BAB 18: PENGAKHIRANNYA

526 40 4
                                    

Zahara atau identiti sebenarnya, Lakhas mula merasakan ada sesuatu yang buruk bakal terjadi padanya. Dia entah kenapa merasakan seperti identitinya telahpun terbongkar dan perkara itu hanya akan mengancam kewujudannya. Dia mahu bergerak ke rumah agam Villa Nabila Huda bagi menghalang Ustazah Adillah dari kembali ke Dr. Zairul. Sekiranya Dr. Zairul mendapat tahu tentang namanya, mampus. Dr. Zairul hanya memerhati Lakhas. Lakhas terlihat Mimi yang sedang lemah terbaring diriba Hajah Halimah merupakan isteri Imam Amin Rosli. Dia tersenyum menyeringai lalu terus berubah menjadi kepulan asap hitam dengan pantas menyusup masuk ke dalam tubuh Mimi menerusi mulutnya. Hajah Halimah menjerit ketakutan. Kesemua yang berada disitu tersentak terutama sekali Darryl. Dia benar-benar khuatir dengan keadaan isterinya. Usai berjaya menguasai Mimi, Lakhas kemudian keluar dari tubuh wanita itu. Dia terus pergi menuju ke rumah agam Villa Nabila Huda dalam bentuk kepulan asap hitam.

Tiga orang kampung yang ditugaskan untuk mengiringi Ustazah Adillah ke rumah agam Villa Nabila Huda kini mengetuai perjalanan ke dataran penyerahan dimana suaminya serta orang kampung lain berkumpul. Dia tidak sabar untuk memaklumkan suaminya nama makhluk yang menjadi punca kematian kepada enam puluh sembilan orang penganut ajaran sesat itu. Sesungguhnya dia tidak mahu lebih ramai umat manusia yang tidak bersalah terkorban ditangan syaitan.

Ijat, salah seorang warga kampung memberi cadangan untuk lalu dikawasan paya kerana diyakini laluan itu lebih dekat untuk ke lokasi Dr. Zairul. Kesemua yang berada disitu bersetuju memandangkan memang jika difikirkan secara logiknya laluan berdekatan dengan paya itu lebih cepat disebabkan laluannya tidak berliku-liku. Terlintas difikiran mereka mengapa mereka tidak menggunakan laluan itu semasa mereka hendak menuju ke Villa Nabila Huda. Hampir tiga minit mereka berjalan namun terhenti setelah Koperal Ramona tersentak dan hampir terduduk apabila dia terlihat sesuatu. Koperal Ramona tergagap-gagap bersuara. Dia kemudian menundingkan jarinya ke arah paya. Sarjan Suresh berserta pistol pada tangannya terus mengacukan pistolnya ke arah yang tunjukkan Ramona. Namun, Sarjan Suresh pula hampir hilang keseimbangan. Lututnya mula terketar-ketar.

Mata Ustazah Adillah membungkam. Dia benar-benar, terkejut dan sedih bercampur-baur. Sesusuk tubuh seorang lelaki sedang berdiri dalam keadaan mengerikan. Matanya yang hitam disertakan usus pada perutnya yang terurai dan robekan pada lehernya sudah cukup untuk menaikkan bulu roma sesiapa sahaja yang melihatnya. Pemilik tubuh itu ialah Suffian, seorang lelaki berusia tiga puluh dua tahun yang menjadi punca mengapa Adillah dan suaminya datang ke Janda Baik. Dan melihat dari keadaan, Suffian, Adillah tahu lelaki yang dianggapnya sebagai anak telahpun meninggal dunia. Dia juga tahu makhluk yang sedang menguasai jasad Suffian adalah tak lain tak bukan... Lakhas.

"Aku tahu nama kau!"teriak Adillah.

"EHEHEHHEHE! AKU TAHU ADILLAH! AKU TAHU! DAN DISEBABKAN ITU AKU HARUS LIHAT KAU MATI DI TANGAN AKU!"kata Lakhas yang sedang menguasai jasad arwah Suffian. Dia kemudian berlari ke arah Adillah sambil kuku pada tangannya berubah menjadi runcing. Sarjan Suresh terus melepaskan beberapa das tembakan kepada Lakhas diikuti Koperal Ramona. Namun, dengan sekali tepisan ke tubuh Suresh, lelaki berbangsa India itu terus terpelanting beberapa meter sebelum kepalanya terhantuk pada sebuah batu lalu menyebabkannya pengsan. Ramona turut menerima nasib yang sama cuma bezanya Ramona tidak pengsan. Beberapa orang kampung yang berada disitu terus mengundur beberapa langkah akibat ketakutan. Lakhas terus menerkam Adillah lalu mencekiknya.

Adillah meronta-ronta bergeluk mahu melepaskan diri. Kuku Lakhas yang runcing terus memanjang menusuk sedikit demi sedikit ke dalam leher Adillah. Tudung Adillah mula dibasahi dengan darah pada bahagian lehernya.

"Lakhas!"

Lakhas benar-benar tersentak. Namanya disebut bukan dari mulut Adillah. Sebaliknya, suami kepada Ustazah Adillah iaitu Dr. Zairul. Persoalannya, macam mana Dr. Zairul tahu sedangkan Ustazah Adillah belum sampai lagi ke suaminya. Dr. Zairul hanya tersenyum lalu menunjukkan telefon pintarnya. Rupa-rupanya Adillah telahpun menghantar satu pesanan mesej mengenai nama Lakhas kepada suaminya semasa dia keluar dari rumah agam berkenaan. Lakhas terus berubah memaparkan riak tidak puas hati. Cengkamannya pada Adillah terus dibebaskan. Dia terus cuba menerjah Dr. Zairul namun gagal apabila Dr. Zairul terus beristighfar sebanyak tiga kali diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak sepuluh kali berserta mengalunkan bacaan surah Al-Fatihah dan Ayatul Kursi sebanyak sekali bacaan. Dia kemudian membaca beberapa surah yang disertakan dengan nama Lakhas. Lakhas mula tidak keruan. Tubuhnya terasa panas. Dia terus keluar dari jasad arwah Ustaz Suffian dalam bentuk kepulan asap hitam. Lakhas cuba untuk lari namun sempat dihalang seolah-olah dia kini terikat dek sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Dia terus berubah dari bentuk kepulan asap hitam ke bentuk asalnya iaitu bertubuh seorang wanita tinggi. Memakai baju serba putih disertakan dengan kain sarung menutup kepala tidak ubah seperti Valak cuma bezanya Valak mempunyai elemen hitam pada pakaian manakala Lakhas putih kesemuanya. Dr. Zairul masih terkumat-kamit membacakan doa bagi menghapuskan Lakhas. Lakhas masih bergelut untuk melepaskan diri. Tubuhnya mula retak dan setiap rekahan menyuluhkan cahaya merah. Tidak lama kemudian kesemua rekahan itu meletus melahirkan satu entiti yang baru. Yang lebih mengerikan dan menyeramkan. Sebuah entiti memang sering digambarkab sebagai syaitan. Berhidung runcing. Tubuhnya berwarna merah memang jika dilihat sudah terasa bahang api. Bibirnya berwarna hitam. Bertaring dan telinganya seperti telinga seekor toyol. Cahaya merah menyala menyinari tubuhnya.

The Tahlil: Misteri Villa Nabila HudaWhere stories live. Discover now