BAB 11: USTAZ SUFFIAN

499 59 0
                                    

"Apa jadi do?"soal Adam yang masih mamai dari lenanya. Dia perlahan-lahan membangkitkan tubuhnya. Entah kenapa dia merasakan sendi-sendinya begitu sakit seperti baru lepas mengangkat sebuah kereta Kancil.

Azib sedikit tersentak. Telefonnya yang mengeluarkan bunyi "pika pika...pika pika..." terus di silent kan.

"Kau layan Happy Polla ke, bhai?"soal Adam sambil memicit-micit kepalanya yang sedikit pening.

"Kau okay tak Dam. Tadi kau pengsan lepas kena rasuk..."soal Azib yang cuba untuk menukar topik.

Adam tersentak. "Kena rasuk... bapak ah...Serious ah?" Adam seperti tidak percaya. Dia benar-benar tidak ingat langsung tentang kejadian rasuk itu. Ingatan terakhirnya adalah apabila dia meminta bantuan daripada Asiah sebelum kakinya ditarik dan menyebabkan dia pengsan.

Dayana yang menuju ke bilik untuk memanggil suaminya makan tengah hari sedikit terkejut melihat Adam sedang duduk di atas katil. "Adam, kau dah sedar?"soal Dayana. Kejadian yang berlaku tadi membuatkan dia sedikit gerun dengan Adam. "Honey...jom makan. Makanan dah siap."kata Dayana.

Azib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi mahogani terus bingkas berdiri. Perutnya memang sedang lapar. Dia memandang sepupunya. "Jom ah Adam, turun makan sekali."pelawa Azib.

Adam terus bangun memandangkan dia memang sedang lapar. Sebelum dia pengsan, memang dia berhajat untuk mengisi perutnya. Dia terus mengikuti Dayana dan Azib menuju ke ruang makan.

"Ustaz tidur sini, orang rumah tak bising ke?"soal Ezzaq yang mahu mengenali lebih rapat Ustaz itu.

Ustaz Suffian hanya melemparkan senyuman. "Saya belum berkahwin. Belum sampai jodoh lagi."katanya sambil tergelak kecil.

"Kira memang single and available lah ni?"soal Ezzaq bagi mendapatkan kepastian sungguhpun dia yakin bahawa lelaki itu masih bujang. Umur lelaki itu juga tidak jauh beza dengannya. Barangkali hanya tua dua atau tiga tahun.

Sekali lagi Ustaz Suffian tergelak kecil. "Nampak gayanya gitulah..."

Ezzaq pula yang tersenyum. "Dekat sini ada dua bunga belum dipetik... manalah tahu kalau Ustaz terjumpa jodoh dekat sini."kata Ezzaq yang merujuk kepada Asiah dan Athirah yang masih belum berpunya.

"Saya datang ke mari pun atas urusan lain...bukan untuk cari jodoh..."balas Ustaz Suffian.

"Tapi sambil menyelam, minum air apa salahnya kan Ustaz?"kata Ezzaq lalu diiringi dengan gelak tawa. Ustaz Suffian menyertai gelak ketawa itu lalu matanya memandang Athirah yang sedang menghidangkan lauk juadah makan malam. Dia semacam berminat dengan Athirah.

Adam yang baru keluar dari bilik terus mengambil pinggan lalu menceduk nasi sebukit. Kesemua yang berada di ruang makan itu terkejut sambil memerhati gerak geri Adam. Adam kemudian menuju ke meja lalu meletakkan pinggannya yang berisi nasi. Kepalanya kemudian memandang semua orang yang sedang memberi pandangan pelik kepadanya. "Dah pahal semua pandang aku camni?"

-----

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Sheikh baru sahaja naik ke bilik setengah jam yang lalu meninggalkan Ezzaq dan Ustaz Suffian yang sedang berborak di ruang tamu. Ezzaq mula menguap. Matanya mula kelat. Matanya sudah tidak dapat bertahan lagi. "Ustaz...saya naik tidur dululah Ustaz."

Ustaz Suffian mengangguk faham. "Jangan lupa basuh kaki, baca doa sebelum tidur."pesannya.

Ezzaq mengangguk faham.

Setelah hampir dua puluh minit Ezzaq melelapkan matanya. Ustaz Suffian pula ke tandas untuk mengambil wuduk. Sedang khusyuk dia mengambil wuduk, tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu yang berjalan dibelakangnya. Dia memalingkan wajahnya ke belakang. Namun, dia tidak menjumpai sesiapa. Akan tetapi, dia benar-benar yakin ada sesuatu di belakangnya sebentar tadi. Dek kerana masih tidak berpuas hati, Suffian melangkah sedikit menuju ke pintu bilik air yang memang dibiarkan terbuka. Pintu dikuak perlahan. Kepalanya dijengah keluar, tiada sesiapa.

Ustaz Suffian tidak menghiraukan perkara itu. Dia terus menyambung mengambil wuduknya. Usai mengambil wuduk, dia terus membentangkan sejadah yang dipinjam dari Ezzaq. "Allahuakbar!" Ustaz Suffian mengangkat takbir. "PANGGG!" Sebuah pasu pecah seperti sengaja dihempas dengan kuat. Ustaz Suffian cuba untuk tidak menghiraukan gangguan itu. Dia menyambung solatnya. "HEHHEEHEHEHH!"

Ustaz Suffian tersentak. Satu suara nyaring baru sahaja gelak betul-betul pada telinga kirinya. Bulu romanya mula meremang. "TAKUT KEEEEE? HIHIHIHIHI"suara itu datang kembali. "BUKKK!!" Tubuh Ustaz Suffian rebah setelah ditendang oleh seseorang dari belakang. Tubuhnya kini terlentang ke atas sejadah.

Ustaz Suffian bingkas bangun. Dia kemudian memalingkan wajahnya ke belakang. "Athirah?!" Ustaz Suffian benar-benar terkejut. Dia yakin Athirah telah dirasuk setelah mata putihnya sudah tidak kelihatan. Semuanya hitam. Ustaz Suffian membaca beberapa surah. "Allahuakbar!" Namun, usahanya sia-sia. Athirah masih lagi dirasuk. Dia mengulanginya beberapa kali dan akhirnya Athirah pengsan menandakan makhluk itu sudahpun keluar dari tubuh Athirah.

Suffian kemudian terlihat Zahara berjalan pantas dari ruang koridor rumah. Dia terus mengejar pantas Zahara. Sehinggalah dia kini berada di luar rumah. Dia terus mengejar Zahara sehinggalah ke sebuah kawasan paya. Dia memalingkan wajahnya 360 darjah dan dia terlihat beberapa individu dari celah semak sedang memerhati ke arahnya. Ustaz Suffian benar-benar terkejut. Dia tidak pernah menyangkakan perkara ini akan berlaku. Dalam keadaan separa terkejut, dia terus menghantar pesanan teks mesej dengan pantas. "BAKKK!" Bahagian belakang Suffian dihentak kuat. Pandangan Suffian mulai kabur namun dia cuba untuk lari menyelamatkan diri.

Namun, kakinya ditarik Zahara membuatkan rebah ke paya menyebabkan seluruh tubuhnya basah. Zahara tersenyum menyeringai. Mulutnya terbuka luas menampakkan gigi-giginya yang tajam dan runcing. Dan pada malam itu, Suffian telah dijadikan sebagai makan malam buat Zahara.

10 votes untuk bab seterusnya. Terima kasih.

The Tahlil: Misteri Villa Nabila HudaWhere stories live. Discover now