017 | Sweet

913 94 11
                                    

" Pergi bersiap.Malam nanti kita keluar. " ujar JungKook yang baru sahaja pulang dari hospital setelah melawat ibu kandung Songhwa.Gari di katil gadis itu dibuka lalu dia mencampakkan tuala pada Songhwa.

Songhwa hanya menuruti arahan JungKook lalu memasuki bilik air untuk membersihkan diri.

+++++

Tap! Tap!

Kedengaran Yoon Songhwa sedang menuruni tangga.JungKook lantas memperbetulkan baju tuxedo hitamnya.

" JungKook. " suara ayu Songhwa menyapa gegendang telinga JungKook.Dia bingkas bangun dan memandang ke arah Songhwa.JungKook tersengih.

Sudah masuk kali kedua JungKook melihat Songhwa memakai dress itu.Dirinya masih kagum dengan kejelitaan Songhwa,tambahan pula dengan padanan baju yang dipilihnya sendiri! Langkahnya mara pada Songhwa tanpa sebarang kata.


Songhwa berasa janggal kerana JungKook tidak henti memandangnya dengan sengihan.Dia menggosok lengan kanannya lalu memandang ke arah lain.Rasa menyesal kerana mengambil keputusan untuk memakai baju ini.

" Kau nampak....cantik. " lelaki itu memujinya.Songhwa membalas dengan anggukan kepala yang teragak-agak,tanda terima kasih.

Kemudian,JungKook menghulurkan tangannya kepada Songhwa.Gadis itu dibawanya sampai ke hadapan pintu rumah dan JungKook memberhentikannya.

" Kenapa berhenti? " Songhwa berasa hairan.

JungKook membuka pintu rak kasut lalu mengambil kotak kasut yang berada di dalamnya.Kotak kasut itu dibuka,menampakkan isi kotak itu.

Yoon Songhwa kaget dan menutup mulutnya.

Terdapat sepasang kasut tumit tinggi berwarna merah.Ia dikirakan di antara 3 atau 4 inci.Jenama kasut itu lagi membuatkan dia terkejut.Tidak sangka,kasut idamannya kini berada di depan matanya!

" J-jungKook... "

JungKook tergelak kecil." Aku beli untuk kau...tapi bukan sebab tanda maaf sebab aku culik kau. "

" Habistu? "

JungKook mengigit bibirnya,berdebar untuk memberitahu sebabnya.Dia berasa malu jika gadis itu menggelakkannya.

" Sebab...aku rasa kau nampak cantik dengan kasut ni. " JungKook tertunduk malu,membuatkan Songhwa tergelak seketika.Comel...gumamnya di dalam hati apabila melihat JungKook seakan malu-malu.

" Aku nak kau pakai ni...sekurang-kurangnya..sekali je.Kali ni je..boleh? " pinta lelaki itu.

Songhwa menganggukkan kepalanya,setuju dengan permintaannya.Dia tidak mahu saat manis ini terpotong begitu sahaja.Bukan senang untuk melihat JungKook berkelakuan comel,fikirnya.

JungKook bagai mahu terbang ke langit apabila menerima anggukan dari Songhwa.Tanpa membuang masa,dia terus mengeluarkan kasut itu dari kotak.Kedua pasang kasut itu disarungkan.

Songhwa terasa bagai dia adalah seorang Cindarella dan JungKook adalah putera yang mencari si gadis yang telah menambat hatinya.Kasut sebagai bukti,dan kasut yang disarungkan itu muat pada kaki Songhwa! Semakin mekar perasaan gembira di hati Songhwa.

" Whoa.. " JungKook sekali lagi kagum.Dia bingkas bangun dan menghulurkan tangannya agar disambut oleh Songhwa." Princess... "

Songhwa berasa malu dan gembira.Huluran itu disambut dengan gembiranya lalu mengikuti JungKook ke kereta.

♡♡♡

Special update!
Aku rasa happy sangat tengok result adik aku!!
(╥_╥)

If korang nak aku tag,
Just comment! ♡

Random Tag :
dyady37 CikHotChocholate ibighit- weirdosym eninonono seulatte- MOMMYMAIMOMEY zombae- bubbleyunji05 RaeAh_12

[ OG ] KIDNAP + j.j.kWhere stories live. Discover now