BAB 10: TIADA JALAN KELUAR

496 63 0
                                    

"Kau tak boleh keluar Meen. Bahaya. Selagi benda tu tak dibuang dari badan kita selagi tulah benda tu akan melekat dekat kita. Kau nak ke bawak balik benda tu dekat dengan anak kau?"terang Ezzaq. Dia memang benar-benar mahu menghalang Meen untuk keluar dari rumah agam itu kerana tindakan itu hanya akan mengundang perkara yang buruk terhadap Meen.

"Aku tak boleh do. Aku terpaksa. Kau tau jerlah laki aku tu macam mana. Bila aku call beritahu pasal Adam kena rasuk dia terus suruh aku balik."kata Shameen yang sedikit hampa dengan paksaan suaminya. Dia mahu sahaja mengingkari arahan suaminya namun dia sedar, syurganya kini di bawah telapak kaki suaminya.

Qirah yang sedang duduk disebelah Shameen cuba untuk memujuknya. "But it's dangerous... Takkan nak biarkan benda tu dekat dengan Sharmizan..."

"I'm sorry...but aku kena pergi..."kata Shameen lalu terus menarik bagasinya keluar menuju ke but keretanya. Dengan bersungguh dia mengangkat bagasi lalu meletakkannya ke dalam but Mini Coopernya. Ezzaq dan Qirah hanya memandang sesama sendiri penuh kerisauan.

"Kita nak buat apa ni?"soal Qirah kerisauan.

Ezzaq hanya menggeleng perlahan. Dia membisu kerana tiada jawapan yang sesuai untuk diberikan. Shameen terus menghidupkan enjin keretanya lalu menekan hon dua kali sebagai tanda ucapan 'Selamat Tinggal' sebelum meluncur laju meninggalkan kawasan rumah agam itu.

-----

"Benda ini boleh membunuh tak Ustaz? Sebab saya dengar orang Melayu selalu cakap tak payah takut hantu semua sebab mereka tak boleh bunuh kita."soal Cheng.

"Benda itu sendiri tidak boleh membunuh. Tapi, dia boleh jika dia menggunakan tubuh badan orang lain misalnya macam apa yang berlaku kepada Adam tadi, makhluk yang merasuk tubuh Adam tadi boleh sahaja mengambil pisau dan menikam tubuh orang-orang disekelilinginya."balas Ustaz Suffian.

Cheng dan Sheikh mengangguk faham. Sungguhpun Cheng dan Sheikh tidak sombong dan mudah diajak berbual, namun Suffian masih rasa kurang selesa kerana seperti ada sesuatu yang sedang memerhatikannya.

-----

"Nasib baiklah aku tak bawak anak-anak aku Thirah..."kata Mimi sambil mengusap-usap rambut Darryl yang sedang terlena di bahu Mimi.

"Balik ni memang aku terus packing barang. Tak sanggup aku nak duduk dekat rumah tu lagi."kata Athirah yang sedang memandu Nissan Serena Darryl. Wajahnya dipalingkan ke arah Asiah. "Asiah, kau okay tak?"

Asiah hanya membisu kerana suaranya hilang akibat menjerit dengan kuat tadi. Dahinya pula ditampal koyok. Tubuhnya diselubungi dengan kain selimut milik Dami yang tertinggal di dalam but kereta.

"Eh itu bukan kereta Meen ke?"soal Mimi yang terlihat sebuah kereta Mini Cooper merah yang baru sahaja berselisih dengan keretanya.

"Eh ha'ahlah. Laju pulak tu dia bawak. Takkan dia balik kut."kata Athirah.

Mimi hanya mengangkat bahu.

-----

"Malam ni kita semua tidur satu floor. Dayana, Qirah, Asiah, Athirah satu bilik." Ezzaq memandang Azib. "Boleh tak bini kau tidur dengan diorang? Ke kau tak boleh tidur tanpa jadikan dia bantal peluk?"

"No...aku okay. Lagipun aku nak jaga Adam malam ni."kata Azib yang mahu menjaga sepupunya yang masih belum sedarkan diri lagi.

