jururawat lelaki yang bernama Do Geun.Kertas yang mempunyai butiran kesihatan si pesakit diserahkan pada Dr.Jeon.

Dia meniliti setiap data pada kertas itu.

" Kenapa dengan dia? " soalnya dengan nada sedikit tenang.Lega apabila pesakit itu dalam keadaan yang selamat.

" Kekurangan oksigen.Nasib Baram sempat bawa alat Turbine Ventilation dan pasang. "

Dr.Jeon menganggukkan kepalanya tanda faham.Usai meneliti data tersebut,dia meminta untuk beredar.Kelegaan menyapa diri buat masa ini.Namun,penyakit yang dialami wanita itu amat membimbangkan dia.Doa dipanjat sejurus dia memikirkan keadaan si pesakit itu.Moga-moga kebahagiaan tiba untuk mereka bersama.

+++++

Sinaran cahaya merobos masuk melalui mata Yoon Songhwa,membuatkannya tersedar dari lena yang panjang.Keluhan dilepaskan sejurus mata ditenyeh.Kepalanya ditoleh ke kanan.

' JungKook? '

Kelihatan Jeon JungKook sedang enak diulit mimpi sambil memeluk bantal peluk.Sungguhpun matahari sudah meninggi,masih lagi dia tidak bangun? Kemudian,Yoon Songhwa mengerling ke arah jam di dinding.

11.00 pagi.Ikutkan,waktu sarapan sudahpun habis.Malah,tiba masanya untuk bersiap untuk makan tengahari! Kepalanya digeleng buat seketika.

Jeon JungKook ditatapnya.Tanpa disedari,tangan Yoon Songhwa mula bermain di rambut lelaki itu.Peristiwa semalam bermain difikirannya.

' Apa motif dia culik aku sedangkan aku tak diapa-apakan? ' setelah sekian lama bersama lelaki itu,baru hari ini dia menyedari perkara ini.

Pipi Jeon JungKook diusapnya lembut.' Kalau kau tak apa-apakan aku,lebih baik kau hantar aku balik.Mak aku,entah sihat atau tidak.Hidup atau mati.Aku risau....tahu? ' monolognya lagi dengan nada sedih.

" ....tapi,aku rasa sedih nak tinggalkan kau seorang.Rasa terhutang budi pun ada... " keluhnya.

Dia berhenti mengusap JungKook.Kini,dia hanya berbaring sambil menghadap jejaka itu.Wajah JungKook diamati.

" ...pelik,tapi ni yang aku rasa.Entahlah,susah aku nak cakap. " dia tersenyum kelat.

Dahi JungKook dikucup dengan seikhlasnya.Mata kembali ditutup.Niatnya mahu menikmati mimpi indah bersama JungKook di sebelah.

' Goodnoon...? '

♡♡♡

Random Tag :

Putri_Aneesa3804 jiminieus- JeonKookie_Wife yoonfea amnisyifaa_is Kei_mel AduduHilangAkal

Bae ♡ :
yoon_songhwa

[ OG ] KIDNAP + j.j.kTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon