BAB 17: MENCARI NAMA

499 38 8
                                    

"Sudahlah Mahdi... masih belum terlambat untuk kamu bertaubat..."kata Dr Zairul. Pada masa yang sama, Ustaz Aiman Ramli dan Shafiq bersama orang-orang kampung segera membantu Ahmad Maslan dan Geng Tahlil.

Zahara hanya memerhati. Objektif sebenarnya adalah bukan mengorbankan dua belas orang individu yang ditangkap itu. Sebaliknya, dia mahu semua pengikutnya mati, mati dalam kesesatan. Dia tahu sekiranya penganut-penganutnya berjaya diselamatkan, pasti akan ada yang kembali ke jalan agama. Dia tidak mahu itu berlaku. Dia mahu seramai mungkin manusia untuk dimasukkan ke dalam neraka, bukan syurga.

Idham tidak membalas. Dia hanya terduduk merenung segala dosanya. Dr. Zairul segera membacakan surah-surah tertentu bagi mengikat Zahara. Adalah amat bahaya kepada umat manusia sekiranya Zahara dibiarkan bebas. Zahara ketawa. Tiada sesiapa boleh mengikatnya atau menangkapnya selagi nama sebenarnya tidak diketahui. Dr Zairul sedar akan perkara itu, dan untuk itu dia sedang melengahkan Zahara sementara isterinya Ustazah Adillah kembali ke rumah agam untuk mendapatkan nama sebenar makhluk itu.

-----

Ustazah Adillah memasuki rumah agam itu. Dia yang pada asalnya ditemani Sarjan Suresh, Koperal Ramona dan beberapa orang kampung kini bersendirian di dalam rumah setelah dia menyuruh yang lain untuk tunggu sahaja diluar. Ustazah Adillah menyentuh dan merasai setiap dinding, meja dan pelbagai lagi barang di dalam rumah itu mengikut nalurinya. Dia berkebolehan untuk membayangkan pelbagai peristiwa sesuatu tempat hanya dengan menyentuh barang-barang yang sudah sekian lama berada di sesuatu tempat berkenaan.

Hampir seluruh tingkat satu diterokainya namun dia tidak dapat sebarang hasil. Dia menaiki anak tangga dengan penuh berhati-hati. Selangkah demi selangkah. Setiap langkah telah melahirkan satu aura yang aneh. Namun malangnya dia tidak menjumpai apa-apa. Semua tingkat dan pelusuk rumah itu telah diterokainya namun masih gagal menjumpai sebarang tanda yang bakal mendorong pembongkaran nama sebenar syaitan yang merasuk Zahara itu.

"Macam mana Ustazah? Ada jumpa apa-apa?"soal Koperal Ramona.

Ustazah Adillah menggeleng. "Semua tempat saya dah pergi tapi tak jumpa apa-apa..."

"Hmm...bawah tanah?"

"Bawah tanah?"

"Takkan rumah agam besar macam ni tak ada ruangan bawah tanah? Mustahil.."kata Sarjan Suresh.

Ustazah Adillah terdiam seketika. "Betul juga..." Dia kemudian kembali masuk ke dalam rumah lalu terus mencari laluan ke bawah tanah. Dia tidak menjumpai apa-apa selain sebuah pintu kayu yang berkunci. Adillah kemudian memanggil Sarjan Suresh dan Koperal Ramona. Sarjan Suresh kemudian berlari beberapa meter sebelum merempuh pintu yang berkunci itu. Namun pintu itu masih gagal dibuka. Dia cuba mengulanginya beberapa kali sehingga bahagian bahunya terasa sakit namun pintu itu masih gagal dibuka. "Tepi, bagi akak try pulak."kata Koperal Ramona. Ramona mengangkat kaki kanannya sebelum ditendang ke arah pintu kayu yang agak usang itu. "BUKKK!" Pintu bermaterial jati itu terbuka. Adillah dan Suresh memandang sesama sendiri. Mereka sedikit terkejut dengan kekuatan Ramona. Sado betul Koperal Ramona. Suresh memaparkan riak malu pada wajah kerana dia dikalahkan oleh seorang wanita yang hampir seusia ibunya.

Ustazah Adillah mengeluarkan telefon pintar lalu menyalakan 'flashlight' memandangkan bilik bawah tanah itu gelap yang amat. "Bismillahirahmanirahim."

Ramona dan Suresh mengikuti Adillah dari belakang. Mereka menuruni anak tangga dengan cermat memandangkan tiada cahaya yang lebar dibekalkan. Suresh kemudian mengeluarkan telefon pintarnya bagi menambah cahaya. Setelah hampir dua minit, mereka akhirnya berada di penghujung tangga. Ustazah Adillah mengetuai pergerakan mereka. Suresh kemudian bergerak dengan sendirinya. Dia menyuluh-nyuluh setiap ruang bilik itu dan terkejut setelah mendapati satu tengkorak bahagian kepala terletak elok diatas sebuah meja. Di sebelahnya terdapat beberapa batang lilin yang seperti sudahpun digunakan.

Suresh terkejut lalu terduduk. Tindakannya telah menarik perhatian Ustazah Adillah dan Koperal Ramona. Koperal Ramona turut tersentak melihat tengkorak itu namun dia hanya mengucap panjang. Terdapat sebuah kerusi kayu ditengah-tengah bilik bawah tanah itu. Ustazah Adillah menghampiri kerusi itu kerana ada sesuatu aura yang menariknya ke situ. Dia kemudian duduk di atas kerusi berkenaan dan selepas itu, semuanya menjadi gelap.

"Lepaskan aku! Dasar Mat Salleh cilaka!"teriak Tok Jusoh. Kedua-dua belah tangannya diikat. Tok Jusoh meronta-ronta mahu melepaskan diri.

Anderson hanya tersenyum namun itu bukanlah Andersin yang sebenar setelah tubuhnya kini dikuasai seratus peratus oleh makhluk yang sama merasuk Zahara.

"Siapa nama kau? Aku seru dirimu wahai makhluk diciptakan dari api! Sesungguh darjat aku lebih tinggi kamu! Aku seru dirimu! Dedahkan namamu! Tunjukkan aku namamu!"

"ARGHHHHHH!" Tok Jusoh mengerang kesakitan setelah kepulan asap hitam mula memasuki dirinya.

"Aku seru dirimu! Tunjukkan padaku namamu!"terisk Ustazah Adillah sambil matanya terpejam.

"Makhluk yang diciptakan dari api! Aku seru dirimu! Tunjukkan namamu padaku!"

"Tunjukkan!"

"Tunjukkan!"

Lengan Ustazah Adillah tiba-tiba berdarah. Lengannya bagaikan diukir dengan sebuah tulisan bahasa jawi. Ustazah Adillah mengerang kesakitan. Seluruh bilik bawah tanah itu bergegar. Angin mula menghurungi bagaikan ada ribut kecil di dalam bilik itu. Bulu roma Sarjan Suresh dan Koperal Ramona mula meremang. Namun semuanya berhenti setelah Ustazah Adillah berhenti mengerang kesakitan. Ustazah Adillah membuka matanya perlahan. Matanya kemudian mengerling ke arah lengannya yang ditoreh. Oleh sesuatu yang tidak pasti. Pada lengannya diukir satu perkataan dalam bahasa Jawi.

لقهوس

Lakhas. Itulah namanya. Sudah tiba masanya untuk menghapuskan makhluk durjana itu dari terus menyesatkan cucu cicit Adam.

The Tahlil: Misteri Villa Nabila HudaUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum