BAB 6: USTAZ MAHDI

639 35 0
                                    

"Ni kes gaduh dengan binilah ni."kata Adam yang sedang cangkung sambil memerhatikan Ezzaq yang sedang lena tidur diluar bilik Qirah. Di belakangnya Darryl sedang diri sambil menyilangkan tangannya. Di sebelah Darryl, Azib berdiri sambil bercekak pinggang.

Qirah membuka pintu dan menjerit akibat terkejut apabila mendapati Azib, Darryl dan Adam sedang berada di hadapan pintu biliknya. Ezzaq yang sedang dibuai mimpi terus tersentak. "Huh! Kenapa ni?" Ezzaq terus bingkas bangun dalam keadaan mamai. Dia benar-benar terkejut. "Apahal korang semua ni?"

"Kau tanya kitorang apahal? Kau tu buat apa kat sini?"soal Azib.

"Tak dapat ke malam tadi?"celah Darryl diiringi dengan gelak tawa.

"Tengkorak kau."kata Ezzaq lalu terus mengangkat bantal dan selimut ke biliknya untuk mandi.

Di dapur, Mimi, Athirah dan Asiah sedang berbincang untuk memilih menu masakan yang akan dihidangkan untuk juadah tengah hari nanti. Mimi mencadangkan untuk masak asam pedas ikan pari kerana dia agak mahir dalam masakan itu memandangkan dia orang Melaka. Asiah pula mencadangkan untuk masak ayam masak sambal hijau. Athirah pula tidak mencadangkan apa-apa kerana bukan gilirannya untuk memasak. Semalam dia sudah masak nasi lemak, hari ini gilirannya untuk tolong potong-potong sayur dan menyiang ikan sahaja. Hari ini dia lebih kepada menternak lemak.

Tidak lama kemudian, Shameen, Dayana dan Qirah turun menyertai mereka yang berada di dapur. "Meen kata dia nak buat desserts."kata Dayana.

"Yepp...kejap lagi aku nak pergi pekan cari barang-barang."kata Shameen.

"Jangan langgar tiang lampu lagi."sindir Darryl yang tiba-tiba muncul dari belakang.

"Bodohhh..."balas Shameen. Darryl hanya tergelak. "Siapa nak ikut aku?"

"Aku."Adam mengangkat tangan.

"Tak payah terlebih muatan. Lain?"

"Me!"kata Qirah.

"Kalau Qirah pergi aku nak pergilah..."kata Dayana namun dia sedar kini syurganya dibawah telapak kaki Azib. Terus kepalanya dipalingkan ke arah suaminya. "Honey...boleh tak?"

Azib melemparkan senyuman manis yang tak berapa nak manis. "Boleh my baby girl..."

Dayana tersenyum tersipu-sipu malu. Dia terus melemparkan 'flying kiss'. Azib hampir terjatuh cuba untuk menangkap 'flying kiss' berkenaan lalu terus disimpan 'flying kiss' itu ke dalam hatinya. Ada yang yang merasakan itu adalah kemanisan sebuah perkahwinan dan ada yang rasa meluat.

"Get a room lah wei."perli Sheikh sambil meniup air milo yang sedikit panas lalu menggoyangkan cawan yang dipegangnya.

-----

Adam sedang khusyuk bermain game menerusi telefon pintarnya. Ezzaq dilihat sedang sibuk ber 'whatsapp' dengan tunangnya begitu juga dengan Sheikh yang sedang tersenyum sendirian ber 'Face Time' dengan tunangnya. Cheng pula tidak habis menjamah roti canainya. Hanya mereka empat orang sahaja yang tinggal di meja yang terletak di sebuah warung, 20 minit dari rumah agam Villa Nabila Huda. Shameen, Qirah, Dayana dan Azib telah beredar dari warung itu dan pergi mencari kedai menjual bahan membuat kek yang berdekatan. Azib memang tidak boleh berpisah dengan Dayana sejak mereka berdua berkahwin. Ke mana sahaja Dayana pergi di situ jugalah akan nampak batang hidungnya sekali. Memang bagaikan belangkas.

Athirah, Asiah, Mimi dan Darryl pula menuju ke pasar basah berdekatan yang terletak kira-kira 5 minit dari warung itu dan 25 minit dari rumah agam mereka. Darryl pada mulanya mahu melepak bersama-sama dengan #teambelumkahwin namun setelah dipaksa Mimi, dia terpaksa akur.

"Korang tak nak balik ke? Aku nak baring."kata Adam. Ezzaq, Sheikh dan Cheng memandang sesama sendiri. Adam sedar dengan perlakuan mereka. "Dah kenapa do korang ni?"

"Adam, kau nak tau tak semalam apa jadi?"soal Ezzaq.

Adam terus menghentikan permainannya. Matanya kini tidak lagi tertumpu kepada skrin telefon pintarnya. "Amenda do?"

