TERIMA KASIH SEMUA!

472 36 3
                                    

Bermula pada 14 May 2017 kini karya Misteri Villa Nabila Huda ini telahpun tamat pada 31 May 2017. Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi menyokong dari BAB 1 sehinggalah BAB 18. Terima kasih juga kepada semua Geng Tahlil yang rela digoreng untuk menghidupkan lagi semua watak-watak di dalam cerita ini terutama sekali Dayana dan Azib yang telah menjadi bualan hangat oleh rakan-rakan mereka setelah kisah cinta fiksyen mereka tertulis di dalam cerita ini. Hiks. Tidak lupa juga kepada mereka mereka yang mempromosikan cerita ini kepada rakan-rakan dan umum. Terima kasih saya ucapkan.

Bagi meneruskan siri ini, saya telah mendraftkan sebanyak mungkin jalan cerita yang berkaitan dengan Geng Tahlil contohnya kisah Sheikh yang tidak terlalu diketengahkan di dalam cerita ini. Saya mempunyai cadangan untuk menulis sebuah cerita tentang Sheikh yang merupakan seorang penghidap DID yang mempunyai lebih dari 15 personaliti.

Saya juga ada mendrafkan beberapa cerita lain seperti kisah cinta Azib dan Dayana sebelum berkahwin, di mana Syaqirah dan Ezzaq serta rakan-rakannya yang lain sanggup membunuh teman lelaki Dayana dan teman wanita Azib demi menyatukan pasangan ini.

Namun bagi meneruskan siri ini, saya bercadang untuk menulis sebuah cerita sambungan dari Misteri Villa Nabila Huda iaitu kali ini lebih memfokuskan Mimi sekeluarga. Senarionya adalah apabila Mimi dan suaminya Darryl mula merasakan perkara yang aneh berlaku terhadap anak ketiga mereka yang baru berusia lapan tahun. Pasangan itu kemudian meminta bantuan dari pusat perubatan Islam yang diasaskan Dr. Zairul. Dr. Zairul kemudian menghantar Dr. Benjamin untuk menyelesaikan kemelut mereka.

Jadi nantikan siri yang bakal diterbitkan tidak lama lagi. Teruskan menyokong! Terima kasih!

The Tahlil: Misteri Villa Nabila HudaWhere stories live. Discover now