BAB 8: ADAM

580 33 1
                                    

Adam sedang terbongkang tidur di atas katilnya. Setelah dia mendapatkan stok cekedis yang cukup dari kedai runcit, dia terus pulang ke rumah agam. Dia memang benar-benar terlupa tentang rakan-rakannya yang masih berada di Warung Pak Hashim. Nasib baik Sheikh juga memandu jika tidak pasti Ezzaq, Cheng dan Sheikh akan pulang ke rumah agam itu dengan berjalan kaki dan dia akan dibelasah cukup-cukup sekiranya Ezzaq dan Sheikh tiba di rumah agam berkenaan.

Adam terbangun kerana perutnya tiba-tiba lapar. Dalam keadaan mamai dia mencapai sebuah beg kanvas yang terkandung cekedis-cekedisnya. Beg kanvas itu diambil dari dalam kereta Cheng disebabkan pemilik kedai runcit itu mengambil inisiatif seperti yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor dan Melaka iaitu mengharamkan penggunaan beg plastik kecuali bayar RM0.20. Namun bezanya kedai runcit ini, bayarlah dua ringgit sekalipun memang tidak akan dapat beg plastik sampai bila-bila. Pemilik kedai runcit mini itu, Mak Hajah Temah Gomez merupakan seorang naturalis tegar dan juga merupakan seorang bekas Naib Bendahari Kelab Cinta Alam Sekitar semasa dia dibangku sekolah menengah hampir dua dekad yang lalu. Namun begitu, dia tetap menggunakan pinggan polisterin dan sudu plastik sekiranya dia mengadakan rumah terbuka

Beg kanvas yang berisi coklat, gula-gula, air kotak, keropok-keropok, biskut dan snek-snek yang terletak di atas sebuah kerusi mahogani itu terjatuh akibat genggaman yang tidak kuat. Adam mendengus. Sambil tubuhnya masih terbaring enak dikatil yang empuk itu, Adam hanya membiarkan tangannya untuk meraba-raba lantai jubin itu bagi mendapatkan beg kanvas berkenaan. Adam tersenyum setelah dia yakini telah berjaya mendapatkan beg kanvas itu. Tanpa melihat, dia terus menarik beg itu namun berat. Entah kenapa dia merasakan tekstur kain pada beg itu agak berbeza namun itu tidak menghalangnya dari dia untuk terus menarik. Malangnya tarikannya yang semakin lemah telah membangkitkan tubuhnya. "Pesal berat sangat ni?!"

Adam terus menarik dengan kedua-dua belah tangannya namun tarikannya terhenti setelah matanya tertancap ke arah sebuah beg kanvas yang terletak di atas sebuah lantai. Itulah beg yang berisi jajan dan menjadi tanda tanya, apa benda yang Adam sedang tarik dengan penuh perasaan itu. Perlahan-lahan Adam memandang ke bawah. "Mmm..makkk..."mulut Adam tidak semena-mena menyebut nama emaknya namun tiada guna kerana emaknya kini sedang berada di Kajang. Katil mula basah dengan cecair air kencing Adam yang terkeluar akibat terlalu takut dengan apa yang sedang dilihatnya. Bau hancing mula menusuk ke lubang hidungnya. Tangannya terkaku masih mengenggam kain yang disangka beg kanvasnya itu. Kain yang ditariknya merupakan kain sarung seorang wanita tua. Dan kepala wanita tua itu merupakan kepala lembaga wanita yang menganggu tidur Cheng semalam. Sejenak, Adam terfikir mungkin inilah makhluk yang diceritakan oleh Ezzaq pagi tadi.

Wanita tua yang persis Valak itu tersenyum menyeringai. Hidung mancungnya yang tajam semakin menonjol. Perlahan-lahan Adam melepaskan genggamannya. Wajah itu masih tidak lekang dengan senyuman. Adam mengerah segala kudrat yang ada untuk terus berlari namun entah kenapa kakinya hilang kekuatan menyebabkan dia merangkak-rangkak keluar sambil menangis. Mulutnya tidak habis-habis menyebut nama emaknya.

"Asiah tolong ambilkan charger aku kat atas."pinta Athirah yang sedang sibuk mengeluarkan ikan pari untuk dicuci. Asiah mengeluh. Dia memang malas untuk melangkah kakinya ke atas. Sungguhpun biliknya dan Athirah bukan berada di tingkat yang atas sekali namun dia perlu melangkah puluhan anak tangga semata-mata untuk mengambil pengecas telefon Athirah. Asiah bukan sahaja pemalas malah dia juga seorang kedekut.

