13

503 28 13
                                    

AYRA POV

Aku keluar dari bilik setelah mandi. Kelihatan bilik di Studio Nam Joon terang benderang. 'Aku ingatkan dia ada kat ruang tamu' Aku melangkah perlahan-lahan ke studio itu. Kelihatan Nam Joon sedang menilik sebuah gambar polaroid di tangannya.

Aku mengetuk daun pintu itu. Dia menoleh ke arah aku. "Boleh saya masuk? " Dia mengangguk perlahan.  Aku melangkah masuk ke dalam studio itu. "Awak tengok gambar siapa tu? " aku mengerling ke arah Nam Joon yang kembali fokus pada gambar itu.  "Emm tak ini doktor yang rawat saya dulu" Perlahan sahaja suara dia.

"Eh awak sakit ke dulu? " Dia menggeleng perlahan. "Habis? " Dia memandang aku. "Kalau saya cerita awak jangan marah atau jeles percayalah saya sekarang ini dah tak ada apa-apa perasaan pada dia" Aku mengangkat keningku.  "Jadi doktor ini awak pernah bercinta lah dulu? " Dia mengangguk perlahan.

"Tapi selepas itu dia curang dengan saya" Mukanya berubah menjadi sayu apabila mengenangkan ex-girlfriend dia.  "Sekarang dia ada lagi ke? " Dia menggeleng perlahan.  "Tak dia dah meninggal" Dia memandang wajah aku.  "Jangan risau saya dah tak ada apa-apa perasaan pada dia" Aku tersenyum nipis.

"Ye saya tau" Aku memandang tepat ke dalam anak matanya yang berwarna hijau itu. "Kalau awak tak lupakan dia buat apa saya kat sebelah awak ni kan sekarang ini? " dia ketawa kecil.  "Yelah Sayang buat Oppa obses sejak kali pertama bertemu. Gila bayang jadinya tau tak! " aku tertawa kecil. 

"Ada-ada sahajalah" Aku mencubit pipinya yang sedikit tembam itu.  "Aduh sakitlah" Dia mengosok perlahan pipinya yang sedikit kemerahan akibat cubitan aku. "Alolo sian nye dia" Aku mengosok balik pipi dia.  "Awak sayang saya tak? " Aku memandangnya.

"Dah macam ayat novel cinta dah" Aku tertawa kecil. Tapi ketawa aku terhenti apabila melihat muka Nam Joon berubah menjadi serious. "Ok ok" Aku menarik nafasku perlahan. "Of course saya sayang awak"Dia memandang aku. Dari duduk biasa kini dia menundukkan wajahnya sama paras dengan wajahku.

"Bukti? " Amboi Nam Joon ni dah kenapa?  Nak bukti bagai ni. "Ok ini bukti nya" entah macam mana aku seolah-olah mendapat dorongan untuk menciumnya. Perlahan-lahan bibir lembut aku bersatu dengan bibirnya. Dia seolah-olah terkejut dengan tindakan aku. Yelah selama ini kan dia yang mulakan dulu. Sekarang terbalik. Aku yang mulakan terlebih dahulu 😂.

Dia memeluk pinggangku. Perlahan-lahan aku melepas bibirku dari bibirnya perlahan-lahan. "Nak lagi" Dia memuncungkan bibirnya.  "Eii naughty " Aku mencubit lengannya. Dia tertawa melihat wajah aku berubah menjadi merah.

"Esok awak ikut saya pergi Bighit kejap" Aku mengangkat wajahku.  "Serious? " Dia mengangguk. "Esok saya ada meeting awak duduklah dekat studio saya di sana" mata aku terus bersinar-sinar.  "Yeay!  Esok boleh jumpa ahli Bangtan semua!!" aku menjerit kegirangan.  "Eii ini yang saya tak suka" wajah dia terus berubah. Tiada lagi senyuman manis terukir di wajahnya.

"Alolo jangan marah you always in my heart" Aku membuat bentuk hati di dadaku.  "Pandai eh pujuk? " aku tersenyum nakal.  "Of course ni Ayra k pakar bab-bab pujuk orang ni! " Dia tersenyum padaku.  "Kalau macam itu boleh lah saya merajuk hari-hari lepas ni" Aku menepuk bahunya . "Mati lah saya macam ni" Dia ketawa kecil.  "Tak adalah saya gurau sahaja" Dia memeluk tubuh ku.

Entah kenapa hati aku macam dapat merasakan ada sesuatu yang disorok oleh Nam Joon dari aku.

→∞←
BIGHIT ENTERTAINMENT

NAM JOON POV

Aku keluar dari perut kereta bersama Ayra. "Kat sini awak kena hati -hati" dia memandang aku dengan wajah yang pelik.  "Kenapa? " Aku memandangnya.  "Sebab sini perangai Byuntae semua dahsyat² lagi-lagi tu si Jimin awak tu dah lah cantik, comel mesti dia tergoda" Dia tertawa kecil.

"Dont worry saya akan berjaga-jaga" Aku mengangguk perlahan. "Jom" Dia mengikuti langkah ku dari belakang.

Sedang kami berdua berjalan,  J-hope menyapa Aku dan Ayra.  "Good morning sunshine " Dia melambai-lambai ke arah aku dan Ayra. "Wow ni siapa Nam Joon?  Cun bhaii! " J-hope seolah-olah teruja melihat Ayra. 

"Ni kawan aku dari Malaysia nama dia Ayra Msyha, Ayra kenalkan ni Hoseok atau awak boleh panggil dia J-hope" Ayra mengangguk perlahan.

"Hai Ayra nice name! " J-hope bow tanda hormat pada Ayra.  "Thanks J-Hope" Ayra tersenyum manis pada J-hope.

"Hallo hallo!!!!!  Perghhh awek cun bhaii nak berkenalan dengan Cik ada yang manis boleh? " Alien sudah datang mengacau ketenteraman orang.  "Kau jangan macam-macam eh karang ada jugak makan kasut aku pagi-pagi ni" Aku dah bersiap sedia nak Baling kasut kat Taehyung.  "Lek-lek" Taehyung tersenyum petak pada aku dan Ayra.

"Jom Ayra jangan dilayan Si Alien ni" Ayra mengikuti langkahku.  Sampai sahaja di studio aku beri kunci pada Ayra.  "Awak buka lah saya dah lambat nak pergi meeting" Ayra mengangguk tanda faham.

Selepas sahaja aku berlalu pergi, Ayra memulakan sesi membuka pintu studio aku. Sedang dia membuka ada seseorang telah menahan pintu itu dari terbuka.

"Hai cik adik yang manis nak saya tolongAwak ni cantik lah tergoda abang" mata lelaki itu tak lepas menilik wajah Ayra.

Ayra menelan air liur disitu.

[EDIT] IN LOVE WITH A PSYCHO || 사이코와 사랑에 빠졌어Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora