BAB 1: DAYANA & AZIB

1.4K 61 6
                                    

"You, lama lagi ke nak sampai ni?"soal Dayana sambil menggosok matanya. Sudah dua kali dia tidur dan terbangun namun destinasi masih tidak tiba penghujungnya.

"Sabarlah my baby girl... Kejap lagi sampai I kejut okay. Sekarang apa kata darling tidur dulu.. Okay?"kata Azib sambil tangan kirinya memegang erat tangan Dayana manakala tangan kanannya terletak pada stereng bagi meneruskan pemanduan. Dayana tersenyum manis melihat wajah suaminya. Azib berasa bahagia melihat senyuman isterinya itu.

"Meluat sial aku tengok dua ekor ni."celah Adam di tempat duduk belakang sebelum menyumbat telinganya dengan earphone. Matanya pula dilindungi dengan cermin mata hitam Ray Ban yang dibeli di Uptown Jalan Reko. Menurutnya, dia tidak mahu melihat aksi Dayana dan Azib kerana baginya ianya seperti melihat kemungkaran sungguhpun pasangan itu sudahpun berkahwin hampir sebulan yang lalu. Untuk mengelakkan dari terus melihat 'kemungkaran', Adam terus menumpukan matanya ke skrin telefon pintarnya. Bunyi "Ike...ike kimochi." kedengaran dari corong earphonenya.

Hampir dua jam tayar kereta Toyota Wish milik Azib yang dibayar secara ansuran ikat 9 tahun itu berpusing. Akhirnya berhenti di sebuah perkarangan rumah agam yang reka bentuknya bercirikan Belanda. Mata Adam tertancap ke arah sebuah papan tanda yang diyakini merupakan papan tanda nama rumah agam itu. "Villa Nabila Huda?"

"Kenapa tak Villa Fasha Sandha ke, Villa Tasha Shila ke... Ini tak, Villa Nabila Huda lah jugak yang dipilihnya."seloroh Azib. Sungguhpun sepupunya, Adam merasakan lawak sepupunya itu agak hambar dan diibaratkan seperti meminta kaki, namun isteri kepada Azib, Dayana kelihatan begitu girang ketawa dengan lawak suaminya.

"Lawaklah hubby ni... sakit perut b gelak."kata Dayana sambil mengelap titisan air mata yang terkeluar setelah ketawa terbahak bahak apabila mendengar lawak hambar suaminya.

Adam hanya melemparkan wajah yang jelek. Meluat sungguh dia melihat gelagat Azib dan Dayana. Rasa mahu ditamparnya seekor demi seekor.

"Hey, dah sampai pun you guys."kata seorang wanita yang keluar dari pintu utama rumah agam Villa Nabila Huda itu.

"Syaqirah!"teriak Dayana penuh keterujaan. Selepas majlis perkahwinan dia dan Azib berlangsung hampir sebulan yang lalu, dia langsung tidak berkesempatan untuk bertemu dengan sahabat karibnya itu. Pada majlis perkahwinannya itulah kali terakhir dia bertemu Syaqirah. Hal ini menyebabkan perasaan rindu terhadap Syaqirah memuncak. Dayana dan Syaqirah berpelukan sambil berlaga pipi.

"Wah Azib, baru sebulan kahwin dah dapat anak. Bukan main besar lagi anak kau. Kau bagi makan apa baby kau ni..."seloroh Ezzaq sambil berjabat tangan dengan Azib. Adam hanya mendengus setelah mendengar kata-kata Ezzaq. Dia tahu sindiran itu disasarkan kepadanya.

"Kalau dah besar macam ni selalunya satu benda je aku bagi makan..."kata Azib.

"Makan duit rakyat!"kata Ezzaq dan Azib serentak lalu diiringi dengan gelak tawa yang disertai Adam.

The Tahlil: Misteri Villa Nabila HudaWhere stories live. Discover now