BAB 7: KISAH VILLA NABILA HUDA

586 36 1
                                    

Rumah agam Anderson merupakan antara rumah agam terbesar di Janda Baik. James William Anderson merupakan seorang residen British yang ditugaskan untuk mengawal Janda Baik ketika zaman penjajahan British di negeri itu. Rumah agam tersebut merupakan kediaman persendirian milik keluarga Anderson. Setelah British diusir dari tanah ini dan merupakan pengakhiran penjajahan British di tanah ini, rumah tersebut telah diambil oleh kerajaan negeri.

Keluarga Tengku Aziz merupakan sebuah keluarga yang banyak berjasa kepada daerah itu. Bagi menghargai jasa keluarga itu, kerajaan negeri telah menjual rumah agam tersebut dengan harga yang agak rendah dari nilai pasaran yang sebenar kepada keluarga itu memandangkan rumah agam itupun sudah lama terbiar. Sebelum keluarga Tengku Aziz berpindah masuk ke rumah agam itu, isterinya Che Puan Khatijah telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Hal ini menguatkan lagi semangat Tengku Aziz untuk meninggalkan rumah lamanya bagi memulakan hidup baru memandangkan air matanya akan sentiasa mengalir ketika dia berada di rumah lamanya dek kerana terimbau memori dia dan arwah isterinya.

Setelah berpindah ke rumah agam Anderson, Tengku Aziz tidak lagi giat dalam aktiviti kebajikan disebabkan tulang belakang kebajikan ini merupakan arwah isterinya dan faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan. Dua tahun kemudian, Tengku Aziz meninggal.

Tengku Idham yang merupakan satu-satunya pewaris tunggal Tengku Aziz pulang ke tanahair setelah hampir setengah dekad dia menetap di Westminster. Setelah kepulangannya di tanahair, peguam keluarga mereka, Pavindran telah bertemu dengan Tengku Idham. Pavindran memaklumkan bahawa rumah banglonya telah diwakafkan oleh arwah bapanya untuk dijadikan sebagai rumah anak-anak yatim.

Tengku Idham terkejut dan sedikit geram apabila mendengar perkhabaran itu namun hatinya kembali tenang setelah dia dimaklumkan bahawa terdapat sebuah rumah agam yang telah diwariskan kepadanya. Tiada pilihan lain menyebabkan Tengku Idham terus berpindah ke rumah agam Anderson memandangkan dia tidak mempunyai kediaman lain. Dia telah mengupah seorang pekebun untuk membersihkan kawasan rumah agam itu namun pekebun itu menolak dek kerana kawasan rumah agam itu yang agak berjauhan dengan rumahnya. Tengku Idham menawarkan tukang kebun, Mahmud itu sekeluarga untuk tinggal bersama dengannya di rumah agam itu.

Dan ketika itulah Tengku Idham bertemu dengan cintanya, Zahara. Zahara yang merupakan anak tunggal Mahmud dan isterinya Munah. Munah dan Zahara merupakan pembantu rumah di rumah itu manakala Mahmud merupakan tukang kebun dan pemandu kepada Tengku Idham. Setahun kemudian, Mahmud dan Munah telah dijumpai mati dalam keadaan ngeri. Munah dijumpai mati lemas di sebuah paya berdekatan dengan rumah agam itu manakala mayat Mahmud dijumpai perutnya dirodok oleh sebatang dahan pokok.

Beberapa minggu selepas insiden itu, Tengku Idham dan Zahara berkahwin dan beberapa tahun selepas itu, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata kembar, Nabila dan Huda. Dan sejak hari itu, nama rumah agam itu telah diubah dari Rumah Agam Anderson kepada Villa Nabila Huda.

-----

"Laaa... kembar rupanya Nabila dengan Huda. Ada dua orang rupanya. Tapi apa yang membuatkan rumah tu berpuaka?"soal Ezzaq.

Ustaz Mahdi memandang Pak Hashim. Kemudian memandang semula ke muka Ezzaq. Dia kemudian menyambung ceritanya.