"Okay great. So lelaki semua tidur sebilik, perempuan sebilik and Mimi Darryl sebilik."kata Ezzaq. Dia membiarkan Mimi dan Darryl sebilik kerana dia merasakan Darryl memerlukan jagaan penuh dari Mimi memandangkan kepalanya baru sahaja dicium dengan kerusi kayu jati.

Ezzaq mahu mengumpulkan semua tetamu rumah ini di satu tingkat yang sama kerana merasakan itulah yang paling selamat. Tingkat di mana terletaknya bilik Adam dibiarkan kosong. Ezzaq meletakkan mereka semua di tingkat di mana terletaknya bilik Mimi dan Darryl, Athirah dan Asiah, serta Dayana dan Azib kerana bilik-bilik di atas semuanya mempunyai keluasan yang agak besar. Qirah dan Dayana akan tidur di bilik Athirah dan Asiah manakala di bilik Azib, Adam akan dialihkan ke situ dan malamnya bakal ditemani oleh Ezzaq, Cheng dan Sheikh. Bilik Mimi dan Darryl pula tidak diusik dan penginapnya ialah orang yang sama.

"Ustaz Suffian?"soal Sheikh.

Ezzaq benar-benar terlupa tentang Ustaz Suffian. "Ustaz...tak kisah ke saya letak dekat bilik bawah?"soal Ezzaq.

Ustaz Suffian hanya tersenyum. "Tidak mengapa. Mana-mana pun saya boleh tidur. Lagipun malam ni saya bercadang nak qiamulail. Dekat sini..."

Ezzaq mengangguk faham.

-----

Menurut Waze, Shameen sudahpun berada 10 kilometer jauh dari rumah agam itu. Dia sedikit sebanyak berasa lega namun peratusan kerisauan masih mendapat tempat di dalam hatinya. Dia dalam fikirannya dihujani persoalan. Apakah bayang hitam itu masih mengikutinya? Jika ya, adakah bayang hitam itu sedang berada di belakang menjadi penumpangnya? Shameen menggeleng pantas. Dia terus berfikiran positif. Telefon pintarnya tiba-tiba berdering. Panggilan dari suaminya. Dia cuba untuk mengambil telefon pintarnya. Namun dia sempat mengerling ke arah depan. Seorang wanita tua bertubuh tinggi berpakaian serba putih melintas perlahan di hadapannya. Zahara melemparkan senyuman menyeringai. Shameen yang terkejut cuba untuk mengelak. Dia terus membelok ke kanan menyebabkan kereta Mini Cooper merahnya terjunam ke dalam gaung.

Bahagian enjin mula mengeluarkan asap yang berkepul-kepul. Shameen bergelut untuk membangkitkan diri. Kepalanya terus diangkat setelah agak lama wajahnya mencium air bag. Bahagian hadapan keretanya habis remuk. Dengan kudrat yang ada, Shameen membuka pintu keretanya. Dia melangkah lemah keluar dari keretanya. Kakinya yang tiada kudrat membuatkan langkahnya hilang kestabilan menyebabkan badannya mencium bumi.

Tiba-tiba, dia terdengar bunyi pergerakan tapak kaki tidak jauh darinya. Shameen dalam keadaan lemah terus meminta bantuan. "Tolong...tolong..." Shameen mengangkat kepalanya. Dia memandang wajah individu itu dan dia seperti pernah nampak dengan pemilik wajah itu sungguhpun dia tidak berapa mengenali individu itu. Shameen terus meminta bantuan namun individu berkenaan hanya melemparkan senyuman sinis. Sebatang kayu diangkat tinggi lalu "BUKKK!" Kayu tersebut dihentakkan ke tempurung kepala Shameen. Shameen tergamam. Darah mula mengalir deras dari kepalanya. Pandangannya mula kabur. Shameen rebah tidak sedarkan diri.

5 VOTES untuk Bab seterusnya. Terima kasih.

The Tahlil: Misteri Villa Nabila HudaWhere stories live. Discover now