BAB 5: CHENG

605 35 2
                                    

"Rumah ni ada 15 bilik. Semua bilik dalam rumah ni tuan rumah dah kemas siap-siap. Korang pilihlah ya nak tidur mana."kata Asiah yang baru keluar dari tandas. Entah kenapa perutnya asyik memulas sahaja hari ini. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan makanan yang dibelinya di RnR sebelum dia tiba di sini.

"Yang lelaki bujang tingkat bawah. Yang perempuan bujang tingkat atas. Yang dah kahwin tu tingkat atas sekali ada tiga bilik family room. Pilihlah yang mana suka."tambah Athirah. Dia dan Asiah sahaja yang tahu serba sedikit tentang selok belok di dalam rumah agam ini memandangkan mereka berdua yang menguruskan bahagian penginapan untuk reunion ini. Sungguhpun begitu, Asiah dan Athirah langsung tidak pernah berjumpa dengan pemilik rumah agam ini. Mereka berurusan secara atas talian. Setelah pembayaran deposit dilakukan, kunci rumah agam ini dihantar ke rumah Asiah dengan perkhidmatan pos. Selepas mendapat kunci, baru Asiah membuat bayaran penuh iaitu sebanyak RM400 untuk empat hari.

"Aku cop family room satu."kata Adam sambil mengangkat barang-barangnya.

"Ah takde...pergi mampus tu bilik aku dengan Asiah."kata Athirah.

"Engkorang nak buat scissors ke pe..."kata Adam selamba sambil mengunyah sebatang sosej.

Asiah terus menyepak kaki Adam sehingga Adam jatuh terjelepuk ke lantai. Nasib baik lantai tidak retak. Adam meronta-ronta meminta tolong cuba untuk bangun. Dia menjerit meminta bantuan namun tiada sesiapa yang hadir membantu. Ezzaq yang berasa simpati mahu menghubungi JPAM, tapi baru tersedar telefonnya di dalam bilik dan dia malas untuk pergi mengambilnya. Ezzaq hanya mampu berdoa untuknya. #Pray4Adam

-----

"Darryl mana? Dah tidur ke?"soal Ezzaq yang sedang menghirup teh buatan tunangnya lalu mencelup biskut kering ke dalam cawan sebelum menjamahnya. Jam menunjukkan 1 pagi. Di ruangan makan, terdapat sebuah meja makan yang panjangnya boleh memuatkan 12 buah kerusi. Di ruangan makan itu hanya ada Ezzaq, Syaqirah, Sheikh, Mimi dan Shameen. Yang selebihnya semua sudahpun dibuai mimpi ataupun sedang merehatkan diri di dalam bilik masing-masing.

"Dah tidurlah tu agaknya. Sebelum aku turun nak minum air dia dah baring siap siap berselimut bagai."kata Mimi. Dia kemudian bangun. "Aku rasa nak pergi tidur dululah. Mengantuk pulak."

"Goodnight Mimi."ucap Qirah sambil melambaikan lembut tangannya.

Shameen pula bangun sambil menguap. Dia menggosok-gosok matanya. "Aku pun nak naik tidur dululah. Dah mengantuk af..."kata Shameen. "Ni Sheikh, aku nak pesan make sure diorang gi tidur dulu baru kau gi tidur. Kan pebenda diorang buat nanti."

"Bodohhh Meen...Aku tak gelojoh cam kau."kata Ezzaq disertakan dengan gelak. Shameen hanya membalas dengan tawa lalu terus berlalu menuju ke biliknya.

"Mesej dengan siapa tu Sheikh?"soal Ezzaq yang tidak habis menghirup air teh dan mengunyah biskut kering.

"Si dia...Hehehe..."kata Sheikh. "Tiba-tiba ada line pulak. Pagi tadi susah tul nak dapat line. Ni ada cepat-cepatlah aku mesej dia."kata Sheikh.

"Kenapa tak ajak je dia?"soal Qirah.

"Dia taknak... Nanti awkward..."kata Sheikh. "By the way, dia kata dia macam pernah dengar nama Villa Nabila Huda ni..."

"Huh? Deng-"Ezzaq tidak dapat menghabiskan kata-katanya setelah ternampak kelibat Cheng sedang berlari dari tingkat bawah dalam keadaan cemas.

