Bab 1

13.8K 358 5
                                    

"Mama! Papa! Maafkan Risha. Risha tahu Risha salah." Farisha cuba mengapai tangan mama dan papanya tetapi cepat sahaja ditepis.

"Keluar dari rumah ni. Macam mana kau buang anak dan suami kau, macam tu lah kau cuba nak buang kami dari hidup kau." Farisha terpaku.

Seksanya Hati. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Ya dia salah. Dia silap. Tapi itu semua disebabkan keadaan yang tidak disengajakan.

"Papa! Risha minta maaf. Mama! Tolong Risha mama." Datin Fazira berdiam diri.

Melayan esakannya yang tidak berpenghujung.

Farisha terus ditolak Dato Fattah keluar dari rumah banglo mewah itu.

"Mulai sekarang kau bukan anak kami. Kau bukan siapa- siapa dalam keluarga ni. Jangan pernah jejakkan kaki kau dalam rumah ni, Farisha Adriana!" Pintu rumah ditutup kuat.

"Mama! Papa! Risha salah. Mama papa maafkan Risha!" Farisha menjerit sekuat hati. Biarlah apa yang orang sekeliling mahu katakan. Yang dia tahu, dia ingin menebus kesalahannya.

×××

"Kita putus Helmi." Ucap Farisha. Kepalanya menunduk. Helmi mengerutkan dahinya tanda tidak tahu. Apa yang dah berlaku  sebenarnya?

"I dihalau keluar rumah. Mama dan papa I dah benci I." Ujar Farisha dalam sedunya. Air matanya mengalir deras.

"Sebab dia ke you kena sampai macam ni?" Tanya Helmi.

Farisha mengangguk.

"Lelaki tak guna." Helmi mengepal penumbuknya.

"Lelaki tak guna tu suami I, Helmi."

"Baru sekarang you nak mengaku sayang. Lepas segala- galanya dah terbongkar, baru sekarang you nak mengaku yang lelaki tu husband you. Are you serious?" Farisha tertunduk.

Tangannya dicapai lelaki itu dan digenggam.

"Enough Helmi. I dah letih. Kita putus. I berdosa sangat- sangat dengan semua orang." Tutur Farisha.

Dia melepaskan tautan tangan yang digenggam Helmi.

"What the hell, Farisha? I sayang you takkan lah I nak lepaskan you macam tu." Helmi menjadi geram.

"Sorry Helmi. Kita dah tak ada hubungan. I'm so sorry. Banyak lagi perempuan lain yang you boleh jumpa dekat luar sana. Jauh lebih baik dari I. I isteri orang."

Helmi tersengih. Baru sekarang kau nak ingat yang kau ni isteri orang.

"Shit Farisha. You bodoh sebenarnya. Patutnya lelaki tu patut ceraikan you. Why lah dia simpan you sampai sekarang? Dia dah buta ke? Tak nampak apa yang isteri dia dah buat belakang dia." Di hujung ayat, Helmi ketawa.

"You fikir senang I nak lepaskan you, Farisha. Tak mungkin Farisha. I akan kejar you."

"Cukup Helmi. I dah tertekan sekarang ni. Jangan ganggu I lagi. Dan jangan cari I lagi. Please lupakan I. And again, I'm sorry."

×××

Pintu rumah dibuka. Terus gadis itu meluru ke hadapan pintu. Ditekup mulutnya melihat keadaan Farisha.

"Risha, kau pergi mana? Semalaman kau tak balik. Kau okey tak ni? Muka kau? Kenapa merah macam ni?" Tangan gadis itu memegang pipi Farisha yang memerah.

"Its okay Ana. I'm fine." Farisha turunkan tangan Rania dari memegang mukanya.

"What are you talking now, Farisha? Muka dah lebam macam ni kau still okey? Ya Allah, Farisha. Aku tak tahu apa yang jadi sebenarnya dekat kau. Tell me now?" Gesa Riana tetapi Farisha menggeleng.

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Where stories live. Discover now