1%[EDIT]

1.3K 71 11
                                    

AYRA POV

Aku menyusun setiap bunga ros di tempatnya, tanganku tidak berhenti-henti berkerja untuk memastikan setiap hiasan untuk perkahwinan ini menjadi sempurna. "Ok ini contohnya saya nak awak susun bunga macam ini ya" aku menunjukkan tutorial kepada Pekerjaku.

"Ok boss" mereka semua mengikut segala arahanku. Fuhh~ esok wedding artis tu moga-moga dia terima semua hasil aku ni. Aku mengelap peluhku yang menitis di dahi ini. Cuaca di sini sememangnya sejuk namun kerana aku berada di sini untuk berkerja tidak dapatlah aku merasa suasana sejuk di bumi sonata ini.

Aku mengatur langkahku keluar dari tempat itu segala kerja aku serahkan kepada pekerjaku itu. Niat dihati nak pergi beli coffee .Aku dah kehilangan tenaga disebabkan memikirkan wedding artis ni. Banyak betul songgeh dia lagi-lagi pasangannya.

"Eiww saya tak nak bunga ni! "

"Hey miss saya nak bunga ros"

"Hey letakkan kerusi itu dekat belah kiri"

Aku menggetuk kepalaku. Hish! Please ! Berambus dari fikiran aku. Tau tak sakit? Sakit sebab dengar suara kau sahaja dah buat aku meroyan nak terjun bangunan dari tingkat atas 😂 ' desis hatiku.

Sampai sahaja di kedai coffee aku memesannya. "Give me one cappuccino please" aku memesan pada waiter itu.
"Ok miss" selang 5 minit dia menghulurkan air itu kepadaku. Selepas membayar mataku melilau mencari tempat duduk.

Aduh! Ramai nya orang.... Tiba-tiba mataku tertancap pada satu meja di duduki oleh seorang lelaki. Aku membetulkan jubah yang aku pakai tidak mengapa kan aku duduk semeja dengannya? Lagipun aku cuma mahu menikmati coffee ini bukannya mahu mengatal dengannya. Aku menarik nafasku perlahan.Aku melangkah ke arahnya.

"Emm.. Encik tempat duduk ini kosong ke? " aku bertanya pada lelaki itu di dalam Bahasa korea. Dia mendongak sikit mukanya memandang ke arahku.

"Kosong duduklah" dia senyum padaku sehingga nampak kedua-dua lesung pipitnya. Aww comelnya. Aku menarik kerusi yang berhadapan dengannya.

Lelaki yang bercemin mata itu mengerling kearahku "Nama awak siapa? " dia mengajukan soalan padaku,aku senyum padanya. "Nur Ayra Mysha" dia memandang wajah aku seraya tersenyum sendiri. "Wow nice name i like it"katanya membuatkan muka aku blushing ketika itu. " By the way my name is Kim Nam Joon" dia memperkenalkan namanya pula. Aku mengangguk kecil sambil menyisip air coffee tersebut.

"Your korean language skill are very good"pujinya membuat aku tersenyum malu-malu padanya. Aku menyilang kakiku.

"Kamsahamnida saya ade ambil subjek bahasa korea semasa di universiti dahulu" Aku menjawab soalan yang diajukan padaku. Dia mengangguk seraya kembali meneruskan kerjanya.

Aku memanjangkan leherku. Ingin melihat kerja apa yang dia sedang lakukan. Kelihatan dia sedang menulis sesuatu.

Tanpa aku sedari aku semakin menghampirinya.

→☆←

NAM JOON POV

Aku perasan yang gadis di hadapan aku ini ingin melihat apa yang aku tulis. Aku buat tidak tahu sahaja.

Sedang aku sibuk menulis aku terhidu Bau wangian yang cukup wangi dan menyenangkan .hurmmm... Wanginya bisik hatiku. Aku mengerling ke arah gadis bertudung tersebut.

Baru aku menyedari bahawa gadis dihadapan aku ini yang memakai Bau wangian tersebut. Aku cuba untuk tidak berbuat apa. Aku cuba mengawal perasan ini daripada cuba menyakitkan hati gadis itu.

