BAB 13: EZZAQ IS MISSING

537 41 7
                                    

Qirah mengerling ke arah jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Qirah mula tidak senang duduk setelah kelibat tunangnya pula tidak kelihatan. Azib, Adam, Cheng dan Sheikh telah pergi keluar untuk misi pencarian Ezzaq dan Ustaz Suffian namun hanya sia-sia kerana masing-masing tidak menjumpai apa-apa.

"Hilang?! Astaghfirullahalazim. Macam mana boleh hilang? Dari pukul berapa hilang?"soal Ustaz Mahdi bertalu-talu. Dia yang baru tiba bersama Pak Hashim dikejutkan dengan berita sebegitu. Dia benar-benar risau tentang kehilangan Ezzaq dan Ustaz Suffian terutama sekali Ustaz Suffian kerana sudah menganggapnya sebagai anak.

"Ustaz Suffian sejak pagi tadi, bila kami semua bangun dia memang dah tak ada dalam rumah ni. Ezzaq pula dalam pukul 11 pagi tadi keluar pergi mencari, sampai sekarang tak balik-balik lagi."kata Azib.

Ustaz Mahdi mengangguk faham. "Kalau sampai lepas Isyak masih tak jumpa kelibat mereka, kita kumpulkan orang-orang kampung untuk cari mereka ni."

Kesemua yang berada disitu mengangguk faham. Begitu juga dengan Pak Hashim, dia sentiasa bersedia untuk memaklumkan kepada orang kampung tentang kehilangan Ustaz Suffian dan Ezzaq.

Usai mengerjakan Isyak, Qirah terus menyambung ke dapur membantu Athirah dan Mimi menghidangkan lauk. Qirah menghidu bau asam pedas ikan pari air tangan Mimi sememangnya menarik selera sesiapa sahaja yang sedang lapar namun tidak Qirah, sungguhpun perutnya berkeroncong namun dia tiada selera untuk makan.

"Makanlah sikit...penat aku masak."kata Mimi.

Qirah menggeleng perlahan. "Tak apalah... Belum ada selera. Nanti kalau ada selera aku makan. Korang makanlah dulu..."

"Alaa makanlah sikit..."kata Asiah yang dahinya masih ditampal koyok.

"It's okay."kata Qirah yang masih menolak untuk makan.

Kesemua yang berada di meja makan itu hanya akur. Mereka menghormati keputusan Qirah. Makan malam itu disertai oleh Ustaz Mahdi dan Pak Hashim. Usai makan, Ustaz Mahdi dan Pak Hashim meminta diri untuk ke surau yang jauhnya memakan masa hampir tiga puluh minit dari rumah agam itu bagi mengumpulkan orang-orang kampung sebelum memulakan misi pencarian Ezzaq dan Ustaz Suffian.

Tidak lama kemudian, Sheikh, Cheng, Adam dan Azib keluar ke sekitar kawasan rumah agam untuk mencari dua individu yang hilang itu. Darryl mahu menyertai namun dihalang Mimi ekoran kesihatannya yang kurang mengizinkan.

"Honey, tak payah pergilah"kata Dayana yang entah kenapa mempunyai firasat buruk terhadap suaminya. Seperti ada perkara buruk yang akan terjadi kepada Azib.

"Baby girl...jangan takut okay. Abang janji abang balik."kata Azib cuba bertegas dengan lembut.

Dayana terpaksa akur. "Hati-hati ya honey..."

Azib hanya melemparkan senyuman.

Setibanya mereka berada di luar kawasan rumah agam, Sheikh terus bertindak memberi arahan. "Aku dengan Cheng pergi sebelah sana. Kau dengan Azib pergi sana."kata Sheikh sambil menunding jari ke arah paya.

Azib dan Adam terus berjalan menuju ke kawasan paya. Mereka terpaksa merempuhi kawasan semak-samun ke kawasan paya. Adam dan Azib mengeluarkan telefon pintarnya lalu membuka 'flashlight' bagi menerangi laluan mereka. Sungguhpun Cheng dan Sheikh sudahpun merayau ke sekitar kawasan rumah agam ini untuk mencari Ezzaq dan Suffian, namun mereka berdua masih belum melangkah lagi ke kawasan paya. Hal ini telah mendorong Adam dan Azib untuk pergi kawasan itu.

"Kau serious ke do? Nak masuk paya tu?"kata Adam yang sedikit gentar apabila melihat kawasan paya yang gelap itu. Sesungguhnya dia tidak mahu lagi dipertemukan dengan Zahara. Habis basah seluarnya nanti. Dalam hatinya terus menyumpah seranah Zahara.

The Tahlil: Misteri Villa Nabila HudaWhere stories live. Discover now