BAB 12: DR. ZAIRUL FIKRI

497 36 4
                                    

Tuan Guru Haji Dr. Zairul Fikri merupakan seorang pengasas sebuah pusat perubatan Islam yang berpusat di Bangi. Idea penubuhan pusat perubatan ini tercetus apabila dia dan isterinya sudah tidak mampu lagi untuk ke sana sini seperti zaman mereka muda dahulu semata-mata untuk merawat individu-individu yang diganggu atau dirasuk makhluk ghaib. Jadi, Dr. Zairul dan isterinya, Puan Hajah Adillah Hanim telah bersetuju untuk menubuhkan pusat rawatan Islam agar lebih mudah untuk mereka merawat individu-individu yang memerlukan.

Jika di Amerika Syarikat dahulu pernah ada lagenda, Ed dan Lorraine Warren yang pakar menyelesaikan kes paranormal, di Malaysia pula ada Dr. Zairul dan Ustazah Adillah. Mereka merupakan lagenda di pentas paranormal. Nama pasangan suami isteri sangat terkenal dalam dunia paranormal ini. Sebut sahaja mana-mana perubatan Islam, pasti mereka akan mengenali pasangan suami isteri ini. Mereka juga sering dijadikan sebagai rujukan para-para penuntut universiti yang berminat mengkaji hal berkaitan paranormal. Tambahan pula, sumbangan mereka amat besar dalam dunia paranormal ini dengan penubuhan Pertubuhan Kajian Psikik dan Paranormal Selangor. Mereka sedar usia mereka semakin meningkat dan umur sudah menghampiri kubur. Justeru, bagi meneruskan legasi mereka, dengan tertubuhnya pusat perubatan ini Dr. Zairul dan Ustazah Adillah telah merekrut seramai yang mungkin dalam ilmu berkaitan dengan alam ghaib ini. Antara penuntut mereka yang terawal ialah Ustaz Mahdi, Ustaz Suffian dan bapanya Haji Suhaimi, Ustaz Hafiz, Dr. Benjamin serta satu-satunya penuntut wanita Hajah Mira Filzah.

"Abang, saya risaulah dengan keadaan Suffian."kata Ustazah Adillah penuh kerisauan. Wanita pertengahan usia itu sudah menganggap Suffian itu seperti anak kandungnya sendiri setelah kematian Haji Suhaimi yang telah dibunuh dengan kejam. Sehingga kini, pembunuh Haji Suhaimi masih kekal misteri.

Dr. Zairul hanya merenung ke arah skrin telefon pintarnya yang tertera mesej dari Suffian. Dia kemudian mengangkat pandangannya. Dia menarik nafas dalam-dalam kemudian menghembuskannya. Wajahnya kemudian dipalingkan ke arah isterinya. "Suruh Ustaz Hafiz, Ustaz Aiman Ramli, Rizman dan Shafiq bersiap packing barang-barang. Lepas Zohor kita gerak ke Janda Baik."arah Dr. Zairul kepada isterinya. "Doktor, tolong tengok-tengokkan ya tempat ni sementara saya tak ada..."kata Dr. Zairul kepada Dr. Benjamin.

"Tuan Haji pasti?"soal Benjamin. Dia benar-benar khuatir dengan keputusan yang dibuat Dr. Zairul untuk turun padang memandangkan Dr. Zairul tidak berapa sihat disebabkan faktor usia.

Dr. Zairul mengangguk perlahan. "Saya kena hentikan perkara ini dengan segera. Kalau dibiarkan, lagi ramai yang akan terkorban."tegasnya.

Dr. Benjamin hanya mengangguk faham.

-----

"Athirah! Bangun Athirah!" Mimi menggoncangkan tubuh Athirah beberapa kali sebelum menampar mukanya. "PAP! PAP! PAP!" Tamparan ketiga telah berjaya menyedarkan Athirah dari lena.

Athirah terpinga-pinga. Dia tidak sedar apa yang telah berlaku malam tadi. Kepalanya sedikit pusing. Perlahan-lahan dia cuba bangun. Qirah dan Mimi segera membantu disertai Dayana dan Asiah.

"Kenapa kau boleh tidur dekat sini?"soal Mimi kehairanan.

Athirah hanya menggeleng. Dia sendiri masih bingung. Athirah tidak memjawab sepatah pun. Dia hanya membisu. Dia terus berjalan lemah menuju ke tandas. Mereka semua hanya memerhati dengan perasaan yang pelik dan tertanya-tanya.

