003 | Slave

2.5K 255 6
                                    

" Tidak!! " aku menjerit sekuat hati selepas tersedar dari mimpi.

Mataku memerhati kawasan sekeliling.Bilik...Dekorasinya jauh berbeza dari bilikku.Cat dindingnya juga berbeza.Semuanya nampak begitu classic dan moden berbanding bilikku yang cikai semata-mata.Ini bukan bilik aku!

Tingkap yang tidak jauh dariku aku renung.Di mana aku sekarang? Aku cuba bangun dari katil.Malangnya,tanganku digari.Begitu juga dengan kakiku.Aku di mana? Mengapa aku dalam keadaan sebegini?!

Bayangan si penjenayah pada pagi tadi bermain di fikiranku.Tidak..tidak! Takkan aku dah kena culik dengan dia? Dan...bilik ni...takkan bilik untuk GRO?!!

" Lepaskan aku! Tolong! Tolong!! Lepaskan aku dari sini!!! " aku menjerit bagai orang gila.

Aku tak nak jadi pelacur! Tolong lah...aku nak keluar dari sini!Aku mula menangis.Aku tak sanggup.Aku masih muda.

" Sesiapa to- "

" Kau boleh senyap tak? "

Sebuah suara muncul secara tiba-tiba.Aku menoleh ke arah si empunya suara.Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan umurku berpakaikan hoodie berwarna merah.Wajahnya comel tetapi agak bengis.Lain dari pemandu tadi.

" K-kau...si-siapa? " soalku Cuba memberanikan diri.

Dia hanya mendiamkan dirinya.Kaki dilangkah menuju ke tingkap bilik yang agak besar itu.Pemandangan luar bandar ditenungnya lama.Kemudian,dia menolehkan badannya ke belakang ; memerhati ke arahku.

" JungKook.Kau,tawanan aku " katanya ringkas.

Sejurus itu,mataku terbeliak.Dadaku berombak dan berkecamuk.Ianya perasaan di antara marah,takut dan gemuruh.Sebak juga menguasai diriku.

" Apa...apa yang kau nak buat dengan aku?! "

Dia tersenyum sinis.Diriku ditatap lama.Aku semakin ketakutan.

" Tak de apa-apa.Just jadi peneman aku sudah. "

" Peneman? Apa maksud kau peneman?! " amarahku.

Wajahnya terus sahaja bertukar serius.Keningnya bertembung.Agak seram pada ketika itu.Ia membuatkan aku terkedu.Salah aku menengkingnya...

" Kau akan teman aku kat rumah ni.Jadi hamba aku. "

" What?!! "

Dia menjongketkan keningnya,membuatkan aku terbantut untuk memprotes.Aku menundukkan kepalaku aku ; takut.

Dia hanya memerhatikanku lama.Peluh menitis.Apa yang dia mahu buat padaku? Bunuh? Jual? Segala fikiran negatif bermain-main.Ya Tuhan...

[ OG ] KIDNAP + j.j.kWhere stories live. Discover now