002 | Dangerous

2.4K 249 7
                                    

Jantungku berdegup laju seperti mahu tercabut pada ketika itu.Si pemandu menurunkan cermin tingkap kereta hitam miliknya.Diriku dipandang dengan penuh menyeramkan,tambah lagi dengan wajahnya yang jelik dan gatal!

" Ni...sorang-sorang nak pergi mana? Sekolah? "

Aku hanya menganggukkan kepalaku.Mulutku tidak mampu untuk berkata apatah lagi tingkah lakuku.Cuma semangat sahaja aku kumpul.

" Nak abang hantar? " soalnya begitu manis.

" Ta-tak pe lah,sa-saya o-okay jalan ka-kaki " ujarku gagap.

Aku mendiamkan diriku.Perasaan gemuruh semakin melebar di benak hati.Aku takut,aku resah..adakah ini hari terakhir aku untuk hidup?

Ttap!

Si pemandu kereta keluar dari perut kereta hitam itu.Ia membuatkan aku semakin gelabah.Aku semakin takut.Bayangan si omma bermain di fikiranku.Aku mula rasa sebak.Tidak! Aku tak boleh tinggalkan dia keseorangan!

" S-saya d-dah lambat! Bye! "

" Hoi!  "

Sepantas kilat kakiku berlari dengan laju.Bilaku toleh ke belakang,pemandu itu semakin memperlajukan keretanya.Oh my! Apa yang aku perlu buat ni?! Aku akan jadi mangsa seterus miliknya!

Kakiku semakin laju melangkah.Peluh laju menuruni kepalaku.Perasaan resah semakin menebal.Beberapa kali aku menoleh ke belakang.

Tiba-tiba,sebuah lembaga hitam berdiri tegak di hadapanku.Aku memejamkan mataku.

" Tepi! Tepi!! " aku teriak kepada si lembaga hitam.

Tidak berani aku untuk meminta tolong di kawasan seperti ini.Bertambah naya aku jadinya!

Aku masih menoleh kebelakang.Kereta itu masih mengejar! Aku mempercepatkan lagi langkah dan berlari sekuat hati.Mataku terpejam rapat!

Dduk!

Aku terlanggar sesuatu yang keras..Kepalaku menjadi pening.Kelihatan lembaga itu betul-betul berada di hadapanku..tidak...tidak!

Aku mengesotkan badanku ke belakang.Belakang dan semakin belakang.Namun,kepala aku menjadi lebih pening.Badanku mula menggeletar.Tangan si lembaga menghampiri diriku..dan semuanya bertukar hitam...

[ OG ] KIDNAP + j.j.kWhere stories live. Discover now