"Awak tulis apa? " Dia bertanya padaku. Aku memandang gadis itu. Dekat sungguh wajahnya dengan aku. Patutlah aku dapat Bau wangian yang dia pakai.

"Lirik lagu" pendek sahaja jawapan yang aku berikan padanya. "Ouh"dia bibirnya membentukkan 'O' padaku.sekali lagi aku memandang wajahnya. Cantik sungguh orangnya. Dia memiliki bibir merah jambu yang semulajadi, muka yang putih bersih tanpa sebarang jerawat dan matanya... Warna anak matanya berwarna biru semula jadi, kacukan kah gadis dihadapanku ini?

"Kacukan? " Dia mengangguk laju. "Ayah Scotland ibu korea" Aku membulatkan mata. "Serious? " dia tersenyum manis sehingga menampakkan sebaris giginya yang comel itu. Aku terpanar seketika. Tak pernah aku jumpa gadis bertudung yang mempunyai senyuman yang cukup memukau... Apatah lagi suara dia yang sungguh lembut itu.

"Yaa tapi selepas saya lahir ibu dan ayah tinggal di Malaysia" aku mengangguk perlahan.

Dia bangun dari tempat duduknya. "Saya kena gerak sebab ade kerja sikit"dia meminta izin untuk beredar.Aku mengangguk seraya melambai perlahan padanya "Semoga kita bertemu semula!". Baru sahaja dia hendak berjalan, kaki secara tidak sengaja melalui jalan yang baru sahaja selesai dibersihkan sehinggakan dia tergelincir di hadapanku.

Dia jatuh terduduk di atas ribaku. Masa itu jugalah mata aku dan dia bertembung. Bibir dia sikit lagi hendak terkena bibirku.

"Sorry" dia bangun dari atas pehaku. Wajahnya kelihatan merah kemerahan menahan malu akibat dari kejadian tersebut.

"It's ok" aku tersenyum padanya. Dia segera memecut keluar dari cafe itu. Sebaik sahaja gadis itu beredar aku meraup wajahku.

Tangan di letakan pada dada ini. Aduh kenapa ni? Adakah aku sudah mula menyukai dia? Kenapa setiap kali aku dengar suara dia sudah cukup mengegarkan hati aku ini? Tergoda aku melihat wajahnya yang cukup cantik.

Kenapa aku terasa hendak memilikinya? Dan aku akan berasa sakit hati jika dia sudah berpunya?

Tak... Tidak boleh!

Aku tak boleh membiarkan gadis secantik dia berterbangan berkeliaran bagaikan burung merpati, gadis itu dia harus memilikinya!

Aku tak sanggup melihat dia bersama dengan orang lain.

Aku kena buat sesuatu agar gadis itu tidak jatuh ke tangan orang lain!

Aku bangkit dari tempat dudukku serta beredar keluar dari cafe tersebut.Aku mengeluarkan telefon bimbitku yang berada di dalam kocet seluarku.

"Hello"aku memulakan bicara tersebut.

"Ade tugasan untuk kau"

"Get all the information about Nur Ayra Mysha"

"Aku nak kau juga Siasat latar belakang dia dan pekerjaan dia serta di mana dia tinggal aku nak semua maklumat tu dengan segera "

Aku segera menutup telefon bimbit aku untuk mengelakkan orang luar dari mendengar perbualan aku dengan orang suruhanku. Aku berjalan ke arah kereta Range Rover ku. Aku memegang stereng keretaku sambil memandang ke arah tingkap cermin di hadapanku. Senyuman mula terukir di bibir ini.

Nur Ayra Mysha,

You'll be mine ,

No one catch you and only me can make you as mine for forever and ever

I swear and this is my wish that you must follow it.

Aku menegakkan tubuhku semula. Stereng digengam kuat. Keretaku meluncur laju melalui di atas jalan raya tersebut meninggalkan cafe tempat pertemuan antara aku dengan dia.

[EDIT] IN LOVE WITH A PSYCHO || 사이코와 사랑에 빠졌어Where stories live. Discover now