Jikalau mereka masih dibangku sekolah, sudah pasti dia akan menyuruh Darryl. Dan dek kerana tabiatnya, dia hampir menyuruh Darryl namun niatnya terbantut setelah dia terlihat muka Mimi. Terus tidak berani dia berbuat demikian kerana Darryl kini bukan sahaja sudah menjadi suami orang, malah yang lebih menggerunkan, suami Mimi. Masih segar dalam ingatan apabila Mimi mematahkan tengkuk seorang pramugari Air Asia, Kamariah Kardashian yang pernah cuba untuk mengurat Darryl ketika dia sedang sarat mengandungkan anak sulungnya Dami. Mimi ketika itu terus memandu Toyota Hiluxnya dan setibanya dia tiba di lapangan terbang, Mimi terus mencampakkan bagasi seorang pelancong dari Mongolia ke kepala pramugari itu menyebabkan pramugari itu patah tengkuk dan koma selama dua hari. Mujur Kamariah tidak memfailkan saman atau melaporkan kepada pihak polis tentang kejadian itu. Sebaliknya, Kamariah kini telahpun insaf dan meninggalkan kerjayanya sebagai pramugari dan kini telah menjadi pengacara Tanyalah Ustazah di TV9. Asiah mendengus namun dia tetap menurut perintah. Dia terus melangkah kakinya ke anak tangga.

"Asiah...tt..ttolong aku..." Adam memohon bantuan sambil menangis teresak-esak. Di belakangnya terdapat seorang wanita tua sedang turut merangkak sama.

Asiah tersentak. Langkahnya terhenti. Mulutnya tidak mampu mengeluarkan sebarang kata.

"Tolong..."sekali lagi Adam meminta bantuan sambil merangkak-rangkak ke arah Asiah. Adam cuba untuk bangun. "ZAPPP!" Adam yang cuba bangun tersembam ke lantai setelah kedua-dua belah kakinya direntap kuat dan pantas oleh Zahara. "PAPP!" Pintu bilik tertutup sendiri bagaikan dihempas.

Asiah menjerit sekuat hati.

"Ya Allah! Kenapa dengan Asiah tu?"soal Mimi yang terkejut. Hampir sahaja terpelanting ikan pari yang sedang dipegangnya.

Darryl, Mimi dan Athirah bergegas menaiki anak tangga. Sampai sahaja ditingkat tiga, mereka terus mendapatkan Asiah yang sedang terduduk di atas lantai. "Kenapa ni Asiah?!"soal Athirah kerisauan. Asiah hanya membisu sambil air matanya membasahi pipi. Perlahan-lahan tangan kirinya diangkat lalu jarinya ditundingkan ke arah bilik Adam.

Darryl dan Mimi melangkah dengan perlahan menuju ke bilik Adam. "Awak jalanlah dulu!"kata Mimi sambil menarik lalu menolak suaminya yang papan itu ke hadapan. Darryl cuba memulas tombol pintu bilik Adam. Pintu dikuak perlahan. Sebuah kerusi kayu bermaterial mahogany dicampak pantas ke arah Darryl. Darryl yang gagal mengelak terus pengsan setelah kerusi itu hinggap di kepalanya. Mimi terus mendapatkan suaminya. Athirah yang sedang menenangkan Asiah bingkas bangun. Dia ternganga seluas-luasnya setelah melihat Adam yang kakinya tidak mencecah ke lantai dan sedang melekat pada dinding.

"Desserts tu nak buat sekarang ke malam nanti?"soal Qirah sambil menjinjing beberapa beg plastik yang berisi bahan-bahan membuat pavlova.

"Malam kot. Sebab sekarang Dayana nak pakai oven buat cookies."balas Shameen.

Qirah hanya mengangguk. Dia dan Shameen terus melangkah masuk ke dalam rumah kerana tidak mahu menjadi penonton Dayana dan Azib yang sedang main kejar-kejar mengelilingi kereta. "Mana semua orang? Sunyi sepi je..."soal Qirah setibanya mereka di dapur. Barang-barang dapur semuanya seperti ditinggalkan separuh jalan.

Usai meletakkan barang-barang, Shameen dan Qirah pergi menaiki anak tangga memandangkan mereka mahu menyalin pakaian yang lebih selesa untuk melakukan tugasan rumah serta memasak. Langkah Shameen dan Qirah terhenti setelah mereka menyaksikan Asiah yang sedang terduduk sambil menangis. Darryl yang sedang pengsan sambil diratapi Mimi serta Athirah yang ternganga melihat Adam yang sedang melekat pada dinding.

The Tahlil: Misteri Villa Nabila HudaWhere stories live. Discover now