-----

Tengku Idham telah ke Kuala Lumpur ketika itu meninggalkan anak kembarnya Nabila dan Huda yang baru berusia 5 tahun ketika itu bersama isterinya Zahara. Tiga hari sahaja. Dalam masa tiga hari dia pergi. Hidup Tengku Idham terus berubah 360 darjah setelah kepulangannya ke kediamannya. Dua buah teddy bear yang dibelikan untuk anak kembarnya terlepas dari genggaman setelah melihat tubuh Nabila dan Huda sedang terbaring lemah longlai. Ustaz Mahdi sebak. Dia hampir menangis.

-----

"Boleh tak kalau saya nak elak dari cerita tentang keadaan anak kembar tu?"soal Ustaz Mahdi. Dia tak sanggup untuk meneruskan cerita berkenaan mayat Nabila dan Huda yang baginya agak ngeri dan menyedihkan untuk diceritakan.

Ezzaq dan Sheikh mengangguk. "Kami faham Ustaz."kata Ezzaq.

Ustaz Mahdi menghirup teh tarik kurang manisnya. Lalu dia menyambung penceritaannya.

-----

Tengku Idham terduduk. Kakinya sudah tidak mampu berdiri. Dia amat sedih melihat keadaan anak kembarnya. "Zahara!"teriak Tengku Idham memanggil nama isterinya.

Tidak lama kemudian, seorang wanita berpakaian serba putih keluar. Tengku Idham memalingkan wajahnya ke arah wanita itu. Wanita itu ialah Zahara. Isterinya. "Zahara...kenapa?"soal Tengku Idham sambil menangis teresak-esak. Dia tahu apa yang telah berlaku kepada anak-anaknya adalah disebabkan oleh isterinya setelah dia terlihat sebilah parang yang berdarah pada genggaman tangan Zahara.

Zahara tidak membalas, sebaliknya dia hanya tersenyum menyeringai. Wajahnya yang cantik persis Izara Aishah terus berubah tidak ubah seperti wajah Valak. Dia mengangkat tinggi bilah parangnya sebelum dilibaskan ke arah Tengku Idham.

-----

"Hah, baiklah Assalamualaikum."Ustaz Mahdi mematikan panggilannya. "Minta maaf ya semua. Ada kecemasan di masjid. Tabung masjid kena pecah. Pergi dulu ya, Assalamualaikum."kata Ustaz Mahdi sebelum berjabat tangan dengan semua yang berada disitu. Dia terus pergi meninggalkan perkarangan warung itu dengan kereta Mercedez Benznya.

"Jadi, perempuan tua yang kita nampak. Perempuan tua yang kacau Cheng semalam tu...Zahara..."kata Ezzaq.

"Tapi kau tak rasa pelik ke? Kan Tengku Idham kena libas dengan parang. Mesti mati en. Then siapa yang cerita semua ni? Zahara?"Sheikh masih sukar untuk mempercayai cerita itu.

"Sape kate Idham tu mati?"celah Pak Hashim yang masih tidak berganjak dari tempat duduk.

"Habistu?"soal Cheng.

"Masa balik dari Kolumpo, Ustaz Mahdi ni yang pandu kereta Tengku Idham. Mase hari kejadian tu Ustaz Mahdi ada sekali. Belum sempat si Zahara tu melibas Idham, Ustaz Mahdi datang... habis semua surah dibacanya, lari jugak akhirnya setan tu. Tapi yang si Ustaz Mahdi pelik tu kenapa lepas dia selamatkan Tengku Idham, Tengku Idham terus lari selamatkan diri dan sampai sekarang masih tak tau kat mana sebenarnya si Idham ni..."jelas Pak Hashim.

"Oh...Jadi Ustaz Mahdi dan Tengku Idham dah lama kenallah?"soal Cheng lagi.

Pak Hashim mengangguk.

"Apa jadi dekat Zahara lepas tu?"soal Ezzaq. Dia benar-benar mahu tahu keadaan sebenar makhluk
yang dia dan Cheng nampak. Apakah ia hantu ataupun manusia?

"Zahara terus menghilangkan diri. Dan bila Ustaz Mahdi kembali ke rumah beso tu...mayat Nabila dan Huda tak ada..."kata Pak Hashim.

The Tahlil: Misteri Villa Nabila HudaWhere stories live. Discover now