BAB 3: SHAMEEN

701 44 1
                                    

"Thirah!!!!" Shameen terus memeluk Athirah setibanya kelibat Athirah dipintu utama rumah agam itu. Seperti yang dilakukan setiap kaum hawa, mereka berpelukan dan berlaga pipi.

"Sejak dah kahwin ni payah betul nak jumpa kau kan Meen..."kata Athirah setelah mereka melepaskan pelukan. Shameen segera memeluk dan berlaga pipi dengan Qirah.

"Makin cantiklah Meen sekarang."puji Qirah sambil melemparkan senyuman manis. Dia mengamati seluruh tubuh Shameen. "Lepas bersalin makin lawa."

"Lawa apanya...makin gemuk adalah...hehhe..."Shameen cuba merendah diri namun dalam hatinya melompat keriangan setelah dipuji.

"Ish mana ada, elok je badan ni."kata Qirah lagi.

Shameen tergelak kecil. "Tak ada siapa ke nak tolong aku angkat luggage. Berat do... Takda laki ke kat rumah ni."

Qirah memalingkan wajahnya ke arah Ezzaq. "Awak, tolong Meen angkat barang boleh?"

Ezzaq hanya tersenyum. "Okay." Lalu terus mengikuti Shameen ke sebuah kereta Mini Cooper berwarna merah. But kereta dibuka. Ezzaq mengangkat beg bagasi Shameen lalu segera meletakkannya kerana terlalu berat. "Bapak berat beg kau Meen. Kau letak laki kau ke apa dalam ni..."

"Pala hotak kau... Dalam ni semua baju je kut and a few of my accesories yang ada diamond diamond sikit tu... tu yang berat."maklum Shameen.

"Dah kenapa bawak benda tu bagai. Kau pikir reunion ni buat pertandingan ratu cantik ke pe..."

Shameen hanya tergelak kecil.

"Laki kau mana. Tak ikut ke..."soal Ezzaq setelah tersedar bahawa Shameen hanya keseorangan sejak dari tadi.

"Tak... aku suh duk rumah je jaga anak. Dua bulan lepas seminggu dia pergi konvoi Harley Davidson gi Krabi. Sekarang time aku lak bersantai dia pulak jaga anak."kata Shameen diiringi gelak kecil.

"Kenapa tak bawak je laki kau dengan anak kau sekali. Si Mimi dengan Darryl pun bawak anak. Azib dengan Dayana pun bawak anak."seloroh Ezzaq.

"Azib dengan Dayana dah ada anak? Bapak cepat buat kerja."soal Shameen kehairanan.

"Tu si Adam tu."

"Bodohhh...Hahahah."Shameen terus gelak berdekah-dekah. "Tak ni reunion kawan-kawan lama, aku taknak libatkan family. Lagipun tengok tempat ni, tak berani aku nak bawak anak aku si Sharmizan tu. Dahlah baru setahun lebih, masuk pulak tempat jin bertendang ni. Ada yang tak ley tidur malam anak aku tu nanti."

Ezzaq mengangguk faham.

"Tapi serius scary do tempat ni. Macam mana korang boleh terfikir nak buat reunion kat sini."

"Aku pun tak tau. Ni semua idea bff kau tulah. Asiah tu."

"Hah cakap pasal minah tu. Mana dia do. Kata dah sampai tapi tak nampak-nampak pun batang hidung."

"Dia tengah berak. Berak batu agaknya."balas Ezzaq sambil mengangkat bagasi Shameen yang seperti ada mayat di dalamnya. "Berat gila banyak dosa ke apa beg ni."kata Ezzaq lalu terus berlalu pergi menuju masuk ke dalam rumah.

"Woi tunggu aku!"kata Shameen yang terkocoh-kocoh berlari dek kerana tidak mahu ditinggalkan seorang diri diluar.

-----

"Dah mati ke apa dua ekor ni."soal Ezzaq sambil mengunyah keropok cekedis yang dirembatnya dari beg Adam. Matanya hanya memerhati tubuh Adam dan Azib yang sedang tidur di atas bagaikan sedang terdampar seperti ikan paus mati di tepi laut.

"You bangun. Dah Asar dah ni."kata Dayana sambil menepuk-nepuk manja suaminya. Azib masih terlena. Tepukan manja Dayana langsung tidak memberikan kesan kepadanya. Dayana terus mendekatkan wajahnya ke telinga Azib. "Honey... bangun please..."

Azib perlahan-lahan membuka matanya. Dia tersenyum kerana orang pertama yang dilihatnya ialah isterinya Dayana dan bukan sepupunya Adam yang kalau lihat sahaja wajahnya terus Azib nampak neraka. "My baby girl..."kata Azib lalu terus mencium pipi isterinya.

"Honeyy!" Dayana seolah-olah terkejut lalu menepuk-nepuk suaminya. "Malulah orang tengok..." Dia terus berlari ke arah dapur dalam keadaan tersipu-sipu malu. Azib hanya tersenyum menyeringai.

Ezzaq dan Qirah hanya tersenyum melihat gelagat pasangan merpati dua sejoli itu. Ezzaq merenung ke arah tunangnya Qirah. "Kita tunggu halal dulu ya sayang..." Qirah hanya mengangguk dan sekali lagi melemparkan senyuman. Ezzaq masih tidak sudah mengunyah keropok cekedis berperisa kentang sambil berjalan. Setibanya di pintu utama rumah itu, dia terlihat sebuah kereta Nissan Serena bergerak masuk ke dalam perkarangan kediaman Villa Nabila Huda. "Awak itu kereta Darryl kan?"soal Ezzaq kepada tunangnya kerana mahukan kepastian memandangkan cermin kereta itu bertinted gelap pada.

Qirah yang berdiri di sebelah Ezzaq yang turut menikmati cekedis dari beg Adam cuba mengambil pandangan lebih jelas. Dia kemudian mengangguk setelah mengesahkan nombor plat kereta buatan Jepun itu. "Yepp.."

"You okay?"soal Ezzaq secara tiba-tiba.

"I'm okay if you are okay."kata Qirah sambil tersenyum. "You okay?"

"I'm okay."

"Then i'm okay."

"Okay?"

"Okay."

Roda Nissan Serena itu akhirnya berhenti. Enjin dimatikan. Tidak lama kemudian, pintu bahagian pemandu dan sebelah pemandu dibuka. Dua orang individu keluar dari kereta memang tak dinafikan mereka ialah Mimi dan Darryl. Namun bukan Darryl yang keluar dari ruangan pemandu sebaliknya isterinya Mimi. "Kau yang drive ke Mimi?"soal Qirah usai memeluk dan berlaga pipi.

"Ha'ah... lepas mak ayah aku gi jemput anak-anak aku kat RnR, aku pulak jadi driver. Kesian tengok cik abang tu..."kata Mimi.

"Oh...patutlah tak nampak anak-anak."

"Mak ayah aku tiba-tiba nak bawak cucu-cucu diorang balik Melaka. Aku pun apa lagi, berbesar hati ler. Lagipun sejak ada anak-anak rasanya dah lama tak ada masa berdua..."

"Tulah... sekarang ni feel feel cam pengantin baru..."seloroh Qirah.

Mereka berdua bertepuk-tampar diiringi dengan gelak tawa. Kesemua mereka masuk ke dalam rumah agam itu sambil diperhatikan sesuatu dari celah semak.

The Tahlil: Misteri Villa Nabila HudaWhere stories live. Discover now