BAB 4: ATHIRAH?

682 41 0
                                    

Malam gelap diterangi cahaya bulan yang malap. Kesemua Geng Tahlil sedang berada di sebuah ruang untuk aktiviti barbeku yang terletak di belakang rumah.

"Mama kami sudah pulang mana janjinya? Nasi lemak telur yang enak." Ezzaq, Mimi dan Asiah menyanyikan lagu serentak. Athirah yang sedang menatang seperiuk nasi lemak menyimpan hasrat untuk melontarkan sahaja ke periuk itu ke arah tiga manusia yang sedang mengalunkan lagu yang diinspirasikan dari lagu Adabi. Namun, memandangkan cacing-cacing di dalam perutnya mendendangkan lagu Ayda Jebat, maka dia batalkan hasrat tersebut kerana dia mahu makan nasi lemak itu.

Kesemua yang berada di situ tergelak kerana telah membawa mereka mengimbau kenangan semasa mereka semua berkhidmat sebagai ahli majalah sekolah. Ezzaq, Cheng, Sheikh, Syaqirah, Mimi, Adam dan Azib merupakan fotografer sekolah manakala Asiah, Dayana dan Darryl merupakan ahli edaran majalah. Athirah pula ketua editor manakala Shameen bekerja dalam bidang penyiaran majalah. Dan lagu ini sering dimainkan setiap kali Athirah tiba di muka pintu bilik majalah yang dipanggil HQ bersama-sama nasi lemak yang dibelinya dari kantin. Dan seperti biasa, Ezzaq, Asiah dan Mimi lah yang akan mengalunkan lagu ini.

Cheng dan Azib sedang membakar daging kambing, sosej, dan ayam yang telah diperap. Sheikh kemudian datang membantu setelah Azib pergi ke tandas. "Cheng, apa yang sebenarnya you nampak pagi tadi?"soal Sheikh.

"An old lady..."kata Cheng yang masih belum menghabiskan penerangannya.

"An old lady in white?"soal Ezzaq yang tiba-tiba muncul kerana mahu mengambil daging kambing bakar.

Cheng menganggu perlahan. "Awak pun nampak ke?"

"Yeah.. Masa i tolong Shameen angkat beg. I saw it. Tapi ingatkan perasaan saya je. But since i'm not the only one yang nampak 'benda' tu..."balas Ezzaq. Bulu romanya terus berdiri.

"Kau rasa kita patut bagitau diorang tak?"soal Sheikh. Ezzaq menggeleng. Begitu juga dengan Cheng. Sheikh hanya akur. Dia juga tidak mahu reunion ini dirosakkan. Mereka bertiga memandang kesemua rakan-rakan mereka yang sedang sakan bergelak ketawa tanpa menyedari ada sesuatu yang memerhatikan mereka.

-----

Azib menjengkitkan kakinya beberapa kali agar semua titisan air kencing keluar sebelum dia menzipkan seluarnya. Setelah sudah yakin tiada air kencing yang tersisa, dia terus menzipkan seluarnya. Pintu bilik air itu dikuak perlahan. Dia kemudian menuju ke singki yang terletak berhadapan dengan bilik air lalu memulaskan kepala singki. Tangannya kemudian dibasuh bagi menghapuskan segala bakteria. Usai membasuh, dia memulaskan semua kepala paip itu agar air pengeluaran air berhenti. Dia kemudian terus melangkah pergi untuk menyertai rakan-rakannya yang lain.

"KREEK!" Kepala paip tiba-tiba dipusingkan. Diiringi dengan bunyi air mengalir keluar dari paip. Azib tersentak. Langkahnya terhenti. Jantungnya berdegup kencang. Perlahan-lahan dia memusingkan kepalanya ke belakang. Bulu romanya tiba-tiba meremang. Dia terus memusingkan kepalanya memandang ke arah belakang. Tiada. Tiada sesiapa di belakang namun air masih mengalir membawa maksud ada seseorang yang telah memulas kepala paip itu. Tetapi Azib merasakan hanya dia seorang sahaja yang berada di situ. Dengan pantas dia melangkah ke arah sinki dan terus menutup paip itu bagi mengelakkan pembaziran. Sudahlah Selangor kekurangan air, dia tidak mahu negeri Pahang ini pula mengalami nasib yang sama. Sudahlah rakyatnya menanggung derita dengan bauksit, ditambahnya pula dengan kekurangan air. Azib tidak mahu mendatangkan masalah lain di negeri itu. Usai diyakini tiada lagi titisan air yang keluar dari paip, Azib terus memusingkan kepalanya untuk terus pergi dari situ.

Namun, mata Azib kembali membungkam. Dia benar-benar terkejut kerana ada seseorang berdiri betul-betul di hadapannya. "Athirah?!" Azib terus menghembuskan nafas lega. Dia fikir siapalah yang berada di hadapannya tadi. Nasib baik bukan hantu. "Apabenda ah kau ni. Main pulas-pulas paip pulak. Agaknya dekat Selangor tu takda air sebab kau lah."kata Azib lalu terus berlalu pergi.

"Tapi seriouslah...kenapa kat tempat ni...kenapa tak buat dekat Tadom Hill ke?"soal Shameen lalu menjamah nasi lemak air tangan Athirah.

Ezzaq, Qirah dan Mimi terus gelak berdekah-dekah setelah teringat sesuatu insiden yang melibatkan tempat berkenaan. Shameen terpinga-pinga namun setelah Mimi mengeluarkan kata kunci 'berkemban' terus gelak tawa itu disertai yang lain. Shameen lah yang paling kuat gelak seperti tak ingat dunia. Azib yang baru muncul di ruangan barbeku itu terpinga-pinga kerana baru sekejap sahaja dia pergi ke tandas, terus rakan-rakannya yang lain ketawa seperti kena sawan. "Kau lah punya pasal!"teriak Mimi kepada Azib lalu diiringi dengan gelak tawa kerana jenaka yang menjadi bahan ketawa mereka ini sebenarnya berpunca dari Azib dan jenaka ini terhasil semasa mereka berada di bangku sekolah lagi.

Azib pun menyertai gelak tawa itu setelah Ezzaq menerangkan jenaka itu kepadanya namun gelak tawanya terhenti setelah terlihat Athirah yang sedang ketawa duduk di sebelah isterinya. Jika Athirah sedang duduk di sebelah Dayana. Jadi siapa yang dia jumpa dihadapan tandas tadi? Rasa seram mula menyelubungi. Dia mula sedar bahawa rumah agam Villa Nabila Huda mempunyai sesuatu yang misteri disebaliknya.

The Tahlil: Misteri Villa Nabila HudaWhere stories live. Discover now