16% {EDIT}

476 30 19
                                    

JACKSON POV
kakiku laju melangkah meninggalkan Bighit Entertainment. Aku mendengus kasar apabila mengenangkan kejadian tadi.

Sakit melihat Nam Joon bersama dengan Ayra atau lebih tepat kakak Arwah Umaira

Aku menumbuk pintu kereta aku sekuat hati. Sakit hati dan dendam masih lagi tersisa.

'Aku dah cakap kau tak boleh lari dari aku Ayra. Kalau aku cakap dendam aku belum terbalas. Maknanya belum habis lagi dendam aku pada kau'

Aku meneruskan langkahku balik. Gambar Ayra elok digengaman aku.

Selagi kau tak mati selagi itulah hidup aku tak tenang Ayra!

Sakit mengenangkan peristiwa adik kau mempermainkan hati aku ini!

'Sakit lagi hati aku hancur disebabkan cinta palsu'bisik hati Jackson.

████████████████████

AYRA POV

Perangai Nam Joon berubah selepas dia bertemu dengan Jackson. Pelik?  Kawan sendiri nak marah?  Tapi kenapa aku lihat Jackson seolah-olah tidak suka akan kehadiran aku?  Lagi bertambah pelik apabila Nam Joon cuba menyembunyikan aku dari dia. Jangan-jangan dia jahat tak?  Ataupun dia ada niat tidak baik pada aku? Omo!  Apa yang aku merepek ni?!

"Pabo!  Pabo! " aku mengetuk kepalaku sendiri. Nam Joon menoleh ke arahku. Dia memberhentikan kereta di tepi jalan. "Awak ni dah kenapa?  Cakap kat diri sendiri pabo? sudah gila?" Nam Joon memandang aku dengan pandangan Kosong. "Err tak ada apa-apa saya cuma... " belum sempat aku menghabiskan kata-kata wajah dia dah berada di tepat di depanku. "Just? " dia memandang aku dengan pandangan biasa,tidak seperti selalu.

"Err awak ni dah kenapa?  Perangai awak pelik selepas berjumpa dengan Jackson kenapa? " Aku memandangnya. Wajahnya yang tadi tiada perasaan kini berubah serious. "None of your bussiness" Apa? Senang hati dia cakap macam itu pada aku?  Aku kat sini punyalah nak tolong sekali itu respon dia?!

"Awak!  Saya ni nak tolong awak kenapa awak cuba menyembunyikan masalah awak tu? Kenapa?  Besar sangat ke masalah awak tu sampai saya di sini tak dapat membantu awak langsung?! " Aku memandang tepat ke arah wajahnya mengharapkan jawapan darinya.

Entah macam mana tangan dia tiba-tiba menumbuk pintu kereta di sebelah aku dengan kuat sekali. Hampir terkena padaku. "Kau! Aku dah cakap jangan masuk campur dalam hal aku dan dia! Susah sangat ke nak faham?! " Wajahnya berubah menjadi bengis,badanku sudah mula menggeletar akibat terkejut akan perbuatannya.

"Saya cuma nak tolong awak je... Tsk..tsk.."Perlahan sahaja suaraku air mata ini tidak berhenti-henti mengalir,sedaya uapaya aku cuba menahannya. Menyesal gila aku paksa dia jawab soalan aku!.  "Huh! Nak tolong?  Tolong apa? Masalah ni kalau aku cerita pun kau takkan faham!  Sebab kau tak tahu perasaan aku! Cuba kau berada di tempat aku!  Kau akan tahu kenapa aku tak suka dengan dia! " Dia mendengus kasar matanya tidak lagi memandang tepat ke arahku.

"Dia abang awak kan?! "Dia memandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsir. "Yang kau nak masuk campur ni dah kenapa?  Huh? ada aku suruh kau prihatin terhadap aku dengan dia? tak ada kan?baik mulut kau diam  "hampir sahaja aku cuba membuka pintu keretanya untuk lari keluar,aku tidak sanggup menghadapnya lagi!

"Saya cuma nak tahu je!!! " Aku mencengkam kedua-dua belah kolar bajunya. Entah kenapa aku bertindak agresif terhadap dia. "Boleh tak kau jangan serabutkan fikiran aku?! " Dia menolak tangan kecilku dari terus mencengkam kolar bajunya.

[EDIT] IN LOVE WITH A PSYCHO || 사이코와 사랑에 빠졌어Where stories live. Discover now