Ezzaq pula tercari-cari kelibat Ustaz Suffian. Nak kata sudah pergi, barang-barangnya seperti jam tangan, tasbih dan baju yang dipakai ketika dia datang di sini masih ada di dalam biliknya. Jam menunjukkan 8 pagi. Ezzaq bercadang untuk keluar bagi menjayakan proses pencarian Ustaz Suffian setelah hampir semua pelusuk rumah agam itu telah diterokainya. "Awak sarapanlah dulu."kata Qirah. Ezzaq akur memandangkan perutnya agak lapar.

"Korang memang tak nampaklah Ustaz Suffian sejak pagi tadi?"soal Ezzaq bagi mendapatkan kepastian. Dan seperti sudah dijangka, semua menggeleng. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Athirah. "Kau macam mana boleh tertidur dekat lantai bilik Ustaz Suffian tu?"

Athirah menggeleng. "Aku tak taulah!"balas Athirah sedikit marah. Dia juga masih keliru dengan kejadian semalam dan kini dia dihujani pelbagai persoalan.

Usai makan, Adam ke ruang tamu lalu tidur di atas sofa disertai Darryl yang masih berdenyut kepalanya akibat dihentak kerusi kayu jati. Azib, Sheikh dan Cheng duduk di ruang menonton televisyen. Yang kaum hawa pula sedang mengemas dapur dan ada sebahagiannya sedang duduk di ruang makan membincangkan juadah apa yang hendak dimasak untuk makan tengah hari nanti.

Ezzaq pula keluar dari rumah agam itu bagi meneruskan misi pencarian Ustaz Suffian. "Awak okay ke? Nak saya teman?"soal Qirah.

"Tak apa... i'm okay. Biar saya pergi cari. Awak duduk dalam je okay..."

"Takpa ke?"

"Tak apa..."

"Take care..."

Ezzaq hanya melemparkan senyuman. Dia kemudian terus berlalu pergi setelah memastikan Qirah masuk ke dalam rumah. Hampir lima belas minit juga dia melakukan proses pencarian namun tidak menjumpai sebarang tanda. Dia kemudian melangkah melalui semak-samun untuk menuju ke kawasan paya. Entah kenapa hatinya bagaikan ditarik untuk menuju ke tempat itu. Seperti dipanggil-panggil.

Sekujur tubuh sedang terkulai layu terdampar pada batu-batuan di tepi paya itu. Tubuh itu dalam keadaan yang sangat-sangat mengerikan. Perut jasad itu bagaikan dicarik-carik sehingga terkeluar usus perut. Begitu juga dengan bahagian leher. Jika ditarik sekali pasti kepala dan badan akan terpisah. Ezzaq terkaku. Dia benar-benar tergamam. Baiknya ialah dia telah menjumpai Ustaz Suffian dan buruknya ialah dia hanya menjumpai jasad lelaki itu.

Ezzaq kemudian perlahan-lahan mengundurkan dirinya. Dia bersedia untuk lari menuju ke rumah agam bagi memaklumkan perkara ini kepada yang lain. Namun langkahnya terhenti setelah dia merasakan kakinya terpijak sesuatu yang keras berbentuk segi empat tepat. Ezzaq terus mengalihkan pandangannya ke bawah. Rupa-rupanya objek itu adalah sebuah telefon pintar milik Ustaz Suffian. Telefon pintar itu dalam mod yang tidak berkunci. Dia segera membuka bahagian mesej kerana ada satu teks pesanan masuk dari individu bernama Dr. Zairul yang mengatakan bahawa dia akan ke Janda Baik dan meminta alamat rumah agam Villa Nabila Huda. Ezzaq yang berniat untuk menghantar alamat kepada Dr. Zairul itu terbantut apabila dia terbaca satu pesanan mesej dari Ustaz Suffian kepada Dr. Zairul. Dia benar-benar terkejut dengan isi kandungan mesej itu. Sangat-sangat diluar jangkaannya. Ezzaq terus memalingkan wajahnya untuk ke rumah agam itu. Tanpa sedar, terdapat seorang individu sedang menuju ke arahnya sambil menatang sebiji batu besar separuh topi keledar  "BAKKK!" Satu hentakan kuat sebuah batu ke kepalanya telah berjaya merebahkannya. Ezzaq terus mencium bumi. Dan seperti apa yang telah berlaku kepada Shameen, kepalanya turut mengalirkan darah yang deras. Matanya yang semakin memberat akhirnya terkatup. Ezzaq tidak sedarkan diri.

The Tahlil: Misteri Villa Nabila HudaWhere stories live. Discover now