"Cheng are you okay?!"soal Qirah kerisauan.

Sheikh terus pergi mendapatkan Cheng yang sedang dalam keadaan tercungap-cungap. "What happened?"soal Sheikh.

Ezzaq terus menyuruh tunangnya untuk mengambil segelas air. Tidak lama kemudian, Qirah hadir dengan segelas air masak. "Nah Cheng..." Qirah menghulurkan gelas itu kepada Cheng. Cheng terus meneguk laju air berkenaan.

"Tell us what happened."kata Sheikh.

Cheng mengambil nafas. "Sebenarnya...."

-----
Cheng terus menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Penat sungguh dia hari ini. Sudahlah dia perlu memandu dari Kajang ke Janda Baik. Setibanya dia di Janda Baik, disuruhnya pula untuk ke pekan membeli barang-barang untuk barbeku dan lauk tengah hari esok. Dan pada sebelah malam, disuruhnya pula untuk menguruskan bahagian barbeku. Nasib baik Ezzaq, Sheikh dan Azib tampil membantu.

Cheng cuba untuk melelapkan matanya. Namun, peristiwa yang berlaku pagi tadi masih menghantuinya. Dia masih gagal melupakan makhluk yang dilihatnya pagi tadi. Seorang wanita tua berpakaian serba putih. Berhidung mancung seperti mempunyai baka Yahudi. Matanya yang sepet. Entah kenapa Cheng merasakan wajah makhluk itu tidak ubah seperti wajah Valak yang digambarkan di dalam filem Conjuring 2. Buat kali yang entah ke berapa bulu roma Cheng meremang. Cheng terus menutup rapat matanya setelah makhluk yang dia nampak siang tadi kini sedang baring merenung tajam ke arahnya.

Cheng menutup rapat matanya. Cheng tahu 'benda' itu sedar bahawa dia telah melihatnya. Setelah menutup mata, Cheng terus memalingkan wajahnya ke arah lain. 'Benda' itu terus menepuk-nepuk punggung Cheng. "Tidurlah...Tidurlah...Shhh...Shhh..."bisik makhluk itu. Peluh yang berbintik kini mencurah-curah keluar. Cheng sudah terkaku. Cheng terus mengambil langkah drastik. Dia terus membuka langkah seribu.

-----

"Benda tu... dah mula buat kacau..."kata Ezzaq penuh kerisauan. Dia yang sedang berdiri menundukkan kepalanya. Dia termenung seketika.

"So kita nak buat apa sekarang?"soal Sheikh yang sedang duduk di sebelah Cheng. Ezzaq hanya membisu. Dia tidak tahu sama ada dia patut memaklumkan perkara ini kepada semua ataupun berdiam diri sehingga mereka tahu sendiri.

"Benda apa ni?"soal Qirah.

"Perempuan tua, pakai tudung labuh dengan baju putih..."maklum Ezzaq. "Saya dengan Cheng pernah nampak 'benda' tu... Tapi tak sangka 'benda' tu akan kacau kita..."

"Sheikh, can i sleep with you tonight?"soal Cheng.

"Sure..."Sheikh terus bersetuju memandangkan dia sendiri pun takut untuk tidur bersendirian. "Aku rasa aku pergi tidurlah..."kata Sheikh. Sheikh terus bangun berjalan bersama Sheikh menuju ke bilik Sheikh meninggalkan Qirah dan Ezzaq di ruangan makan itu.

"You okay?"soal Ezzaq.

Qirah hanya membisu. Wajahnya tampak jelas ketakutan dan kerisauan.

"Kalau takut nak tidur seorang nanti i'll try ask Meen. Mesti dia bagi punya tidur dengan dia."kata Ezzaq.

"No...i tak nak kacau dia. Dia dah tidurkan. It's okay. I can sleep alone."kata Qirah namun Ezzaq tahu gadis itu masih dalam ketakutan.

"Tak apa. I'll sleep outside your room okay."

"Eh...no-"

"Shhh! Dah jom. Nanti 'benda' datang dekat kita pulak."

Qirah hanya akur.

The Tahlil: Misteri Villa Nabila HudaWhere stories live. Discover now