BAB 2: MIMI & DARRYL

845 45 4
                                    

"Betul ke waze tu?"soal Darryl skeptikal. Sudah hampir tiga jam perjalanan mereka namun masih tidak tiba ke destinasi.

"Betullah takkan saya nak tipu abang pulak. Aik! Lost signal lak! Bodo punya phone!" Mimi mula stress. Telefon pintar buatan Jepunnya diketuk-ketuk ke dashboard.

"Yang awak pergi ketuk benda alah tu dah kenapa."Darryl pula stress dengan perlakuan isterinya. Sudahlah sesat, terpaksa berhadapan dengan isterinya yang seperti hilang pedoman.

"Ishhh! Ni Along punyalahh... Angah bagilah!" Anak sulung Mimi dan Darryl, Dami cuba merampas tablet jenama Samsung dari adiknya yang baru berusia enam tahun.

"Asyik Along je main! Angah nak main jugak! Mak! Tengok Along ni!" Miryl mengadu nasib kepada emaknya.

"Angah! Kecohlah kau ni!" Dami bengang dengan tindakan adiknya lalu terus menghadiahkan satu penumbuk tepat ke kepala Miryl.

"Aduh sakitlah! Mak Along tumbuk Angah!"

"Eh korang berdua boleh senyap tak sebelum aku sepak muka sorang-sorang?!" Mimi sudah hilang sabar dengan perlakuan anak-anaknya. "Dah bak sini tablet tu!" Mimi terus merampas tab dari anak-anaknya.

Dami dan Miryl terus duduk di tempat masing-masing kerana takut akan emak mereka. Miryl terus menepuk Dami. Dami membuat serangan balas.

"Aku kata sudah! Sudah!"teriak Mimi. Kedua-dua anaknya terus terduduk kaku.

"Awak ni, cubalah jangan garang sangat dengan anak-anak." Darryl cuba menasihati isterinya. "Kesian saya tengok diorang tu. Asyik kena marah je."

"Awak sendiri tengok perangai diorang tu macam mana. Besar kecik besar kecik je saya tengok. Tu nasib baik saya tak naik tangan kalau tak ada yang berbirat muka."

Darryl hanya mampu menggeleng.

"Hah! Boleh pun!"teriak Mimi kegirangan setelah aplikasi dari Israel, Waze itu telah berjaya dibuka tanpa gangguan signal menerusi tablet yang dirampas dari anak-anaknya.

-----

"Tengok pengantin baru dah sampai."kata Athirah. "Berseri-seri muka."

Dayana hanya tergelak kecil. "Berserilah sangat."

Di ruang tamu, Adam, Azib dan Ezzaq sedang berbual-bual santai sambil menghirup teh buatan Qirah. "Terima kasih awak."ucap Ezzaq kepada Qirah sebelum gadis itu berlalu pergi.

Pelbagai topik yang diborakkan, bermula dengan mengutuk kerajaan, kisah di bangku sekolah sehinggalah perkembangan terkini masing-masing.

"Mimi, Darryl, Shameen je yang belum sampai. Yang lain semua dah ada."kata Ezzaq.

"Aku nampak kau, Qirah, Athirah je. Asiah, Sheikh dengan Cheng mana?"soal Adam.

"Asiah tengah berak. Cheng dengan Sheikh keluar pergi kedai pergi beli barang-barang untuk BBQ malam nanti."balas Ezzaq. "Kau macam mana Adam sekarang? Makin masyuk sekarang aku tengok dengan business videography kau."

"Gila tak masyuknya. Dengan sedara sendiri pun caj buat video montaj kahwin sampai RM2,000. Mintak diskaun kasi RM1,999. Palabapak."getus Azib.

"Sedara tak sedara. Business is business. No money no talk. Sila meninggal."kata Adam diiringi dengan gelak.

"Engko dari dulu tak habis-habis makan duit rakyat ye Dam... Dulu Tuhan dah bagi petunjuk pun tak reti nak insaf."seloroh Ezzaq.

"Tulah, semput-semput dah nak mati pun sempat selfie."tambah Azib. Mereka bertiga gelak berdekah-dekah.

-----

"I have bad feeling lah about that mansion..."kata Cheng. Tangannya sedang membelek-belek botol sos.

Sheikh yang sedang menyemak senarai barang-barang pada telefon pintarnya terus memalingkan wajahnya ke muka Cheng. "What mansion? Villa Nabila Huda?"

"Ya laa... i sampai sampai je terus meremang bulu roma. Dahlah in the middle of nowhere tempat tu. Nak pergi mini market ni pun took almost an hour."tambah Cheng lagi.

"Kannn... situ signal telephone memang susah nak dapat. 2km sebelum masuk kawasan mansion tu network terus unavailable. Then kejap kejap ada kejap tak ada."kata Sheikh. Namun dia cuba untuk bersikap positif. "It's okaylah kut. Three nights only. Plus interior mansion tu not bad actually."

"Yeah... a little bit victorian style... the surrounding pun okay just...to far from town. Lagipun masa i sampai je mansion tu i saw something..."

"You saw what?"

Cheng membisu. Dia tidak pasti sama ada mahu memberitahu atau terus mendiamkan perkara itu. "Nevermind..."kata Cheng yang tidak mahu untuk memperbesar-besarkan perkara ini.

Sheikh hanya mengangguk faham. Dia tidak mahu memaksa.

The Tahlil: Misteri Villa Nabila HudaWhere stories live. Discover now