41%

377 22 21
                                    

Aku terjaga dari lena yang panjang. Perlahan-lahan aku bangun dan melihat di sekeliling. Aku kat rumah? Bukan ke semalam aku pengsan dekat penjuru tangga kecemasan? Dan bukan ke semalam aku kena serang dengan perempuan gila tu?

Bermacam-macam soalan yang bermain di fikiranku ini. Aku meraba-raba kepalaku. Kepala aku sudah berbalut?? Eh wait a minute...

Semalam ada seorang lelaki selamat aku!

Aku terus turun dari katilku. Aku melihat diriku di cermin. Baju aku juga sudah ditukar. Oh my god! Tukar sekali baju aku?!

Terus wajahku berona merah apabila mengenang lelaki itu. Tak malu betul tukarkan baju perempuan!

Baru sahaja aku nak keluar dari bilik, terdapat sticky note yang dilekatkan di cermin solek ku. Aku mengambilnya lalu membaca .

Dear Ayra,

Saya sudah sediakan breakfast untuk awak

Enjoy your meal Sweetie ❤

From,
Someone 🌸

Someone? Ish dia ni memang suka main teka teki dengan orang eh?. Aku  baca balik nota tersebut. Panggilan dia... Kenapa sama dengan panggil Nam Joon pada aku? Takkan tu Nam Joon? Aku buat tidak tahu sahaja akan panggilan itu.

Aku terus berlari pergi ke arah dapur. Kelihatan makanan sudah disediakan. 2 keping pancake dan secawan kopi di susun rapi di atas meja. Aku meneliti setiap makanan itu.

"Tak letak racun kan? "

Tiba-tiba sekeping kertas melayang terkena pada wajahku. Aku membaca lagi isi kandungan surat itu.

Jangan risau saya tak letak racun pun dalam makanan tu. Mana mungkin saya nak letak racun dalam makanan orang yang saya sayang

Aku melihat di sekeliling rumah. Dia ni ada pasang CCTV ke dalam rumah aku ni?  Macam tau sahaja apa yang aku cakap kan tadi.

Aku buat tidak tahu sahaja akan perkara itu. Aku mengambil tempat duduk ku lalu makan makanan yang sudah elok terhidang di atas meja itu.

NO ONE POV

Aku tersenyum saat makanan yang aku sediakan itu selamat masuk ke dalam mulut dia.

"Yah!  Sedapnya! Pandai dia masak! "

Dia tersenyum kegirangan seolah-olah sakit di kepalanya itu tidak ada apa-apa.

Melihat dia tersenyum sahaja sudah cukup membuat hati aku bahagia melihat mulut comel itu mengomel sendirian.

'Dah tua pun muka comel lagi'

Aku melangkah perlahan keluar dari rumah itu. Melihat dia dari jauh pun sudah membuatkan hati aku bahagia semula.

AYRA POV

Aku berjalan memasuki office aku di bahagian belakang. Yerin datang mendekati ku. "God!  Kenapa dengan kepala kau?!  Kau ok tak ni?  " bermacam-macam soalan yang diajukan kepada aku.

"Aku ok je jangan risau" aku menepuk perlahan lengan kecil itu.

"Ehem"

Kami berdua menoleh ke arah orang itu.

[EDIT] IN LOVE WITH A PSYCHO || 사이코와 사랑에 빠졌어Where stories live. Discover now