Ezzaq memandang Sheikh. Sheikh terus memulakan cerita. "Cheng kena kacau."kata Sheikh sambil meniup perlahan milo panasnya.

"Kena kacau? Dengan siapa? Wan Peah?"kata Adam menyindir sambil tergelak. "Mengarut ah korang ni. Aku pukul 3 baru tidur semalam. Rileks je. Tak de pun nak kena kacau."

"Oh...cakap besar... Kita tengok malam nanti siapa yang kena."kata Ezzaq yang jelek dengan sikap Adam yang suka bercakap besar. Sheikh hanya memerhati sambil menghirup perlahan milo panasnya manakala Cheng entah kenapa tiba-tiba wajahnya memaparkan riak kerisauan barangkali mengingatkan peristiwa semalam.

Adam berlalu pergi. Katanya mahu ke kedai runcit mini untuk membeli cekedis kerana tiba-tiba cekedisnya yang disimpan di dalam beg berkurangan seperti telah dicuri. Ezzaq hanya pura-pura terkejut mendengarnya sedangkan dia tahu siapa yang merembat cekedis-cekedis berkenaan. Kereta Vios Cheng dipinjam kerana jarak antara warung itu ke kedai runcit mana agak jauh sekiranya berjalan kaki.

"Assalamuaikum."sapa seorang lelaki pertengahan usia memakai kemas kurta berwarna coklat cair berserta kopiah tidak lama setelah Adam beredar dari warung itu. Ezzaq dan Sheikh menjawab salam lalu mereka berjabat tangan. "Anak-anak semua ni, dari mana?"

"Kami dari Cheras."balas Sheikh yang sedang meniup milo panasnya.

"Oh..Saya dulu duduk Bangi."kata lelaki pertengahan usia itu. "Hashim! Cam biasa teh tarik kurang manis!"teriaknya kepada seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya diyakini pemilik warung itu. "Datang Janda Baik bercutilah ni?"

Ezzaq mengangguk. "Kami buat reunion. Jumpa kawan-kawan lama balik. Sebenarnya ramai lagi tapi yang lain semua pergi kedai, pasar."

Lelaki itu mengangguk faham. "Saya Haji Mahdi, panggil je Ustaz Mahdi."lelaki itu memperkenalkan dirinya.

"Saya Ezzaq, ini Sheikh dan yang sebelah tu Cheng."balas Ezzaq. "Eh, Ustaz. Duduklah."pelawa Ezzaq.

Ustaz Mahdi terus menarik kerusi lalu duduk di hadapan Ezzaq. Tidak lama kemudian, Pak Hashim hadir dengan secawan teh tarik kurang manis. "Anak semua ni duduk mana?"

"Villa Nabila Huda."balas Ezzaq.

Ustaz Mahdi tersentak. Begitu juga Pak Hashim yang kebetulan baru meletakkan cawan teh tarik kurang manis yang dipesan Ustaz Mahdi. Mereka berdua saling berpandangan. "Villa...Nabila Huda?"

Ezzaq dan Sheikh mengangguk. "Kenapa Ustaz?"

Ustaz Mahdi hanya membisu seketika. "Berapa lama kamu semua duduk situ?"

"Dalam tentatif 4 hari 3 malam. Malam semalam baru malam pertama."balas Ezzaq.

Pak Hashim terus menarik kerusi lalu duduk di sebelah Ustaz Mahdi memandangkan anak saudaranya, Ahmad Maslan sudah pun tiba untuk mengambil-alih. "Lambat betul engko hari ni Lan, isap gam ke apa."

"Maap ler Pak Ngah oi. Ada koje sikit tadi."balas Ahmad Maslan.

"Aku tau ler engko ni suka buat dua kerja tapi jangan ler kau pikir aku ni bapak sedara engko ko ley suka hati je nak datang kerja pukul berapa. Aku potong gaji baru tau."

"Maap Pak Ngah." Ahmad Maslan memohon ampun lalu terus melaksanakan tugasnya di warung itu.

Pak Hashim terus kembali fokus dengan diskusi yang sedang berlaku. "Pak cik rasa, kamu semua ni kena cepat-cepat keluo dari rumah tu. Rumah tu berpuaka!"kata Pak Hashim.

"Berpuaka?"soal Sheikh sungguhpun dia tahu rumah agam itu memang 'sesuatu' setelah insiden yang berlaku kepada Cheng malam semalam. Namun Sheikh mahu menggali lebih dalam berkenaan dengan kisah rumah agam itu.

Ustaz Mahdi tidak mahu menakut-nakutkan mereka namun dia harus memberi tahu perkara sebenar kepada mereka. "Sebenarnya, rumah agam tu dulu...."

The Tahlil: Misteri Villa Nabila HudaWhere stories live. Discover now